Pergi ke kandungan

Paul Kagame

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paul Kagame
Presiden Rwanda
Menyandang jawatan
24 Mac 2000
Perdana MenteriBernard Makuza
Didahului olehPasteur Bizimungu
Maklumat peribadi
Lahir (1957-10-23) 23 Oktober 1957 (umur 67)
Ruhango, Wilayah Selatan, Rwanda
Parti politikBarisan Patriotik Rwanda
PasanganJeannette Kagame

Paul Kagame (lahir 23 Oktober 1957) adalah Presiden Republik Rwanda kini. Beliau menonjol sebagai pemimpin Barisan Patriotik Rwanda (RPF atau FPR), yang kemenangannya ke atas kerajaan lalu pada Julai 1994 secara berkesan menamatkan pembunuhan etnik di Rwanda. Di bawah pimpinannnya, Rwanda telah digelar “cerita kejayaan terbesar” Afrika[2]

Paul Kagame menjadi Presiden Rwanda pada Mac 2000[3] apabila Pasteur Bizimungu digulingkan. Tiga tahun setengah kemudian, pada 25 Ogos 2003, beliau menang besar dalam pilihan raya kebangsaan pertama sejak kerajaannya berkuasa pada 1994 dengan mendapat 95.5% undi.[3] Seterusnya pada 11 Ogos 2010, beliau memenangi penggal kedua dengan 93.1% undi.[4]

  1. ^ "Rwandan president belatedly received baptismal certificate". CWNews.com. 2006-03-29. Dicapai pada 2009-03-14.
  2. ^ "Zakaria: Africa's biggest success story". CNN.com. Dicapai pada 19 Julai 2007.
  3. ^ a b "Incumbent wins in Rwanda's first presidential vote since genocide". USA Today. 2003-08-26. Dicapai pada 26 November 2007.
  4. ^ "Rwanda President Kagame wins election with 93% of vote". BBC News Online. 11 Ogos 2010. Dicapai pada 11 Ogos 2010.