Pergi ke kandungan

RSN Rayer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Tuan
RSN Rayer
AP
Sanisvara Nethaji Rayer pada tahun 2022
Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PEHB)
Menyandang jawatan
4 September 2023
Ketua Menteri Pulau PinangChow Kon Yeow
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Jelutong, Pulau Pinang
Menyandang jawatan
18 Mei 2018
Didahului oleh Ooi Chuan Aun
Majoriti38,604 (PRU-15)
38,171 (PRU-14)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Seri Delima
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Koay Kar Huah
Digantikan oleh Syerleena Abdul Rashid
Majoriti9,277 (PRU-13)
2,128 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir
Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji

(1971-06-11) 11 Jun 1971 (umur 53)
Alor Setar, Kedah
Parti politik DAP
Tempat belajarUniversiti London
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam Bertauliah

YB Tuan RSN Rayer atau nama penuhnya Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji adalah ahli politik dan peguam Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PEHB) sebuah badan agama di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Jelutong daripada PH-DAP.

Ugutan peluru hidup

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2011, RSN Rayer membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berhubung ugutan bunuh menerusi panggilan telefon. Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy.“Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran agar Rayer agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang 2011.Rayer tidak senang dengan P Ramasamy yang menggelar Karpal Singh sebagai 'godfather'. [1]

Pada 5 Julai 2013, Speaker Law Choo Kiang ‘naik angin terhadap RSN Rayer kerana 'bertekak' dengan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu rasis. [2]

Pada 21 Ogos 2013, keluarga Rayer menerima bungkusan plastik mengandungi peluru hidup di rumahnya di Island Park, Green Lane, Pulau Pinang. Bapa ADUN itu, Rajaji Jeganathan Rayer membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong berhubung bungkusan peluru jenis 9mm yang dihantar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 7 pagi . Rayer pernah dilantik sebagai peguam bela dalam kes lima penjenayah yang mati ditembak polis. [3]

Berundur dari Pemilihan semula CEC

[sunting | sunting sumber]

Pda 29 September 2013, RSN Rayer dan Jagdeep Singh Deo berundur dari bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP. Kemelut CEC DAP bermula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan berlakunya 'kesilapan teknikal' semasa penjumlahan undi pada pemilihan CEC 2013 yang menyaksikan keputusan pemilihan berkenaan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari yang tewas dengan hanya menerima 305 undi melonjak mendapat undian sebanyak 806, sekali gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC.[4]

Ugutan Peristiwa 13 Mei

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2014, sekumpulan 15 lelaki menyerbu bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Menara Komtar . Mereka membantah tindakan Ahli RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan `celaka' kepada beberapa pemimpin Melayu/UMNO. Ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Rayer mendakwa beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969/ Peristiwa 13 Mei.Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) menyatakan bahawa kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.[5]

Pada 22 Mei 2014, sekumpulan pemuda UMNO diketuai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohd Rafi menghantar memorandum kepada pejabat DAP Kuala Lumpur. Mereka membawa sepanduk bertulis SN Rayer "anak haram" dan "tolol", 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'. Memorandum itu diterima oleh MP Serdang, Ong Kian Ming dan ketua pentadbir ibupejbat DAP, Chu Yoon Ming. [6]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Keputusan Pilihanraya ditandingi RSN Rayer
Tahun Peringkat Kawasan Individu Undi Lawan Undi Majoriti
2008 PRU DUN N32 Seri Delima RSN Rayer (DAP) 8,402 Loh Nam Hooi (BN-MCA) 6,274 2,128
2013 PRU DUN N32 Seri Delima RSN Rayer (DAP) 14,478 Low Joo Hiap (BN-MCA) 5,201 9,277
2018 PRU Parlimen P050 Jelutong RSN Rayer (DAP) 50,700 Dato' Baljit Singh a/l Jigiri Singh (BN-Gerakan) 12,529 38,171
Tan Sim Bee (MUP) 437
  1. ^ "Ugutan bunuh: ADUN Seri Delima buat laporan polis". Utusan Malaysia. 10 disember 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "ADUN DAP degil, Speaker naik angin". Utusan Malaysia. 7 Julai 2013.
  3. ^ "DUN Seri Delima terima ugutan peluru". Utusan Malaysia. 21 Ogos 2013.
  4. ^ "Jagdeep, Rayer tarik diri bertanding". Utusan Malaysia. 29 September 2013. line feed character in |title= at position 21 (bantuan)
  5. ^ "Wakil rakyat BN kecam ADUN DAP gelar pemimpin UMNO 'celaka'". Utusan Malaysia. 20 Mei 2014.
  6. ^ "'Buat sekali lagi, HQ DAP akan hangus'". Utusan Malaysia. 22 Mei 2014.