Kemalangan lombong Copiapó 2010
Usaha penyelamatan di San José de Copiapó pada 5 Ogos 2010 | |
Tarikh | 05 Ogos 2010 | – 13 Oktober 2010 (69 days)
---|---|
Waktu | 14:05 CLT (UTC -3) |
Lokasi | Copiapó, Chile |
Pada 5 Ogos 2010, satu kejadian kemalangan lombong berlaku di Copiapó apabila lombong tembaga dan emas San José dekat Copiapó, Chile, runtuh sehingga menyebabkan 33 orang pekerja terkandas di bawah tanah.[1][2]
Para pelombong yang keruntuhan itu bertahan di bawah tanah selama 69 hari.[3] Kesemuanya 33 orang diselamatkan dan dibawa ke atas permukaan pada 13 Oktober 2010, iaitu orang pertama keluar pada jam 00:10 CLDT 13 Oktober 2010, hingga yang terakhir pada jam 21:55 CLDT.
Lombong San José Mine terletak 45 kilometer (28 bt) di utara Copiapó, di Chile utara. Para pelombong keruntuhan kira-kira 700 meter (2,300 ka) dari permukaan tanah dan berada pada jarak 5 kilometer (3 bt) dari pintu masuk, termasuk celah-celah syaf pintu masuk. Lombong ini digeruni kerana sejarah kegoyahannya yang pernah mengakibatkan kemalangan, termasuk seorang yang maut.[4]
Pengambilan pelombong pertama, Florencio Ávalos, bermula pada hari Selasa, 12 Oktober 2010 pada jam 23:55 CLDT, dengan menggukana kapsul penyelamat Fénix yang mencapai permukaan 16 minit kemudian.[5][6] Pada 21:55 CLDT 13 Oktober 2010, kesemua 33 pelombong berjaya diselamatkan dalam keadaan sihat, kecuali seorang yang menghidap pneumonia, dan lain-lain yang mengalami jangkitan gigi dan masalah kornea.[7]
Gambar
[sunting | sunting sumber]Koordinat: 27°9′36.73″S 70°29′48.4″W / 27.1602028°S 70.496778°W
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Navarrete, Camila (6 Ogos 2010). "Se confirman las identidades de mineros atrapados en mina San José en Región de Atacama" (dalam bahasa Sepanyol). Radio Bío Bío. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
- ^ "Onemi confirma a 33 mineros atrapados en yacimiento en Atacama" (dalam bahasa Sepanyol). La Tercera. 6 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-02. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
- ^ Illiano, Cesar (9 Oktober 2010). "Rescue near for Chile miners trapped for 2 months". Reuters AlertNet. Dicapai pada 11 Oktober 2010.
- ^ Haroon Siddique (23 Ogos 2010). "Chilean miners found alive – but rescue will take four months". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-02. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
- ^ "First of 33 trapped miners reaches surface". CNN. 12 Oktober 2010. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
- ^ "Chile Miners Rescue: Live". Telegraph. 12 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-13. Dicapai pada 12 October 2010.
- ^ Chile Mine Rescue Live BBC News, 13 Oktober 2010
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.