Ayatollah
Ayatollah (Arab: آية الله ; Parsi: آيتالله; Melayu: Tanda dari Allah) adalah gelaran tertinggi yang diberikan kepada ulama Syari'ie. Mereka yang memiliki gelaran tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang berpengetahuan/profesionalis Islam terhadap ilmu-ilmu agama seperti syari’ah (hukum Islam), falsafah Islam, pengajian Islam dan etika hidup. Mereka seringkali mengajar dalam seminar Islam.
Ayatollah Utama
[sunting | sunting sumber]Hanya sedikit daripada kebanyakan Ayatollah yang penting yang diberikan gelaran Ayatullah Utama / Grand Ayatollah (Ayætollah-e Ozme, "Tanda terbesar dari Allah"). Hal ini terjadi apabila ada pengikut-pengikut dari seorang Ayatullah mengikuti pedomannya dalam pelbagai situasai lalu memintanya untuk mengemukakan fatwa-fatwa yang dianggap jawapan bagi segala pertanyaan dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Buku-buku/kitab fatwa Ayatullah ini disebut Resalah.