Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu | |
---|---|
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Perak | |
Menyandang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2 Jun 2023 – 11 Februari 2024 | |
Didahului oleh | Dato Eddin Syazlee Shith |
Digantikan oleh | Tuan Hanifah Abu Baker |
Timbalan Pengerusi Parti Perikatan Nasional | |
Menyandang jawatan 7 Ogos 2020 | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Menyandang jawatan 23 Ogos 2020 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perak | |
Menyandang jawatan 8 September 2016 | |
Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Dato' Sri Ti Lian Ker |
Didahului oleh | Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican |
Digantikan oleh | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P063 Tambun, Perak | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Anwar Ibrahim |
Majoriti | 5,320 (2018) |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk N47 Chenderiang | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato' Dr. Mah Hang Soon (BN-MCA) |
Digantikan oleh | Choong Shin Heng |
Majoriti | 39 (2018) |
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia bertaraf Menteri (Hal Ehwal Jalinan Komuniti, Komunikasi Masyarakat dan Pembangunan Sosioekonomi) | |
Dalam jawatan 5 Ogos 2021 – 16 Ogos 2021 | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Kawasan pilihan raya | Tambun |
Menteri Besar Perak ke-13 | |
Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 6 Disember 2020 | |
Sultan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Digantikan oleh | Dato' Seri Haji Saarani Mohamad |
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 6 Disember 2020 | |
Menteri Besar Perak ke-12 | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2020 | |
Sultan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Didahului oleh | Prof Adjung Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir |
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2020 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ipoh, Perak, Malaysia | 10 Jun 1970
Parti politik | UMNO (sehingga 2016) PPBM (2017-kini) |
Gabungan politik lain | BN (sehingga 2016) PH (2017-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato' Mohammed Radzi |
Pertalian |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pendidikan | SPM |
Tempat belajar | Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli perniagaan Ahli politik Pelakon |
Anugerah awam | Senarai |
Laman web | Ahmad Faizal Azumu di Facebook |
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu (lahir 10 Jun 1970) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Besar Perak yang berkhidmat dari tahun 2018 hingga tahun 2021.
Beliau ialah anak kepada Allahyarham Dato' Haji Azumu bin Haji Tak, seorang veteran UMNO.
Pendidikan
Ahmad Faizal pernah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia namun gagal menamatkan pengajian.[1] Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak.[2]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Ratu Ten Pin 2 | Pak Peja | Astro Ria | Penampilan Istimewa Dalam Drama Ratu Ten Pin 2[3] |
Kerjaya
Menteri Besar Perak
Pada 12 Mei 2018, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Beliau meletakkan jawatan pada 10 Mac 2020 apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan yang mengakibatkan kerajaan PH tergugur di Perak.[4]
Beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 13 Mac 2020 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.[5]
Pada 4 Disember 2020, ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manap Hashim membawa usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak ke sidang Dewan Negeri Perak. Keputusan diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, 48 tidak menyokong Dato' Seri Ahmad Faizal berbanding 10 orang ADUN yang menyokong usul itu manakala ada 1 undi rosak atau berkecuali. Hal ini menyebabkan pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Perak terhenti secara rasmi.[6] Meskipun begitu, beliau diperkenankan menjadi pemangku Menteri Besar sementara jawatan rasmi Menteri Besar masih kosong.[7]
Kerajaan
Dalam tahun 2011 hingga 2013, Dato' Seri Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dari tahun 2013 hingga 2016, Dato' Seri Ahmad Faizal menjadi Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir.
Sepuluh tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri bagi hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[8]
Jemaah Menteri
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi menggantikan Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Dato' Sri Kabinet Ismail Sabri.[9]
Parti politik
UMNO
Dalam tahun 2016, Ahmad Faizal menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.
Pakatan Harapan
Selepas keluar dari UMNO, Ahmad Faizal menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi negeri Perak dalam tahun 2017.[10]
BERSATU
Beliau telah memenangi kerusi Timbalan Presiden pada Pemilihan Agung Tahunan BERSATU 2020.[11]
Keputusan pilihan raya
Dalam PRU-14, Ahmad Faizal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choong Shin Heng dan calon PAS, Nordin Hassan dengan majoriti 39 undi.
Di peringkat Parlimen pula, Ahmad Faizal menang di kawasan Parlimen Tambun menewaskan calon BN, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria dengan majoriti 5,320 undi.
Dewan Rakyat Malaysia
Tahun | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Ahmad Faizal Azumu (PPBM) | 38,661 | 44.46% | Ahmad Husni Hanadzlah (UMNO) | 33,341 | 38.35% | 88,920 | 5,320 | 82.51% | ||
Muhd Zulkifli Mohd Zakaria (PAS) | 14,948 | 17.19% |
Dewan Negeri Perak
Tahun | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Ahmad Faizal Azumu (PPBM) | 7,662 | 33.90% | Chong Shin Heng (MCA) | 7,623 | 33.70% | 17,441 | 39 | 77.20% | ||
Nordin Hassan (PAS) | 1,735 | 7.70% |
Anugerah
- Perak :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) – Dato' Seri (2018)[15]
- Ahli Mahkota Perak (AMP)
Rujukan
- ^ "Perak demands for effective, transparent and honest new government: New Perak MB". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ "Ahmad Faizal ganti Zambry". myMetro. Harian Metro. 12 Mei 2018. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Faizal Azumu jadi hero selamatkan Jasmin Suraya
- ^ "Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Menteri Besar Perak, kerajaan Perak bubar serta merta". Astro Awani. 10 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
- ^ Perak exco to be appointed next week
- ^ Leong, Isabelle (4 Disember 2020). "Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti". Astro Awani. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ Hasnan, Harits Asyraf (4 Disember 2020). ""Saya masih Menteri Besar kerajaan sementara" - Faizal Azumu". Astro Awani. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ Ahmad Faizal Azumu kini Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri
- ^ Ahmad Faizal bukan nama asing dalam arena sukan
- ^ "Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12 : 12 Mei 2018". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. SUK Perak. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Tan Sri Muhyiddin kekal Presiden BERSATU
- ^ a b "Malaysia General Election : undiinfo Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017.
- ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ MB Perak ketuai senarai penerima darjah
Pautan luar
- Biodata YAB Menteri Besar Perak [1]
- Ahmad Faizal Azumu di Facebook
- Ahmad Faizal Azumu di Twitter
- Ahmad Faizal Azumu di Instagram
- Ahmad Faizal Azumu di TikTok
- Saluran Ahmad Faizal Azumu di YouTube
- Kelahiran 1970
- Orang hidup
- Orang dari Perak
- Muslim Malaysia
- Menteri Besar Perak
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- Anak ahli politik Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Menteri Besar daripada Bersatu
- Peserta Flotila Kebebasan Gaza
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14