Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama
Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama ialah sebuah mesyuarat yang melibatkan wanita-wanita pertama pelbagai negara antarabangsa. Objektif persidangan tersebut adalah untuk memperjuangkan hak asasi anak-anak yang mengalami kesengsaraan serta memupuk keprihatinan sedunia tentang masalah sosial yang menerjah dunia kita. Sidang kemuncak tersebut bertemakan “Hari Ini Kanak-kanak, Esok Pemimpin".[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sidang Kemuncak tersebut diilhamkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dan diadakan buat kali pertama di Selangor, Malaysia pada 10-13 Oktober 2010. Mesyuarat tersebut mengutarakan agenda-agenda penting dalam memperkasa kanak-kanak sebagai bakal pemimpin pada masa depan. Persidangan tersebut akan diadakan dua tahun sekali.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Sidang ini mengundang kontroversi kerana dikatakan membazir untuk kehadiran yang rendah, cuma 15 orang. Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendakwa kosnya mencecah RM 24 juta.[2] Tambahan pula, ramai pihak mempertikai jolokan Wanita Pertama kepada isteri Perdana Menteri, dan bukan Raja Permaisuri Agong.[3][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wanita-Wanita Pertama mula bersidang Utusan Malaysia Online
- ^ a b Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama? Suara Keadilan
- ^ First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong HarakahDaily