Pergi ke kandungan

Wan Mohamed bin Wan Teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Dato' Seri
Wan Mohamed bin Wan Teh
SPCM, PJK, JP (Perak)
Menteri Besar Perak ke-7
Dalam jawatan
1977–1983
Didahului olehMohamed Ghazali bin Jawi
Digantikan olehRamli Ngah Talib
Maklumat peribadi
Lahir1929 (1929)
Mati25 Ogos 1993(1993-08-25) (umur 63–64)
Parti politik BN-UMNO


Dato Seri Haji Wan Mohamed bin Wan Teh (1929 – 25 Ogos 1993) pernah menjadi Menteri Besar Perak ke 7 dari 1 Oktober 1977 hingga 1 Mac 1983 . Beliau menerima pingat SPCM., PJK., JP. Dari 12 Julai 1979 - 1 Mac 1983 beliau menjadi Pengerusi Yayasan Perak.

Wan Mohamed bin Wan Teh dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak. Ibunya bernama Hajah Kalsom manakala bapanya Haji Wan Teh merupakan seorang penghulu yang terkenal di Kampung Kerunai, 12 km di ulu Grik. Penghulu Haji Wan Teh mempunyai dua orang isteri.

Adiknya Prof Dr Wan Hashim Wan Teh lulusan Universiti Monash dan Universiti Mancester merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi , pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan menjadi ahli parlimen Grik (2004-2008). Wan Zahidi Wan Teh lulusan Universiti Al Azhar, Cairo , bekas Rektor Kolej Islam Darul Ridhuan dan Mufti Wilayah Persekutuan. Wan Hassan Wan Teh lulusan Universiti Malaya dan menjadi Timbalan Ketua Pengarah Imigresen. Manakala Wan Abd Hamid Wan Teh menjadi Ketua Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam, DBP.

Wan Mohamad mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu, Grik. Beliau telah berjaya meningkat setapak demi setapak dalam pelajaran di Sekolah Melayu hingga darjah enam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kerjaya beliau bermula sebagai kerani di Jabatan Keretapi, Keretapi Tanah Melayu , Ipoh dan pada masa tersebut beliau berumur 20 tahun. Setelah lebih tiga tahun berkhidmat di Jabatan Keretapi, satu tawaran yang lebih baik diterimanya iaitu Pegawai Luar di Jabatan Penerangan di Kuala Lumpur dan kemudian pindah ke Ipoh.

Sewaktu usianya 17 tahun, beliau telah menyertai perhimpunan orang-orang Melayu menentang Malayan Union di Kuala Kangsar. Beliau mula menyertai UMNO pada 1951 dan mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO Cawangan Kuala Kangsar.

Ketokohan beliau terserlah apabila beliau terpilih untuk menjadi calon UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 bagi kawasan DUN Grik. Ketokohannya terbukti apabila beliau memenangi kerusi kawasan tersebut dan terpilih menjadi Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Grik. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974 beliau telah memenangi kerusi tanpa bertanding kerana tiada siapa yang sanggup bertanding untuk menentangnya. Akhirnya beliau telah dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Perak. Tanggal 1 Oktober 1977 beliau dilantik mejadi Menteri Besar Perak ke-6 secara rasmi. Beliau adalah calon pilihan atau calon yang dicadangkan oleh Ghazali Jawi. Oleh itu, banyak keputusan awal sebagai Menteri Besar, dipengaruhi oleh Ghazali Jawi. [1]

Menteri Besar Perak

[sunting | sunting sumber]

Setelah Ghazali Jawi 'disingkirkan' oleh Sultan Perak, pucuk pimpinan parti UMNO, maka Wan Mohamed telah dilantik oleh Sultan Perak untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Sekali gus krisis antara UMNO Negeri itu dengan Sultan Idris Shah telah reda. Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan pada tahun 1977. Sultan Idris enggan hadir dalam majlis yang dihadiri Menteri Besar [2]. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir. Perlantikan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1981 telah membawa perubahan kepada kekuasaan Sultan menerusi perubahan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993.

Tugas pertama Wan Mohamed mulai 1983 ialah memulihkan semula hubungan antara UMNO dengan institusi Istana Perak, kerana kalau tidak dipulihkan, banyak masalah tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa perkara menurut Perlembagaan Negeri, Sultan mempunyai kuasa, seperti hal ehwal agama Islam dan tanah kerajaan negeri.[3]

Pada mulanya, Sultan Idris melihat beliau sebagai seorang Ketua Eksekutif yang boleh dibawa berunding.Tetapi setelah masuk pada tahun seterusnya sehingga tahun 1982 telah berlaku pula krisis antara Sultan dengannya. Beliau tidak berunding atau tidak meminta fikiran Sultan Idris Shah terlebih dahulu.

Antaranya, Menteri Besar telah mempertikaikan keputusan Sultan Idris Shah melantik seorang ulama tokoh PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh dari pondok Padang Rengas menduduki kerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.

Amalan tidak saksama dalam pembahagian kawasan tanah komersial kepada syarikat-syarikat milik orang Melayu dan bukan Melayu.[perlu rujukan]

Pengagihan kawasan kayu balak diamalkan secara tidak saksama, ada syarikat yang mendapat dua tiga kawasan kayu balak dan banyak pula yang hampa kerana tidak mendapatnya, walaupun satu kawasan.[perlu rujukan]

Beberapa orang dari Orang-Orang Besar Negeri Perak mempengaruhi Sultan Idris Shah, iaitu semenjak Menteri Besar Pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, semua Menteri Besar dari keturunan orang Melayu Pattani. Ghazali Jawi, Ahmad bin Said, Haji Kamaruddin Haji Mat Isa dan Wan Mohammed bin Haji Wan Teh adalah keturunan orang Pattani.[4] Sultan Perak telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Musa Hitam. Tidak lama kemudian Wan Mohamed terpaksa meninggalkan kerusi Menteri Besar Perak.

Pada 20 Oktober 1982, Wan Mohamed uzur, Ramli Ngah Talib dilantik menjadi Pemangku Menteri Besar. Pada 1 Mac 1983 beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke-7 . [5] Wan Mohamed pernah jatuh pengsan ketika memberikan ucapan dalam satu persidangan di Ipoh.

Antara anak didik beliau ialah Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang kini menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah. Raja Ahmad Zainuddin merupakan penulis dan menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Ketika itu Tan Sri Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Setiausaha Politik.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Wan Mohamed meninggal dunia pada 25 Ogos 1993 ketika berusia 64 tahun kerana kanser paru-paru di rumahnya di Grik , Perak. [6]

  1. ^ Politics and public enterprise in Malaysia' ;Bruce Gale; Eastern Universities Press, 1981
  2. ^ Tunku Abdul Rahman 'As a Matter of Interest' ;1981, hal.30
  3. ^ Star, 14 Mac 1983
  4. ^ Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh ; Mokhtar Petah
  5. ^ Mokhtar Petah, 'Kejayaan Bersama'; Mata Publication; Kuala Lumpur, 1995
  6. ^ Asiaweek: Volume 19, Issues 27-51
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
1 Okt 1977 - 1 Mac 1983
Penyandang Kemudian
Mohamed Ghazali bin Jawi Tan Sri Ramli Ngah Talib