Pergi ke kandungan

Mohd Azizi Abu Naim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Azizi Abu Naim
محمّد عزيزي أبو نعيم
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Gua Musang
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehTengku Razaleigh Hamzah
(BNUMNO)
Majoriti163 (2022)
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Nenggiri
Dalam jawatan
12 Ogos 2023 – 19 Jun 2024
Didahului olehAb Aziz Yusoff
(BN–UMNO)
Digantikan olehMohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
(BN–UMNO)
Majoriti810 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Azizi bin Abu Naim

Malaysia Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(sehingga 2024)
Ahli politik bebas
(sejak 2024)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
(sehingga 2024)

Mohd Azizi bin Abu Naim[1] merupakan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) Gua Musang sejak November 2022. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) untuk Nenggiri dari Ogos 2023 hingga kehilangan kelayakannya pada Jun 2024. Beliau adalah ahli dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Gua Musang, sebuah parti komponen gabungan Perikatan Nasional. Beliau ialah ADUN Nenggiri yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah, memegang jawatan selama lebih 10 bulan sahaja. Pada masa ini, beliau adalah ahli politik bebas sejak keahlian BERSATU berakhir pada 12 Jun 2024.

Pada 7 November 2023, Mohd Azizi mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menjadikannya ahli pembangkang ketiga yang menyokong kerajaan.[2] Pada 19 Jun 2024, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri yang disandang dan diwakili oleh Mohd Azizi selepas keahlian BERSATU tamat.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[4]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2022 P032 Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim (BERSATU) 21,826 45.12% Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO) 21,663 44.78% 48,377 163 68.86%
Asharun Aji (PKR) 4,517 9.34%
Samsu Adabi Mamat (PEJUANG) 371 0.77%
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2023 N43 Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim (BERSATU) 6,517 53.31% Ab Aziz Yusoff (UMNO) 5,707 46.69% 12,224 810 60.46%
  •  Malaysia :
    • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII (2024)
  1. ^ "YB Tuan Mohd Azizi Bin Abu Naim". www.parlimen.gov.my.
  2. ^ "Gua Musang MP Azizi becomes latest Bersatu member to declare support for Anwar". New Straits Times. 7 November 2023.
  3. ^ "Speaker DUN Kelantan umum kekosongan kerusi Nenggiri disandang wakil BERSATU". www.bharian.com.my.
  4. ^ "The Star Online GE15 Kelantan". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]