Nick Clegg
Yang Berhormat Nick Clegg | |
---|---|
Jurucakap Parti Liberal Demokrat Eropah | |
Menyandang jawatan 19 Julai 2016 | |
Ketua | Tim Farron |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Timbalan Perdana Menteri United Kingdom | |
Dalam jawatan 11 Mei 2010 – 8 Mei 2015 | |
Perdana Menteri | David Cameron |
Didahului oleh | John Prescott |
Digantikan oleh | Jawatan tidak aktif |
Lord President of the Council | |
Dalam jawatan 11 Mei 2010 – 8 Mei 2015 | |
Perdana Menteri | David Cameron |
Didahului oleh | Peter Mandelson |
Digantikan oleh | Chris Grayling |
Presiden Parti Demokrat Liberal | |
Dalam jawatan 18 Disember 2007 – 16 Julai 2015 | |
Timbalan | Vince Cable Simon Hughes Malcolm Bruce |
Didahului oleh | Menzies Campbell |
Digantikan oleh | Tim Farron |
Jurucakap Dalaman Parti Demokrat Liberal | |
Dalam jawatan 2 Mac 2006 – 18 Disember 2007 | |
Ketua | Menzies Campbell |
Didahului oleh | Mark Oaten |
Digantikan oleh | Chris Huhne |
Ahli Parlimen United Kingdom untuk Sheffield Hallam | |
Dalam jawatan 5 Mei 2005 – 3 Mei 2017 | |
Didahului oleh | Richard Allan |
Digantikan oleh | Belum dipastikan |
Majoriti | 2,353 (4.2%) |
Ahli Parlimen Eropah untuk Eropah Timur | |
Dalam jawatan 10 Jun 1999 – 10 Jun 2004 | |
Didahului oleh | Perlembagaan diwujudkan |
Digantikan oleh | Robert Kilroy-Silk |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nicholas William Peter Clegg 7 Januari 1967 Chalfont St Giles, Buckinghamshire, England |
Parti politik | Parti Demokrat Liberal |
Pasangan | Miriam González Durántez |
Anak | 3 |
Pendidikan | Caldicott School Westminster School |
Tempat belajar | Robinson College, Cambridge University of Minnesota, Twin Cities College of Europe |
Laman web | Official website |
Nicholas William Peter Nick Clegg atau Nick Clegg[1]dilahirkan pada 7 Januari 1967. Beliau merupakan ahli politik British. Beliau juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan campuran Konservatif-Demokrat Liberal dari tahun 2010 sehingga 2015.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di kawasan Sheffield Hallam. Beliau juga mantan Ahli Parlimen Eropah dari tahun 1999 hingga 2004. Kali pertama beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen ialah pada tahun 2005 atas tiket Parti Liberal-Demokrat. Pada tahun 2007, beliau dipilih sebagai pemimpin parti tersebut. Pada pilihan raya umum 2010, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan David Cameron. Kerajaan campuran dibentuk selepas Parti Konservatif dan Parti Liberal-Demokrat memenangi banyak kerusi ketika itu. Pada pilihan raya umum 2015, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya tersebut.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Clegg mendirikan rumahtangga dengan Miriam González Durántez pada tahun 2000 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki. Isterinya, Durantez seorang penganut kristian katolik dari Sepanyol. Ketiga-tiga orang anaknya dibesarkan dalam anutan kristian katolik. Manakala Clegg adalah seorang atheis.
Keluarga Clegg mempunyai campuran pelbagai bangsa dan etnik. Nenek disebelah bapanya berasal dari Russia. Ibunya seorang warga Belanda telah dipenjarakan oleh tentera Jepun pada era perang dunia kedua. Clegg mampu menguasai pelbagai bahasa antaranya bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Beliau juga menegaskan kerana pengaruh dari kalangan ahli keluarganya menyebabkan beliau lebih menumpukan kepada aliran liberal.[2]
Sebelum menceburi bidang politik
[sunting | sunting sumber]Clegg dilahirkan di Buckinghamshire, England. Beliau mendapat pendidikan rendah di Caldicott dan menyambung ke peringkat menengah di Westminster. Selepas tamat belajar, beliau bekerja sebagai jurulatih ski di Austria sebelum menyambung semula pelajarannya di Kolej Universiti Robinson, Cambridge, England. Beliau memperoleh Ijazah sarjana muda dalam bidang Anthropology. Selepas tamat dalam pendidikan sarjana muda, beliau dianugerahkan biasisiwa untuk menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat. Selepas berjaya dalam bidang pendidikan, beliau diterima bekerja dengan Christopher Hitchens di kota New York, Amerika Syarikat kemudian beliau berhijrah ke Brussels untuk berkhidmat di Kesatuan Eropah sebagai pelatih urusetia. Beliau kemudian meneruskan pelajaran Sarjana keduanya di Kolej Eropah, Bruges dimana disitu beliau berkenalan dengan Durantez. Dari tahun 1994 hingga 1998, beliau berkhidmat di pejabat Pesuruhjaya Eropah untuk meneruskan rundingan diplomatik dengan kerajaan Russia dan China.
Tugas sebagai Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]Clegg memenangi pilihan raya umum 2005 dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Sheffield Hallam pada Mei 2005. Dalam kempen pilihan raya tersebut, beliau membawa manifesto untuk menggubal dasar sistem pemenjaraan bagi warga imigran asing agar pihak kerajaan tidak memberi kebebasan yang meluas kepada mereka yang bekerja disini walaupun digelar sebagai pengganas. Beliau juga menggelarkan perang di Iraq adalah satu jenayah perang dan salah di sisi undang-undang sivil. Pada bulan Disember 2007, beliau dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Liberal-Demokrat di United Kingdom.
Tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Pada pilihan raya umum 2010, parti beliau telah membawa manifesto mengenai potongan cukai sebanyak 800 Pound Sterling, menyediakan bajet 2.5 bilion Pound Sterling bagi dana pendidikan, meluluskan umdang-undang perkahwinan bagi pasangan gay, memperkenalkan cuti baharu bagi pasangan ibu bapa dalam menguruskan anak yang masih kecil dan lain-lain.
Beliau dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom pada 11 Mei 2010 hingga 8 Mei 2015. Ekoran kekalahan teruk parti pimpinan beliau dalam pilihan raya umum 2015, beliau meletakkan jawatan dan jawatan tersebut dikosongkan oleh Perdana Menteri David Cameron yang kemudiannya diikuti oleh Theresa May sehingga kini.
Senarai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom
[sunting | sunting sumber]Penunjuk |
---|
Nama | Gambar | Tempoh perkhidmatan | Parti politik dan jawatan | Portfolio | Perdana Menteri | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Clement Attlee | 19 Februari 1942 | 23 Mei 1945 | Parti Buruh (Pemimpin) |
Timbalan Perdana Menteri Setiausaha Dominions (hingga 1943) |
Winston Churchill | |||
Herbert Morrison | 26 Julai 1945 | 26 Oktober 1951 | Parti Buruh (Timbalan) |
Timbalan Perdana Menteri Setiausaha Kementerian Luar dan Komanwel (dari 1951) |
Clement Attlee | |||
Anthony Eden | Fail:Sir Anthony-Eden number 10 Official.jpg | 26 Oktober 1951 | 6 April 1955 | Parti Konservatif | Timbalan Perdana Menteri Setiausaha Kementerian Luar dan Komanwel |
Winston Churchill | ||
Jawatan dikosongkan | 1955–1962 | Anthony Eden | ||||||
Harold Macmillan | ||||||||
R. A. Butler | 13 Julai 1962 | 18 Oktober 1963 | Konservatif | Timbalan Perdana Menteri Setiausaha Negara pertama | ||||
Jawatan dikosongkan | 1963–1979 | Alec Douglas-Home | ||||||
Harold Wilson | ||||||||
Edward Heath | ||||||||
Harold Wilson | ||||||||
James Callaghan | ||||||||
Viscount William Whitelaw | 4 Mei 1979 | 10 Januari 1988 | Konservatif | Timbalan Perdana Menteri Setiausaha Dalaman (1979–1983) |
Margaret Thatcher | |||
Sir Geoffrey Howe | 24 Julai 1989 | 1 November 1990 | Konservatif | Timbalan Perdana Menteri | ||||
Jawatan dikosongkan | 1990–1995 | John Major | ||||||
Michael Heseltine | 20 Julai 1995 | 2 Mei 1997 | Konservatif | Timbalan Perdana Menteri Setiausaha Negara pertama | ||||
John Prescott | 2 Mei 1997 | 27 Jun 2007 | Buruh | Timbalan Perdana Menteri Kementerian Persekitaran, Pengangkutan dan Keagamaan (hingga 2001) Setiausaha Negara pertama (dari 2001) |
Tony Blair | |||
Jawatan dikosongkan | 2007–2010 | Gordon Brown | ||||||
Nick Clegg | 11 Mei 2010 | 8 Mei 2015 | Liberal Demokrat (Pemimpin) |
Timbalan Perdana Menteri[3][4] Kementerian Perlembagaan dan Politik |
David Cameron Kerajaan campuran pertama David Cameron | |||
Jawatan dikosongkan | 2015–kini | David Cameron | ||||||
Theresa May |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.nickclegg.org.uk dicapai pada 12 Mei 2017
- ^ http://www.libdems.org.uk/nick_clegg dicapai pada 12 Mei 2017
- ^ Clegg To Be Cameron's Deputy In New Cabinet Sky News
- ^ Lib Dem leader Nick Clegg to be deputy PM Reuters
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nick Clegg |
- http://www.dpm.cabinetoffice.gov.uk/ Laman rasmi Timbalan Perdana Menteri United Kingdom dicapai pada 12 Mei 2017
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.