Parti Tindakan Demokratik
Parti Tindakan Demokratik Democratic Action Party | |
---|---|
Penasihat | Tan Kok Wai |
Pengerusi | Lim Guan Eng |
Timbalan Pengerusi | Gobind Singh Deo |
Naib Pengerusi | M. Kulasegaran Chow Kon Yeow Ariffin S.M Omar Chong Chieng Jen Teresa Kok |
Setiausaha Agung | Loke Siew Fook |
Pengasas | Lim Kit Siang |
Ditubuhkan | 18 Mac 1966 |
Pecahan | Parti Tindakan Rakyat |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Kebangsaan DAP Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur |
Ideologi | Antikomunisme Demokrasi sosial Konservatisme Liberalisme sosial Berbilang kaum Sekularisme |
Kedudukan politik | Berhaluan kiri tengah |
Penggabungan kebangsaan | Barisan Alternatif (1999–2008) Pakatan Rakyat (2008–2015) Pakatan Harapan (2015-kini) |
Penggabungan antarabangsa | Sosialis Antarabangsa (SI) |
Warna | Putih, merah, biru |
Dewan Negara Malaysia | 4 / 70 |
Dewan Rakyat Malaysia: | 40 / 222
|
DUN: | 94 / 576
|
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 1 / 13 |
Majlis Tempatan Perundangan Daerah | 0,000 / 1,311 |
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
Portal rasmi DAP (bahasa Melayu) |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Parti Tindakan Demokratik (bahasa Inggeris: Democratic Action Party (DAP); Tamil: ஜனநாயக செயல் கட்சி ; Bahasa Cina: 民主行动党 ) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966.[1] Kubu-kubu kuat parti DAP adalah dari segi sokongan rakyat majoriti bukan Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DAP juga memperoleh sedikit undi masyarakat Melayu di Pahang dan Melaka kerana bertanding menggunakan lambang PKR dan HARAPAN.
DAP terkenal dengan konsep kontroversi iaitu "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat/semua bangsa Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.[2] Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.[3]
DAP merupakan salah satu daripada empat parti kerajaan utama di Malaysia selain parti PKR,DAP dan AMANAH dan ketiga-tiga parti ini mewakili Pakatan Harapan. Kesepakatan DAP dalam Pakatan Harapan memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Akhbar Internet parti ini (dalam Bahasa Melayu) ialah Roketkini.[4]
Sejarah
DAP merupakan serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakan parti politik Singapura. Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama.
Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba dihidupkan dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kalinya.
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.
Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil di Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.[5]
Tabung Amanah Sosialis Demokratik
Devan Nair mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Sosialis Demokratik pada 19 April 1966 dengan tujuan menyokong kewangan parti dalam pilihan raya dan memenuhi harapan dan aktiviti sosialisme demokratik. Ahli Jawatankuasa tabung ini ialah Devan Nair, Chen Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam. Tabung ini berjaya mengumpul bantuan kewangan dari masyarakat Cina bandar. Ekoran itu juga banyak cawangan DAP ditubuhkan di seluruh negara kerana mempunyai kewangan yang kukuh.
Kebangkitan Lim Kit Siang
Ketika inilah munculnya Lim Kit Siang selaku pembantu kepada Devan Nair . Namanya terus popular kerana lantang mengkritik dasar lemah lembut yang diamalkan oleh MCA. Lim kit Siang muncul dalam surat-surat khabar Cina pada 20 Mei 1967 dan sejak itu bidasan-bidasan Lim Kit Siang terhadap dasar patriotik MCA tersiar dalam kebanyakan surat khabar Cina.
Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu The Rocket diterbitkan buat pertama kali. Lim Kit Siang selaku ahli Exco DAP telah menggunakan Rocket mengecam MCA yang mengikut telunjuk UMNO. Sedangkan Lim Kit Siang mahu Malaysia mengamalkan dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu satu dasar yang selaras dengan prinsip sosialis. Baginya masalah masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum , tidak bersatu dan miskin hanya dapat diselesaikan melalui dasar ini. Masyarakat Cina bandar amat tertarik dengan slogan yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang ini dan dibuktikan melalui Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Lim Kit Siang menang di parlimen Kota Melaka pada tahun 1969.
Pengunduran Devan Nair
Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor, berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur. Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.
Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu tentulah tidak dapat ditolak oleh beliau begitu sahaja walaupun beliau dilahirkan di Melaka.
K.S Das selaku pengerusi DAP Johor Bahru telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Daing Ibrahim sebagai Naib Setiausaha Kedua. Mesyuarat agung itu juga menerima Pengisytiharan Setapak seabagai panduan kepada halatuju DAP pada masa hadapan. Pengisytiharan Setapak telah diadakan pada 29 Julai 967 dan merupakan Persidangan Kebangsaan DAP yang pertama.
Mesyuarat Agung DAP pertama
DAP mengadakan mesyuarat agung Perwakilan DAP yang pertama pada 17 Mac 1968 di Kuala Lumpur. Lebih 200 wakil dari 37 cawangan DAP di seluruh negara telah hadir.
Hasilnya satu jawatankuasa pusat DAP telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya adalah semua ahli-ahli jawatankuasa penaja.
Semenjak Devan Nair mengundurkan diri dari pucuk pimpinan DAP, Dr Chen Man Hin dan Goh Hock Guan tidak henti-henti mengunjungi semua cawangan di seluruh negara bagi mengukuhkan keahlian DAP dan meningkatkan kerjasama sesama ahli. Sehingga MAC 1969, DAP berjaya menubuhkan 65 cawangan di Malaysia.
Pemimpin DAP ditahan ISA
Kelantangan Lim Kit Siang dan lain -lain pemimpin DAP menyebabkan mereka ditahan oleh polis dan sesetengahnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 1969 Lim kit Siang ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di bawah ISA. Pada 1979 sekali lagi beliau ditahan kerana mendedahkan perjanjian senjata antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Switzerland.
Pada tahun 1987, Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam 'Operasi Lalang' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara.
Sehingga hari ini, Kit Siang mempunyai kedudukan yang berpengaruh dalam DAP dan tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin DAP bagi jawatan Setiausaha Agung DAP.
Pakatan pembangkang 1969
DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan. DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Asri selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.
DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk Dewan Undangan Negeri. Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. DAP memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan pencapaian yang cukup membanggakan. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkab Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.
Parti Gerakan (sewaktu itu pembangkang) telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS.
Pembentukan kerajaan negeri
DAP mencapai pencapaian tertinggi pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ketika berjaya menembusi kubu kuat BN di Pulau Pinang. DAP berjaya menewaskan Gerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu.
- DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang(19), Perak (18), Selangor(13), Negeri Sembilan (10) , Melaka(5), Johor (4), Pahang (2), Kedah (1) dan Sabah (1).
DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang dengan kerjasama PKR dan Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Letak jawatan
Sepanjang tahun 1969 hingga 1982, hampir 28 ahli DAP telah menarik diri atau dipecat dari parti itu dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah Pengerusi DAP Selangor iaitu Goh Hock Guan . Pada 1972 Richard Ho, ahli Parlimen Sitiawan telah meletakkan jawatan.
Perdebatan berlaku antara Lee Lam Thye dengan Lee Kim Sai hingga hampir-hampir berlaku Pilihan Raya Kecil kawasan Seputeh. Lee Lam Thye merupakan seorang pemimpin yang sederhana dan banyak bekerja untuk orang ramai di kawasan Menglembu, ipoh , Perak. Lee Lam Thye pernah mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Tembok Besar China dan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri China. Akhirnya Lee Lam Thye meletakkan jawatan dari kepimpinan DAP.
Pada Februari 2008, ahli parlimen Batu Gajah iaitu Fong Po Kuan merajuk dengan kepimpinan DAP Perak. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Lim Kit Siang telah menang di kawasan Ipoh Timur. Tindakan Lim Kit Siang yang asyik berpindah-randah kawasan hanya membuktikan beliau diterima di seluruh negara tetapi gagal menjiwai permasalahan rakyat tempatan.
DAP tidak bebas daripada kritikan politik keluarga. Anak Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo telah bertanding di parlimen negeri Selangor iaitu di kawasan P 103 parlimen Puchong. Anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng telah dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP dan akan bertanding di Pulau Pinang. Sementara Betty Chew Gek Cheng telah menjadi ahli dewan undangan negeri Melaka kawasan Kota Laksamana, Melaka.
Simbol parti
Logo
Simbol atau logo DAP (lihat di atas) adalah roket, yang telah digunakan sejak pilihan raya umum 1969. Komponennya dilambangkan seperti berikut:
|
|
Maskot Ubah
Burung Ubah adalah maskot rasmi DAP yang menyerupai Burung Enggang. DAP telah mengadopsi burung ini sebagai simbol untuk perubahan baik untuk ciri-ciri uniknya, ketabahan dan perwakilan perpaduan kedua-dua Malaysia Timur dan Malaysia Barat menjadi negara Malaysia.[6] Ia telah direka oleh Ooi Leng Hang dan telah dilancarkan semasa pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011 dan juga digunakan sebagai sebahagian daripada kempen politik mereka semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. Barang dagangannya seperti mainan mewah, butang dan pelekat kereta sangat baik diterima oleh orang ramai. @dapmalaysia (1 January 2013). "Merchandise incl Ubah plush toys selling like hot cakes!" (Twit) – melalui Twitter. Idea maskot itu datang dari Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang merasakan maskot akan meningkatkan semangat rakyat. Nama "Ubah", yang bermaksud "perubahan" dalam Bahasa Melayu, adalah selaras dengan aspirasi parti dalam mengubah parti pemerintah kerajaan persekutuan Malaysia. Selain kostum Iban Sarawak yang asli, "Ubah" kini terdapat dalam kostum Melayu untuk Hari Raya, kostum India untuk Deepavali, kostum Cina untuk Tahun Baru Cina, kostum Santa Claus untuk Krismas, dan Kostum Superman yang menggambarkan kuasa rakyat.[7]
Pada 13 Julai 2013, terapung raksasa yang dikenali sebagai "Ubah Inflatable Bird (Water Ubah)" dilancarkan secara rasminya di IJM Promenade, Jelutong, Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.[6]
Lagu
Lagu parti rasmi DAP ialah Berjuang Untuk Rakyat Malaysia.
Selain daripada lagu rasmi parti, DAP juga telah melancarkan beberapa lagu tema dan video muzik kebanyakannya dengan tema Ubah seperti "Ubah" dengan sebanyak 800,000 tontonan, 明天 dengan lebih 400,000 tontonan dan "Ubah Rocket Style" dengan lebih daripada 100,000 tontonan, yang merupakan parodi hits tular YouTube "Gangnam Style".
Pilihan raya
Pilihan raya 1978
Kerjasama antara PAS dan DAP diadakan secara tidak langsung. Biasanya PAS akan bertanding sebagai pemecah undi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi Melayu akan mengundi calon PAS. Pengundi Cina terpaksa memilih calon DAP atau calon MCA. Biasanya calon DAP lebih beruntung.
Dalam pilihan raya 1978, parti PAS 'menghadiahkan' kawasan parlimen Damansara, Bukit Mertajam dan Beruas serta DUN Gopeng kepada DAP. DAP pula membantu PAS memdapatkan kawasan Kuala Kurau di Perak.
Pilihan raya 1990
DAP telah berpakat dengan parti pembangkang seperti Semangat 46, PSRM, HAMIM dan PAS. Tetapi kerjasama ini tidak begitu berjaya kerana perbezaan ideologi yang ketara antara DAP dengan PAS dan Semangat 46. Pemimpin PAS dan DAP sering berdolak-dalik dalam menentukan hubungan yang bakal dimetri menjelang pilihan raya.
Pilihan raya 1995
Dalam pilihan raya 1995, DAP menang 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.
Pilihan raya 1999
Dalam pilihan raya 1999 , Pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama antara DAP dengan PAS. Akibatnya DAP hanya mendapat 10 kerusi parlimen sahaja. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kubu kuat mereka di Pulau Pinang.
Lim Kit Siang dikalahkan pertama kali dalam pilihan raya umum 1999 sejak beliau bertanding dalam pilihan raya.
Pilihan raya 2004
Pilihan raya 2004 menyaksikan DAP menang di 12 kawasan Parlimen. Lim Kit Siang menang mudah di kawasan Ipoh Timur. Begitu juga dengan Karpal Singh di Pulau Pinang.
Pilihan raya 2008
DAP kini diketuai Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Lim merupakan anak kepada Setiausaha Agung sebelumnya, Lim Kit Siang. DAP terkenal dengan Karpal Singh, seorang peguam yang berani menentang Mahkamah Malaysia. DAP dan PAS akur dengan Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat agar hanya satu calon pembangkang bertanding menentang Barisan Nasional.
Sejak 1995, matlamat DAP lebih realistik iaitu mengurangkan majoriti 2/3 yang dibolot oleh Barisan Nasional. Projek Tanjung I, II dan III gagal menguasai Pulau Pinang malah pengundi Cina terhadap DAP semakin merosot di Pulau Pinang.
Pilihan raya 2013
Pendaftar Pertubuhan menghantar surat kepada DAP dua hari sebelum penaman calon yang menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng tidak dapat mengeluarkan surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan DAP.[8] Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri selepas RoS memberikan penjelasan.[9]
DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang (19), Perak (18), Selangor (15), Johor (13), Negeri Sembilan (11), Pahang (7), Melaka (6), Sabah( 4) dan Kedah (2).
DAP berjaya mengekalkan pemerintahannya di Pulau Pinang bagi penggal kedua sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008 dan berjaya menambah kerusi DUN di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sabah dan Kedah.
Antara isu yang agak menghangatkan negara ialah semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013, penasihat DAP Lim Kit Siang telah bertanding di kawasan P 162 Gelang Patah menentang bekas Menteri Besar Johor, Dato' Seri Abdul Ghani Othman. Namun, Lim Kit Siang berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 14,762 undi menewaskan bekas Menteri Besar Johor itu.
Senarai pemimpin DAP
Berikut adalah senarai jawatan pelbagai pemimpin untuk setiap penggal.
Penasihat Seumur Hidup DAP
Pengerusi Kebangsaan DAP
Ketua Parlimen DAP
|
Ketua Setiausaha DAP
Pemangku Ketua Setiausaha DAP
Nota: Lim Kit Siang telah dipilih sebagai Setiausaha Agung pada bulan Oktober 1969 semasa ditahan di bawah ISA dan Fan Yew Teng bertindak sebagai jawatan sekuriti DAP. Pemangku Ketua Setiausaha yang dilantik apabila Setiausaha Agung tidak berkhidmat. Mentor Parti
Nota: Mentor Parti ialah kedudukan baru yang dicipta pada tahun 2022 apabila Lim Kit Siang menarik diri daripada mengganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat bermula 20 Mac 2022 setelah 56 tahun bersama DAP.
|
Kepimpinan 2022-2024
Berikut ialah senarai kepimpinan utama DAP bagi 2022-2024[10]
- Pengerusi kebangsaan
- Timbalan pengerusi kebangsaan
- Naib pengerusi kebangsaan
- Setiausaha agung
- Timbalan setiausaha agung
- Liew Chin Tong
- Sivakumar Varatharaju Naidu (lantikan)
- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (lantikan)
- Bendahari
- Penolong bendahari
- Setiausaha organisasi kebangsaan
- Steven Sim Chee Keong
- Penolong setiausaha organisasi kebangsaan
- Ng Suee Lim
- Khoo Poay Tiong (lantikan)
- Setiausaha publisiti
- Penolong setiausaha publisiti
- Hannah Yeoh Tseow Suan
- Ganabatirau Veraman (lantikan)
- Setiausaha antarabangsa
- Penolong setiausaha antarabangsa
- Pengarah pendidikan politik
- Penolong pengarah Pendidikan Politik
- Ahli jawatankuasa pusat
- Tan Kok Wai
- Lim Lip Eng
- Lim Hui Ying
- Alice Lau Kiong Yieng
- Chan Foong Hin
- Ronnie Liu Tian Khiew
- Tan Hong Pin
- Young Syefura Othman
- Teo Kok Seong
- Thomas Su Keong Siong
- Vincent Wu Him Ven
- Syahredzan Johan (lantikan)
- Lee Chin Chen (lantikan)
- Howard Lee Chuan How (lantikan)
- RSN Rayer (lantikan)
- Sheikh Umar Bagharib Ali (lantikan)
- Vivian Wong Shir Yee (lantikan)
- Penasihat
- Ketua parlimen
- Pengerusi Lembaga Disiplin
- James Ngeh Koo Ham
Wakil rakyat
Dewan Negara
Senator
Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan | Penggal |
---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | 20.03.2023 - 19.03.2026 | Noorita Sual, YB Senator Puan | Pertama | |
20.03.2023 - 19.03.2026 | Roderick Wong Siew Lead, YB Senator Tuan | Pertama | ||
Pulau Pinang | 07.03.2023 - 06.03.2026 | Lingeshwaran R. Arunasalam, YB Senator Tuan | Pertama | |
Negeri Sembilan | 25.04.2022 - 24.04.2025 | Kesavadas A. Achyuthan Nair, YB Senator Dato' | Kedua |
Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Malaysia ke-15
DAP kini mempunyai 40 ahli parlimen.
Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 19 / 40
Dewan Undangan Negeri Sembilan11 / 36
Dewan Undangan Negeri Perak16 / 59
Dewan Undangan Negeri Selangor16 / 56
|
Dewan Undangan Negeri Johor 10 / 56
Dewan Undangan Negeri Melaka4 / 28
Dewan Undangan Negeri Pahang7 / 42
|
Dewan Undangan Negeri Sabah 4 / 64
Dewan Undangan Negeri Sarawak2 / 82
Dewan Undangan Negeri Kedah2 / 36
|
Dewan Undangan Negeri Perlis 0 / 15
Dewan Undangan Negeri Terengganu0 / 32
Dewan Undangan Negeri Kelantan0 / 45
|
Jurucakap Parlimen
Portfolio | Ahli Dewan Rakyat |
---|---|
Ketua Parlimen | Nga Kor Ming |
Ketua Whip | Alice Lau Kiong Yieng |
Pengerusi PAC | Wong Kah Woh |
Kewangan | Tony Pua Kiam Wee |
Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Ong Kian Ming |
Perubahan Iklim, Sains dan Teknologi | Yeo Bee Yin |
Pendidikan | Teo Nie Ching |
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Sumber Manusia | M Kulasegaran |
Perladangan dan Komoditi | Teresa Kok Suh Sim |
Pertahanan | Wong Hon Wai |
Kesihatan | Kelvin Yii Lee Wuen |
Parlimen dan Undang-undang |
|
Hal Ehwal Sabah | Chan Foong Hin |
Hal Ehwal Sarawak | Chong Chieng Jen |
Hal Ehwal Dalam Negeri |
|
Alam Sekitar | Wong Tack |
Air dan Tenaga | Charles Anthony Santiago |
Wilayah Persekutuan |
|
Pengangkutan | Thomas Su Keong Siong |
Pertanian dan Industri Makanan |
|
Kerja Raya | Oscar Ling Chai Yew |
Kesenian dan Kebudayaan | Khoo Poay Tiong |
Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Teh Kok Lim |
Belia Sukan | Steven Sim Chee Keong |
Hal Ehwal Luar Negeri | Kasthuriraani Patto |
Pelajaran Tinggi | Vivian Wong Shir Yee |
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna | Cha Kee Chin |
Pembangunan Luar Bandar |
|
Perpaduan | V Sivakumar |
Komunikasi dan Multimedia | Wong Shu Qi |
Keputusan pilihan raya umum
Pilihan raya | Kerusi bertanding | Jumlah kerusi dimenangi | Jumlah undi | Perkongsian undi | Hasil undi | Ketua pilihan raya |
---|---|---|---|---|---|---|
1964 (sebagai PAP) | 11 | 1 / 144
|
42,130 | 2.0% | ▲1 kerusi; Pembangkang | Lee Kuan Yew |
1969 | 24 | 13 / 144
|
286,606 | 12.1% | ▲12 kerusi; Pembangkang | Goh Hock Guan |
1974 | 46 | 9 / 144
|
387,845 | 18.3% | ▼4 kerusi; Pembangkang | Lim Kit Siang |
1978 | 53 | 16 / 154
|
664,433 | 19.1% | ▲7 kerusi; Pembangkang | Lim Kit Siang |
1982 | 63 | 9 / 154
|
815,473 | 19.6% | ▼7 kerusi; Pembangkang | Lim Kit Siang |
1986 | 64 | 24 / 154
|
968,009 | 21.0% | ▲15 kerusi; Pembangkang | Lim Kit Siang |
1990 | 57 | 20 / 180
|
985,228 | 17.13% | ▼4 kerusi; Pakatan pembangkang | Lim Kit Siang |
1995 | 50 | 9 / 192
|
712,175 | 12.0% | ▼11 kerusi; Pakatan pembangkang | Lim Kit Siang |
1999 | 47 | 10 / 193
|
830,870 | 12.53% | ▲1 kerusi; Pakatan pembangkang | Lim Kit Siang |
2004 | 44 | 12 / 219
|
687,340 | 9.9% | ▲2 kerusi; Pembangkang | Kerk Kim Hock (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pengerusi, Dasar Pusat & Suruhanjaya Perancangan Strategik) |
2008 | 47 | 28 / 222
|
1,118,025 | 13.77% | ▲16 kerusi; Pakatan pembangkang | Lim Guan Eng (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pemimpin Parlimen) |
2013 | 51 | 38 / 222
|
1,736,601 | 15.71% | ▲10 kerusi; Pakatan pembangkang | Lim Guan Eng (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pemimpin Parlimen) |
2018 | 47 | 42 / 222
|
2,040,068 | 18.48% | ▲4 kerusi; Pakatan pembangkang | Lim Guan Eng (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pemimpin Parlimen) |
Keputusan pilihan raya negeri
Pilihan raya | Dewan Undangan Negeri | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dewan Undangan Negeri Perlis | Dewan Undangan Negeri Kedah | Dewan Undangan Negeri Kelantan | Dewan Undangan Negeri Terengganu | Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | Dewan Undangan Negeri Perak | Dewan Undangan Negeri Pahang | Dewan Undangan Negeri Selangor | Dewan Undangan Negeri Sembilan | Dewan Undangan Negeri Melaka | Dewan Undangan Negeri Johor | Dewan Undangan Negeri Sabah | Dewan Undangan Negeri Sarawak | Jumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan | |
1964
(as PAP) |
0 / 12
|
0 / 24
|
0 / 30
|
0 / 24
|
0 / 24
|
0 / 40
|
0 / 24
|
0 / 28
|
0 / 24
|
0 / 20
|
0 / 32
|
0 / 15
| ||
1969 | 0 / 12
|
0 / 24
|
0 / 30
|
0 / 24
|
3 / 24
|
6 / 40
|
0 / 24
|
9 / 28
|
8 / 24
|
4 / 20
|
1 / 32
|
0 / 48
|
31 / 57
| |
1974 | 0 / 12
|
1 / 26
|
0 / 36
|
0 / 28
|
2 / 27
|
11 / 42
|
0 / 32
|
1 / 33
|
3 / 24
|
4 / 20
|
1 / 32
|
0 / 48
|
23 / 120
| |
1978 | 0 / 12
|
0 / 26
|
0 / 28
|
5 / 27
|
9 / 42
|
0 / 32
|
3 / 33
|
3 / 24
|
4 / 20
|
1 / 32
|
25 / 127
| |||
1979 | 0 / 48
|
0 / 11
| ||||||||||||
1982 | 0 / 12
|
0 / 26
|
0 / 36
|
0 / 28
|
2 / 27
|
4 / 42
|
1 / 32
|
1 / 33
|
2 / 24
|
2 / 20
|
0 / 32
|
12 / 131
| ||
1983 | 0 / 48
|
0 / 7
| ||||||||||||
1985 | 0 / 48
|
0 / 3
| ||||||||||||
1986 | 0 / 14
|
0 / 28
|
0 / 39
|
0 / 32
|
10 / 33
|
13 / 46
|
1 / 33
|
5 / 42
|
4 / 28
|
3 / 20
|
1 / 36
|
0 / 48
|
37 / 118
| |
1987 | 0 / 56
|
0 / 11
| ||||||||||||
1990 | 0 / 14
|
1 / 28
|
0 / 39
|
0 / 32
|
14 / 33
|
13 / 46
|
1 / 33
|
6 / 42
|
4 / 28
|
3 / 20
|
3 / 36
|
0 / 48
|
45 / 94
| |
1991 | 0 / 56
|
0 / 18
| ||||||||||||
1994 | 0 / 48
|
0 / 2
| ||||||||||||
1995 | 0 / 15
|
0 / 36
|
0 / 43
|
0 / 32
|
1 / 33
|
1 / 52
|
1 / 38
|
3 / 48
|
2 / 32
|
3 / 25
|
0 / 40
|
11 / 103
| ||
1996 | 3 / 62
|
3 / 6
| ||||||||||||
1999 | 0 / 15
|
0 / 36
|
0 / 43
|
0 / 32
|
1 / 33
|
4 / 52
|
1 / 38
|
1 / 48
|
0 / 32
|
4 / 25
|
0 / 40
|
0 / 48
|
11 / 88
| |
2001 | 1 / 62
|
1 / 13
| ||||||||||||
2004 | 0 / 15
|
0 / 36
|
0 / 45
|
0 / 32
|
1 / 40
|
7 / 59
|
1 / 42
|
2 / 56
|
2 / 36
|
2 / 28
|
0 / 56
|
0 / 60
|
15 / 104
| |
2006 | 6 / 71
|
6 / 12
| ||||||||||||
2008 | 0 / 15
|
1 / 36
|
0 / 45
|
0 / 32
|
19 / 40
|
18 / 59
|
2 / 42
|
13 / 56
|
10 / 36
|
5 / 28
|
4 / 56
|
1 / 60
|
73 / 102
| |
2011 | 12 / 71
|
12 / 15
| ||||||||||||
2013 | 0 / 15
|
2 / 36
|
0 / 45
|
0 / 32
|
19 / 40
|
18 / 59
|
7 / 42
|
15 / 56
|
11 / 36
|
6 / 28
|
13 / 56
|
4 / 60
|
95 / 103
| |
2016 | 7 / 82
|
7 / 31
| ||||||||||||
2018 | 0 / 15
|
2 / 36
|
0 / 45
|
0 / 32
|
19 / 40
|
18 / 59
|
7 / 42
|
16 / 56
|
11 / 36
|
8 / 28
|
14 / 56
|
6 / 60
|
101 / 104
|
Rujukan
- ^ http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
- ^ http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
- ^ Wan Hamidi Hamid. 2011. Mengenali DAP: Bahagian Dua. Dari: http://roketkini.com/2011/05/30/mengenali-dap-bahagian-kedua/
- ^ http://roketkini.com
- ^ Zulkiflee Bakar ,'Sejarah Awal DAP', majalah Eksklusif, April 1990 , Penerbit Karangkraf, hlm 36,
- ^ a b "Official Launching of UBAH inflatable bird (Water Ubah) at 10am, 13 July, at IJM Promenade. « Lim Guan Eng".
- ^ "Political mascots come into play". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-07. Dicapai pada 2018-04-21.
- ^ Lim Kit Sinag (19 Apr 2013). "DAP use of PAS and PKR symbols a game changer?". Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013.
- ^ "DAP guna simbol sendiri". Sinar Harian. 20 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/20/whos-who-in-new-dap-leadership-lineup/
Sastera
* James Chin. The Sarawak Chinese Voters and their support for the Democratic Action Party (DAP), Southeast Asian Studies, Vol. 34, No. 2, 1996, pp 387–401
* James Chin. The Malaysian Chinese Dilemma: The Never Ending Policy (NEP), Chinese Southern Diaspora Studies, Vol 3, 2009
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Parti Tindakan Demokratik |
- Parti Tindakan Demokratik
- Parti demokratik sosial
- Penubuhan 1965 di Malaysia
- Parti komponen Pakatan Harapan
- Parti politik sosialis di Malaysia
- Parti politik di Johor
- Parti politik di Kedah
- Parti politik di Kelantan
- Parti politik di Melaka
- Parti politik di Negeri Sembilan
- Parti politik di Pahang
- Parti politik di Perak
- Parti politik di Perlis
- Parti politik di Pulau Pinang
- Parti politik di Sabah
- Parti politik di Sarawak
- Parti politik di Selangor
- Parti politik di Terengganu
- Parti politik di Wilayah Persekutuan