Sultan Johor
Sultan Johor | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar sejak 23 Januari 2010 | |
Kemahkotaan 23 Mac 2015 | |
Butiran | |
Pewaris takhta |
|
Penyandang pertama |
|
Pembentukan | 1528 |
Persemayaman | Istana Bukit Serene, Johor Bahru |
Sultan Johor (Jawi: سلطان جوهر ) ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman dahulu, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati oleh Bendahara. Pada zaman sekarang, peranan Bendahara Johor diambil alih oleh Menteri Besar Johor.
Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim" (Jawi: سلطان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججهن تعلوق جوهر دارالتعظيم )
Peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan
[sunting | sunting sumber]Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, istilah raja digunakan untuk merujuk kepada pemerintah Kerajaan Negeri Johor, segala jajahan dan daerah takluknya.[1]
Sultan Johor yang dilantik haruslah dari kalangan berbangsa Melayu dan berdarah raja iaitu berasal dari keturunan pemerintah Johor kini (Wangsa Temenggung) serta beragama Islam. Hal ini juga turut digunapakai untuk pewaris takhta Kesultanan Johor.
Pewarisan Takhta
[sunting | sunting sumber]Dengan tergubalnya Undang-undang Tubuh Kerajaan tersebut, raja yang dilantik haruslah dari kalangan zuriat Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim. Undang-undang turut menegaskan bahawa perlantikan orang lain selain dari keturunan zuriat Sultan Abu Bakar adalah tidak sah jika masih terdapat zuriat Sultan yang sah dan layak menjadi Sultan. Hal ini diberi pengecualian jika keturunan yang masih ada tidak layak kerana kecacatan besar (gila, buta, bisu) atau mempunyai sifat keji mengikut pandangan hukum syarak.[2]
Undang-undang turut menjelaskan sekiranya tiada langsung zuriat keturunan Sultan Abu Bakar yang layak dilantik oleh raja, maka raja hendaklah dilantik dari keturunan Temenggung Ibrahim itu dari keturunan adik-beradik Sultan Abu Bakar. Jika tiada juga yang layak dari kalangan tersebut, raja hendaklah dilantik dari kalangan keturunan zuriat Temenggung Abdul Rahman daripada keturunan adik-beradik Temenggung Ibrahim. Setiap keturunan itu pula harus dibuktikan mempunyai hubungan darah yang sah dan halal dengan raja-raja tersebut.[3]
Jika tiada juga sebarang orang yang layak untuk dilantik menjadi raja dari kalangan keturunan Sultan Abu Bakar, Temenggung Ibrahim dan juga Temenggung Abdul Rahman, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor memberi tanggungjawab kepada ahli Mesyuarat Kerajaan dan Jumaah Majlis Diraja Johor utuk membuat perlantikan dari kalangan orang biasa yang bukan berdarah raja. Raja yang baharu yang hendak dilantik tersebut haruslah seorang lelaki beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat negeri Johor, cukup umur, individu yang merdeka dan bukan dari kalangan hamba, mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik, serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas yang pandai menulis dan membaca.[4]
Lazimnya, sebelum seseorang raja itu mangkat, raja tersebut akan menetapkan penggantinya dahulu. Maka, mengikut Undang-undang Tubuh, orang yang paling layak ditetapkan sebagai pengganti Sultan Johor ialah waris iaitu anak lelaki yang paling tua umurnya.[5] Dia secara rasminya hendaklah digelar sebagai "Tunku Mahkota Johor" dan gelaran ini hanya boleh ada seorang sahaja pada satu-satu masa dan tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh anak-anak raja yang lain yang bukan bakal pengganti raja.[6] Walau bagaimanapun, Sultan Johor berhak melantik penggantinya iaitu Tunku Mahkota Johor dari kalangan anak-anak lelaki yang lain yang tidak semestinya paling tua sekiranya dirasakan anak lelaki yang paling tua itu tidak layak mengikut undang-undang.
Jika seseorang pengganti raja itu menaiki takhta apabila raja sebelumnya mangkat dan pengganti itu masih belum berumur 21 tahun (mengikut kalendar Islam), hendaklah Jumaah Majlis Diraja mengadakan seorang pemangku dari kalangan menteri kerajaan yang tidak kira sama ada berdarah raja atau tidak. Tanggungjawab pemangku tersebut akan bertanggungjawab terhadap semua tingkah laku dan perbuatan raja yang belum cukup umur itu. Andainya raja yang belum cukup umur atau pemangku itu sendiri melakukan perkara yang bercanggah dengan undang-undang, pemangku tersebut boleh dipecat dan digantikan.[7]
Senarai Sultan Johor
[sunting | sunting sumber]Kesultanan Johor-Riau (1528-1830)
[sunting | sunting sumber]Sultan Johor-Riau | Tempoh pemerintahan |
---|---|
Wangsa Melaka-Johor | |
Sultan Alauddin Riayat Shah II | 1528–1564 |
Sultan Muzaffar Shah II | 1564–1570 |
Sultan Abdul Jalil Shah I | 1570–1571 |
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II | 1571–1597 |
Sultan Alauddin Riayat Shah III | 1597–1615 |
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah | 1615–1623 |
Sultan Abdul Jalil Shah III | 1623–1677 |
Sultan Ibrahim Shah | 1677–1685 |
Sultan Mahmud Shah II | 1685–1699 |
Wangsa Bendahara | |
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV | 1699–1718 |
Wangsa Melaka-Johor | |
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah | 1718–1722 |
Wangsa Bendahara | |
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | 1722–1760 |
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V | 1760–1761 |
Sultan Ahmad Riayat Shah | 1761–1761 |
Sultan Mahmud Riayat Shah III | 1761–1812 |
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | 1812–1830 |
Dalam Pertikaian (Disputed claimant)
[sunting | sunting sumber]Sultan | Tempoh pemerintahan | Nota |
---|---|---|
Sultan Hussein Muhammad Shah | 1819–1835 | Dilantik sebagai Sultan Johor melalui Perjanjian 1819 antara baginda dan Syarikat Hindia Timur Inggeris tetapi tidak diiktiraf oleh Bendahara Tun Ali yang masih bertuankan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan tidak mempunyai kuasa politik di Johor[8][9] |
Sultan Ali Iskandar Shah | 1835–1877 | Dilantik sebagai Sultan Johor melalui Perjanjian Setia 1855 antara baginda dan Temenggung Tun Daeng Ibrahim tetapi hanya berkuasa di daerah Kesang sahaja manakala keseluruhan negeri Johor kecuali daerah Kesang diperintah oleh Temenggung Tun Daeng Ibrahim[10] |
Ketemenggungan Johor (1855-1868)
[sunting | sunting sumber]Temenggung Johor | Tempoh pemerintahan |
---|---|
Temenggung Tun Daeng Ibrahim | 1855–1862 |
Temenggung Tun Abu Bakar | 1862–1868 |
Kemaharajaan Johor (1868-1885)
[sunting | sunting sumber]Maharaja Johor | Tempoh pemerintahan |
---|---|
Maharaja Abu Bakar | 1868–1885 |
Kesultanan Johor (1885-kini)
[sunting | sunting sumber]Sultan Johor | Tempoh pemerintahan |
---|---|
Wangsa Temenggung | |
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah | 1885–1895 |
Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur | 1895–1959 |
Sultan Sir Ismail Al-Khalidi | 1959–1981 |
Sultan Iskandar Al-Haj | 1981–2010 |
Sultan Ibrahim Ismail[11] | 2010–kini |
Garis masa Sultan Johor
[sunting | sunting sumber]Sistem pewarisan Kesultanan Johor
[sunting | sunting sumber]Gelaran | Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda kepada | Cicinda kepada | Ciut kepada | Piut kepada |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunku Mahkota Johor | Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar | 30 Jun 1984 | Johor | 40 tahun, 4 bulan dan 3 hari | N/A | 24 Oktober 2014 | Che' Puan Besar Khaleeda Bustaman | Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah | Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad | ||
Raja Muda Johor | Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail Idris | 14 Oktober 2017 | Johor | 7 tahun dan 19 hari | N/A | N/A | N/A | Sultan Ibrahim III Ismail & Raja Zarith Sofiah | Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah | ||
Tunku Aris Bendahara Johor | Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim | 20 Julai 1970 | Johor | 54 tahun, 3 bulan dan 13 hari | N/A | 2006 | Tunku Teh Mazni Tunku Yusuf | Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad | Sultan Ibrahim II Iskandar al-Masyhur & Sultanah Maimunah Ungku Abdul Majid | ||
Tunku Temenggong Johor | Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman | 25 Disember 1987 | Johor | 36 tahun, 10 bulan dan 8 hari | N/A | N/A | N/A | Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah | Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad | ||
Tunku Laksamana Johor | kosong | kosong | Johor | kosong | kosong | kosong | kosong | kosong | kosong | ||
Tunku Panglima Johor | Tunku Abdul Rahman Hassan al-Jeffri | 5 Februari 1993 | Johor | 31 tahun, 8 bulan dan 28 hari | N/A | N/A | N/A | Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah | Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad | ||
Tunku Putera Johor | Tunku Abu Bakar Mahmood Ibrahim | 30 Mei 2001 | Johor | 23 tahun, 5 bulan dan 3 hari | N/A | N/A | N/A | Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah | Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kesultanan Melayu Melaka
- Kesultanan Johor-Riau
- Kesultanan Riau-Lingga
- Perjanjian 30 Januari 1819
- Perjanjian 7 Jun 1823
- Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
- Perjanjian 2 Ogos 1824
- Persetiaan antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855
- Perang Saudara Jementah
- Perang Saudara Pahang
- Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
- Sejarah Johor Moden
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Makna Bagi Perkataan-perkataan", Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Fasal 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Fasal 4, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Fasal 7, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Fasal 10, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 211
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 197-198
- ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 249-251
- ^ "Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor". Bernama. 23 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2010. Dicapai pada 28 June 2018.