Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Yang Berbahagia Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah SPMP, DPMP (Perak) | |
---|---|
Menteri Kewangan II | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 7 Julai 2016 | |
Didahului oleh | Nor bin Mohamed Yakcop |
Digantikan oleh | Johari Abdul Ghani |
Majoriti | 9,325 (PRU-13) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P63 Tambun, Perak | |
Dalam jawatan 26 April 1995 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Nawawi Mat Awin |
Digantikan oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | ![]() | 21 Julai 1952
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Fauziah binti Kamarudin |
Anak | 4 |
Pekerjaan | ![]() |
Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan bekas Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.
Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak[perlu rujukan] dan berketurunan Suku Banjar[1]. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Adik perempuan beliau pernah berkhidmat dan menabur jasa disyarikat guaman Maxwell, Kenion, Cowdy & Jones pada tahun 1996. Syarikat guaman yang terkenal di Ipoh itu masih ada menyimpan beberapa fail dan dokumen penting mengenai hartanah-hartanah yang ditinggalkan oleh seorang hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang yang terkenal di Tambun itu.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- 1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
- 1989 - Pengurus Besar di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
- 1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- 2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
- 2002 - Pengerusi MATRADE
- 2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
- 2009 - Pengarah Khazanah Nasional Berhad
Politik
[sunting | sunting sumber]- 1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
- 1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
- 1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
- 1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
- 1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun
Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun, negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]- Pada 7 Mac 2010, Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun meminta Ahmad Husni memohon maaf berhubung ucapan perkauman dalam majlis Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang 5 Mac 2010.[3]
- Pada 3 November 2016, Dato' Seri Husni bersama 2 orang bekas menteri kabinet, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah disabitkan dengan Akta Hasutan 1948 kerana membidas dan mempertikai syarikat sarat hutang, 1MDB.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bahasa Banjar dan Jawa digunakan berkempen di Teluk Intan[pautan mati kekal]
- ^ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang
- ^ Jeff Ooi Mahu Husni Minta Maaf Berhubung Kenyataan Perkauman
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Orang hidup
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Kelahiran 1952
- Orang dari Perak
- Alumni Universiti Malaya
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Menteri Kewangan Malaysia
- Ahli ekonomi Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13