Pergi ke kandungan

Rusuhan etnik Osh, Kyrgyzstan 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rusuhan Kyrgyzstan Selatan 2010
Sebahagian daripada Krisis Kyrgyzstan 2010
Lokasi
 Kyrgyzstan: Osh, Jalal-Abad
 Uzbekistan: Sokh, Sogment
Keputusan Minoriti Uzbek dihalau, kerajaan Bishkek mendapat semula kawalan separa wilayah di selatan Kyrgyzstan
Pihak yang terlibat
Masyarakat Kyrgyz Masyarakat Uzbek Kyrgyzstan Kerajaan Kyrgyzstan
Kerugian dan korban

rasmi: 893 terbunuh,[1] 1,900 cedera, 100,000 - 250,000 pelarian (ke Uzbekistan)[2][3][4]

tidak rasmi: lebih 2,000 terbunuh[5][6][7]
275,000 pelarian[8][9]

Rusuhan etnik Osh, Kyrgyzstan 2010 berlaku antara kaum Uzbek dengan kaum Kyrgyz di bandar Osh, Jalal-Abad dan wilayah Suzak, di selatan Kyrgyzstan. Rusuhan mula berlaku pada 9 Jun 2010 apabila kaum majoriti Kyrgyz merusuh di jalan raya, membunuh kaum kaum minoriti Uzbek dan membakar rumah mereka. Seramai 124 orang terbunuh, 1,685 cedera, 100,000 pindah dari kawasan majoriti etnik Kyrgyz, dan sekurang-kurangnya 45,000 melarikan diri ke Uzbekistan. Penduduk Osh dan Jalalabad seramai 5.2 juta.

Ibu negara Bishkek dan wilayah lain aman, tidak terlibat.

Ramai yang menuduh kerajaan Kyrgyz melakukan genosid terhadap kaum Uzbek dan akan mencetuskan reaksi balas dari negara Uzbekistan pula .[10]

Lebih 75,000 pelarian Uzbek telah dan berusaha melarikan diri ke negara jiran Uzbekistan apabila majoriti menyerang dan membakar rumah mereka. Agensi berita Rusia RIA Novosti melaporkan bahawa ramai warga tua, wanita dan kanak-kanak menjadi pelarian. Ada yang diperkosa dan dibakar hidup-hidup kerana kelalaian polis dan tentera untuk bertindak segera. Malahan polis dan tentera bertindak aktif dan turut terlibat sama dan pertengkaran etnik dan rompakan. Sekurang-kurangnya 5 anggota polis terbunuh dalam pertempuran.

Ada yang mengatakan beberapa pelajr Uzbek di asrama Universiti Osh telah dirogol dan dibunuh. Pada malam 10 Jun, etnik Uzbek telah membunuh etnik Kyrgyz di sebuah disko. Pendapat lain menyatakan pertempuran bermula berdekatan sebuah masjid tempatan. Pada 10 Jun iaitu hari mula rusuhan, peniaga etnik Kyrgyz tidak menjalankan perniagaan di Osh.[11]

Kerajaan sementara pimpinan presiden wanita Roza Otunbayeva sejak April 2010 terlalu lemah untuk membuat keputusan keselamatan dan pertahanan. Sudah dua bulan masa berlalu, tetapi pemimpin baru belum dilantik, hanya pemimpin sementara.

Kedua-dua kaum telah bergaduh sejak sekian lama. Kehidupan sebahagian mereka secara nomad menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar. Penduduk Uzbek mencari kehidupan baru dalam sektor perdagangan dan perkbhidmatan tempatan terutama di Lembah Fergana. Penjajahan Rusia mulai 1917 dan 1930-an telah menduduki wilayah tersebut dan mengubah peta sejarah tanpa mengikut kaum yang sepatutnya. Ketika itu kedua-dua kaum bersatu menentang musuh bersama : Rusia dan Moscow.

Golongan muda kini menentukan status mereka sebagai Kyrgyz atau Uzbekistan. Ramai yang mahukan pemimpin dari kaum Kyrgyz yang digulingkan iaitu Kurmanbek Bakiyev menjadi perdana menteri. Osh dan Jalalabad adalah kubu kuat bekas Presiden Kurmanbek Bakiyev. Pemberontakan April 2010 menggulingkan Bakiyev telah menyebabkan 87 orang terbunuh. Jika tiada tindakan dilakukan perang saudara akan meletus. Keadaan menjadi lebih sukar kerana skandal rasuah membabitkan beberapa pegawai tinggi dalam kerajaan.[12]


Campur tangan Rusia

[sunting | sunting sumber]

Jelas sekali adanya campur tangan dari Rusia walaupun tidak diakui. Rusia menggunakan Kyrgyztan untuk menekan ngara jiran dan bekas negara jajahan seperti Kazakhstan , Uzbekistan , Tajikistan dan Republik Rakyat China. Rusia dipercayai akan menggunakan isu ini untuk mengkonsolidasi kekuasaannya di Asia Tengah termasuk Uzbekistan. Setakat ini Kyrgyztan telahpun menjemput Rusia campur tangan, bak pepatah 'orang mengantuk disorongkan bantal'

Rusia dan Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Asia Tengah. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berusaha mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada PBB dan badan antarabangsa bagi meredakan ketegangan. Namun tidak melibatkan penghantaran pasukan tentera. Penghantaran tentera akan merebak kepada persaingan antara kuasa besar pula. Rusia mungkin menghantar helikopter, trak dan lain-lain peralatan untuk membantu kerajaan sementara.

Tindakan kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan membina khemah-khemah pelarian di beberapa kawasan sekitar Uzbekistan. Pelarian Uzbek yang cedera ringan dan parah takut dan mendapatkan rawatan di hospital .Di bandar Jalal-Abad , universiti dibakar, balai polis diserang dan beberapa senjata tentera dirompak dan kereta perisai telah dicuri oleh perusuh. Akibatnya pelarian Uzbek tidak lagi dapat mempercayai pegawai polis dan tentera.

Kerajaan sementara iaitu pemangku Perdana Menteri Roza gagal menamatkan rusuhan kaum ini .Oleh itu kerajaan Kyrgyzstan telah meminta bantuan bekas penjajahnya Rusia bagi mengawal keganasan tetapi ditolak oleh Kremlin. Polis dan tentera gagal mengawal keadaan dan pertempuran etnik terus berlaku. Presiden Rusia Dmitry Medvedev enggan campur tangan kerana ini adalah urusan dalam negara jirannya itu,.

Rundingan antara pemimpin etnik Kyrgyz dan etnik Uzbek telah diadakan bagi menamatkan rusuhan. Darurat diisytiharkan di kawasan tersebut seperti di daerah Karrasu, Aravan dan Uzgen. Pemuda-pemuda dan gang dari kedua - dua kaum diminta bertenang. Satu dekri kerajaan dikeluarkan yang membenarkan tindakan keras terhadap pemudah yang merusuh , menangkis serangan terhadap bangunan kerajaan, cubaan membinasakan kerajaan dan harta persendirian serta melindungi orang awam.[13]

Duta Kyrgyztan ke Malaysia Dr Bakir Uulu Tursunbay mengutus surat meminta negara-negara Islam seperti Malaysia membantu menyediakan khemah, ubat-ubatan , makanan, tepung, peralatan perubatan dan peralatan bagi membantu pelarian Uzbek. [14]

Pierre-Emmanuel Ducruet dari Palang Merah Antarabangsa menyatakan tidak ada kehadiran p;olis dan tentera di kawasan yang terbakar. Polis lemah dan lalai dan hilang kawalan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kyrgyzstan reveals riots death toll: at least 893 victims
  2. ^ Three Russian aircraft with humanitarian aid arrive in Kyrgyzstan
  3. ^ "Kyrgyzstan to charge ex-president's son with terrorism - Otunbayeva | Ex-Soviet States". RIA Novosti. Dicapai pada 2010-06-15.
  4. ^ "Situation in Kyrgyzstan 'beginning to stabilise': government". Hindustan Times. 14 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-10. Dicapai pada 15 Jun 2010.
  5. ^ ""Комсомольская правда": в Оше тысячи погибших, беспорядки начинаются в Джалал-Абаде". Polit.ru. 12 Jun 2010. Dicapai pada 13 Jun 2010.
  6. ^ "Президент Узбекского национально-культурного центра Кыргызской Республики обратился с открытым письмо к Исламу Каримову". Ferghana. 13 Jun 2010. Dicapai pada 13 Jun 2010.
  7. ^ "Отунбаева, зачем врать? Число погибших на юге Киргизии превысило две тысячи человек". Centrasia.ru. Dicapai pada 2010-06-15.
  8. ^ "Кыргызстан: Власти проведут референдум в назначенный срок. Число вынужденных переселенцев на юге страны достигло 275 тысяч человек". Ferghana.ru. 2010-06-10. Dicapai pada 2010-06-15.
  9. ^ "Верховный комиссариат ООН пор делам беженцев называет новые цифры вынужденных переселенцев в результате конфликта на юге Киргизии – 275 тысяч человек". Echo.msk.ru. Dicapai pada 2010-06-15.
  10. ^ Death, fear & hatred in Osh
  11. ^ Keganasan di Kyrgyzstan, 37 maut
  12. ^ Keganasan di Kyrgyzstan, 37 maut Keganasan di Kyrgyzstan, 37 maut
  13. ^ Kyrgyzstan bertambah tegang
  14. ^ Kyrgyzstan Mohon Bantuan Kemanusiaan Daripada Malaysia