Pergi ke kandungan

Rozman Isli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk
Rozman Isli
PMW (WP); PPN
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Yussof Mahal
Digantikan oleh Suhaili Abdul Rahman
Majoriti1,450 (PRU-14)
6,625 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1963-05-28) 28 Mei 1963 (umur 61)
Labuan, Sabah
KerakyatanMalaysia
Parti politikWARISAN (2018-)
UMNO (-2018)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (-2018)
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
PekerjaanAhli politik

Datuk Rozman Isli (lahir 28 Mei 1963) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Rakyat untuk Labuan selama dua penggal (2013-2022).[1] Pada tahun 2013, beliau dipilih ke Dewan Rakyat sebagai seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan juga pada tahun 2018. Namun, pada Oktober 2018, beliau keluar daripada UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).[1] Pada 31 Mac 2019, beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua WARISAN Bahagian Labuan.[2]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Rozman telah didakwa di atas pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2021 lalu.[3] Beliau telah dilepaskan segala dakwaan setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam kes tersebut.[4]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia: P166 Labuan
Tahun Kawasan Nama Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang Undi Majoriti Keluar
2013 P166 Labuan Rozman Isli (UMNO) 12,694 66.29% Ibrahim Menudin (PKR) 6,069 31.69% 19,377 6,625 79.17%
Hadnan Mohamad (PAS) 386 2.02%
2018 Rozman Isli (UMNO) 10,164 47.59% Noor Halim Zaini (WARISAN) 8,714 40.80% 21,729 1,450 76.63%
Ahmad Junid @ Junit Mohd Aling @ Aling (PAS) 1,555 7.28%
Siti Zaleha Ibrahim (PHRS) 925 4.33%
2022 Rozman Isli (WARISAN) 7,310 25.70% Suhaili Abdul Rahman (BERSATU) 8,124 28.56% 28,449 708 63.95%
Bashir Alias (UMNO) 7,416 26.07%
Ramli Tahir (AMANAH) 5,307 18.65%
Dayang Rusimah (PBM) 202 0.71%
Ramle Mat Daly (PEJUANG) 90 0.32%
  1. ^ a b "Ahli Parlimen Labuan keluar UMNO, sertai WARISAN". 11 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Julai 2020.
  2. ^ "NOOR HALIM MENANG JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN WARISAN LABUAN". 31 Mac 2019. Dicapai pada 30 Julai 2020.
  3. ^ MP Labuan akan didakwa esok
  4. ^ MOKHTAR, SUWARNI (2023-06-26). "Rozman Isli lepas, bebas pertuduhan salah guna kedudukan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-16.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]