Pergi ke kandungan

Kumpulan 20

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada G-20 negara industri)
Kumpulan 20
کومڤولن 20
Kerangka
KependekanG20 Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahKumpulan geopolitik, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 20 ahli Sunting ini di Wikidata
Tapak webg20.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: g20org Twitter: g20org Instagram: g20org Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan26 September 1999 Sunting ini di Wikidata
PengasasG7, Paul Martin Sunting ini di Wikidata
Negara anggota G20 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan 20 atau lebih dikenali sebagai G20 merupakan pertubuhan gabungan 19 negara berdaulat, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika. G20 ditubuhkan pada 26 September 1999 sebagai forum baru untuk kerjasama dan rundingan dalam isu-isu yang berkaitan dengan sistem kewangan antarabangsa. Badan ini mengkaji dan menggalakkan dialog antara negara-negara industri dalam isu dasar kestabilan kewangan antarabangsa, dan cuba menangani isu-isu bukan tanggungjawab pertubuhan lain.

Struktur organisasi

[sunting | sunting sumber]

G-20 dianggotai oleh menteri kewangan dan gabenor bank pusat negara-negara ahli, Presiden Bank Pusat Eropah, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Antarabangsa (IMFC), Presiden Bank Dunia dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan.

Matlamat G-20

[sunting | sunting sumber]

Matlamat utama G-20 adalah untuk melaksanakan dasar-dasar menggalakkan "pertumbuhan tinggi dan mantap" ekonomi dunia. Antara matlamat yang disenaraikan dalam Perjanjian Pertumbuhan Mantap 2004 ialah:

  • Pennyingkiran segala batasan penggerakkan kapital anatarabangsa
  • Penyahkawalan (deregulation)
  • Syarat pasaran buruh yang longgar (fleksibel)
  • Penswastaan
  • Penguatkuasaan hak harta intelektual dan lain-lain
  • Mewujudkan suasana perniagaan yang menarik pelaburan asing secara langsung
  • Meliberalkan perdagangan antarabangsa.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]