Pergi ke kandungan

Kereta api tergelincir Merano 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta api tergelincir Merano 2010
Kereta api Stadler GTW, serupa dengan yang tergelincir
Map
Butiran
Tarikh12 April 2010
9:03 CEST (7:03 UTC)
Koordinat46°37′25.84″N 10°52′33.88″E Sunting ini di Wikidata
LokasiAntara Latsch dan Kastelbell-Tschars
(Provinsi Bolzano-Bozen)
NegaraItali
Laluan/landasanLaluan Vinschgau
PengendaliSTA Südtiroler Transportstrukturen AG
Jenis insidenKegelinciran
SebabHalangan di jalan
Perangkaan
Kereta api1
Meninggal dunia9
Tercedera28
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kereta api tergelincir Merano 2010 berlaku pada 12 April 2010 antara Latsch dan Kastelbell, dekat Merano, Itali. Tragedi akibat tanah runtuh itu menyebabkan 9 orang terbunuh dan 28 orang cedera.

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]

Pada jam 9:03 waktu tempatan kereta api Stadler GTW dikendalikan oleh STA Südtiroler, tergelincir di Kastelbell-Tschars setelah berlaku tanah runtuh.[1][2] 9 orang terbunuh ketika kereta api tergelincir, dan 28 yang lain luka termasuk 7 luka parah.[3] Tanah runtuh itu dipercayai berlaku akibat letupan paip pengairan, atau injap tidak sengaja dibiarkan terbuka. Kereta api ini dalam perjalanan dari Mals dan Merano,[4] di landasan Vinschgau yang dibuka semula pada tahun 2005. Tiga gerabak penuh dengan lumpur dari tanah runtuh. Pasukan penyelamat menggunakan penyodok dan kapak mengeluarkan mangsa.[1]

Kereta api ini dilengkapi dengan penderia yang canggih untuk menghentikan kereta api dalam kes tanah runtuh. Tapi mereka tidak boleh berfungsi kerana lumpur yang jatuh tepat saat kereta itu melintasi landasan itu.[5]

Kemalangan itu adalah terburuk di Eropah sejak pertembungan dua kereta api di Buizingen, Belgium pada 15 Februari 2010 dan yang terburuk di Itali sejak kereta api tergelincir Viareggio pada 29 Jun 2009.[6]

  1. ^ a b "'Six dead' as Italy train derails". BBC News Online. Dicapai pada 12 April 2010.
  2. ^ The Guardian : 12 April 2010 : Passengers Killed as Italian Landslide Derails Train Dicapai 13 April 2010
  3. ^ "DISASTRO FERROVIARIO - CRONACA Frana su un treno in Val Venosta. Nove morti e 28 feriti, alcuni sono gravi" (dalam bahasa Itali). Alto Adige. Dicapai pada 13 April 2010.
  4. ^ "At least six killed in train crash, Toll 'set to rise' after train hits landslide". ANSA. Dicapai pada 12 April 2010.
  5. ^ Corriere della Sera, 13 April 2010, m/s. 2
  6. ^ Julia Reid. "Nine Killed As Train Hit By Mudslide". Sky News Online. Dicapai pada 12 April 2010.