Pergi ke kandungan

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi pada tahun 2024
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8
Menyandang jawatan
26 Januari 2024
(9 bulan dan 15 hari)
Dilantik oleh
PremierTan Sri Abang Johari Tun Openg (2024–kini)
Didahului olehTun Abdul Taib Mahmud
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-19
Dalam jawatan
19 Jun 2023 – 19 Januari 2024
RajaAl-Sultan Abdullah
TimbalanNur Jazlan Mohamed
Didahului olehRais Yatim
Digantikan olehMutang Tagal
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
19 Jun 2023 – 19 Januari 2024
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
28 April 2008 – 4 Mac 2013
Berkhidmat with Ronald Kiandee
KetuaPandikar Amin Mulia
Didahului oleh
Digantikan olehIsmail Mohamed Said
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Santubong
Dalam jawatan
2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehRohani Abdul Karim
Digantikan olehNancy Shukri
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Batang Lupar
Dalam jawatan
1990 – 4 Mac 2004
Didahului olehDaniel Tajem Miri
Digantikan olehRohani Abdul Karim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
TimbalanMas Ermieyati Samsudin
PortfolioParlimen dan Undang-undang
Didahului olehTakiyuddin Hassan
Digantikan olehAzalina Othman Said (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
Kawasan pilihan rayaSantubong
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
TimbalanMas Ermieyati Samsudin
Didahului olehMohd Redzuan Md Yusof
Digantikan olehNoh Omar
Kawasan pilihan rayaSantubong
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
28 Julai 2015 – 10 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
TimbalanHamim Samuri
Didahului olehG. Palanivel
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaSantubong
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriNajib Razak
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Didahului oleh
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaSantubong
Maklumat peribadi
Lahir
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

(1946-02-01) 1 Februari 1946 (umur 78)
Kampung Pendam, Samarahan, Sarawak
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN) (sehingga-2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Kini)
PasanganDatin Sri Hajah Feona Norjanah Sim Abdullah (k. 1972; m. 2022)
Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi (k. 2022)
AnakSharifah Fariah

Sharifah Nong Jasima

Sharifah Nuril Barieyah
Tempat belajarUniversiti California Selatan
PekerjaanAhli politik, peguam
Laman webwjunaidi.blogspot.com

Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (lahir 1 Februari 1946) ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-8 sejak 2024. Beliau merupakan ahli GPS-PBB.

Dilahirkan di Kampung Pendam (kini Sadong Jaya), Sarawak pada 1 Februari 1946, Wan Junaidi menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari tahun 1968 hingga 1973, dan dalam tempoh itu beliau juga pernah bertugas di Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom). Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969-1973. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di University of Buckingham, England pada tahun 1978 sebelum menjadi pengamal undang-undang dari 1982 hingga 2008.

Persatuan bukan kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak. Beliau mencadangkan polis dan Kementerian Dalam Negeri menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan. Malaysia bukanlah berada dalam suasana perang. Beliau mencadangkan polis menggunakan pistol dan revolver sahaja berikutan dua insiden tembak membabitkan polis dan remaja di Seremban dan Shah Alam.[1]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, beliau berpendapat bahawa kadar kes rogol berkanun tinggi di kalangan orang Melayu kepada orang Melayu menjadi "lebih sensitif terhadap budaya" tentang belia mereka, dan dengan itu melaporkan lebih banyak kes daripada "orang bukan Melayu mungkin lebih menerima tentang rogol berkanun".[2]

Hasil penulisan

[sunting | sunting sumber]
  1. Evolusi parlimen dan evolusi speker parlimen Malaysia ; DBP, 2010.
  2. Falsafah moral ilmu berpengakap  ; DBP, 2007.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia: Batang Lupar, Sarawak[3]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
1990 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 5,795 54% W. Habib Mahmud (PERMAS) 3,130 29%
1995 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) Tidak bertanding
1999 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 7,903 72% Syid Assimie Ismail (STAR) 2,689 25%
Parlimen Malaysia: Santubong, Sarawak[3]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
2004 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 12,590 85% Idris Bohari (BEBAS) 2,030 14%
2008 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 15,800 79% Rahamat Idil Latip (PKR) 3,855 19%
2013 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 24,655 85% Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) 3,719 13%
2018 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 26,379 85% Mohd Fidzuan Zaidi (AMANAH) 6,894 13%

Pilihan raya Malaysia 2008

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Santubong , negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.

Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% manakala Undi rosak sebanyak 248.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Wan Junaidi: Tarik balik penggunaan sub mesingan
  2. ^ Syed Jaymal Zahiid (18 March 2014). "Non-Malays more accepting of child rape, says deputy home minister". The Malay Mail. Dicapai pada 19 March 2014.
  3. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 5 April 2010. Percentage figures based on total turnout (including votes for third parties and independent candidates).
  4. ^ "Adenan a Datuk Patinggi". Peter Sibon, Lien Cheng. Borneo Post. 13 September 2014. Dicapai pada 25 September 2018.

,