Ti Lian Ker
Ti Lian Ker SSAP, DSAP, DIMP (Pahang); JMN | |
---|---|
郑联科 | |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 10 Ogos 2021 – 9 Ogos 2024 | |
Penggal | Kedua |
Lantikan Dewan Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 10 Ogos 2018 – 9 Ogos 2021 | |
Penggal | Pertama |
Didahului oleh | Hoh Khai Mun |
Naib Presiden MCA | |
Menyandang jawatan 5 November 2018 | |
Didahului oleh | Hou Kok Chung Chua Tee Yong Lee Chee Leong Chew Mei Fun |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Ahmad Faizal Azumu |
Didahului oleh | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Digantikan oleh | Adam Adli Abdul Halim |
Timbalan Menteri Perpaduan Negara | |
Dalam jawatan 5 Mei 2020 – 9 Ogos 2021 | |
Menteri | Halimah Mohamed Sadique |
Didahului oleh | Mohamed Farid Md Rafik |
Digantikan oleh | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Teruntum | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Kan Tong Leong |
Digantikan oleh | Chang Hong Seong |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Indera Mahkota | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Konstituensi ditukar nama kepada DUN Semambu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ti Lian Ker 25 Oktober 1962 |
Parti politik | MCA |
Pasangan | Datin Sri Tan Puay Ling |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Dato' Sri Ti Lian Ker (lahir 25 Oktober 1962) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal (2018-2021 dan 2021-2024), mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2021-2022), mantan Timbalan Menteri Perpaduan Negara (2020-2021), mantan ADUN Teruntum selama sepenggal (2004-2008) dan mantan ADUN Indera Mahkota selama dua penggal (1995-2004).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan bekas penuntut Ijazah Sarjana Muda Perundangan di Universiti Malaya dan di sepanjang tempoh pengajian, beliau aktif menceburkan diri dalam aktiviti mahasiswa dan pernah menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) bagi sesi 1983/84 di mana Presiden PMUM pada ketika itu ialah Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan. Manakala Presiden PMUM bagi sesi 1982/83 pula ialah Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Kerjaya Awal
[sunting | sunting sumber]Semasa karier peguamnya, beliau pernah mewakili UMNO Pekan melalui Tetuan Zuki, Ghandi Dan Amin menerusi kes saman yang membawa kepada pembubaran UMNO pada tahun 1986/87 dengan Penasihat Utama adalah Tun Zaki bin Mohammad Azmi.
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau kemudian meneruskan karier politik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Mahkota selama dua penggal selepas memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-9 dan 10 pada tahun 1995 dan 1999. Kemudian, beliau turut memenangi kerusi DUN Teruntum pada 2004 dengan rekod majoriti undi tertinggi dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Pahang ketika PRU-11 iaitu 8,362 undi apabila menewaskan calon KeAdilan, Pang Jon Kong bagi kerusi tersebut.
Beliau digugurkan dari bertanding untuk mempertahankan DUN Teruntum bagi PRU-12, namun memenangi pula Ahli Jawatankuasa Pusat MCA pada tahun yang sama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang ketika itu, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob dari 2008 sehingga 2013. Beliau juga merupakan Ketua Bahagian MCA Kuantan dari tahun 2004 sehingga hari ini.
Pada Ogos 2018, beliau telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara yang dilantik bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pahang pada 2018 dan kemudiannya telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bagi sambungan penggal kedua bermula 10 Ogos 2021.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara di bawah pentadbiran YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin pada 5 Mei 2020 sebelum menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada Ogos 2021 ketika YAB Dato' Seri Ismail Yaakob berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-9.
Beliau juga telah memenangi jawatan Naib Presiden MCA pada November 2018 dalam pemilihan parti bagi penggal 2018-2021.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Antara pencapaian yang signifikan ialah beliau pernah berjaya memindahkan para penduduk di flat kos rendah Indera Mahkota seramai lebih dari 2,000 keluarga yang merentasi pelbagai bangsa tanpa sebarang isu atau kontroversi pada tahun 1996.
Pemindahan Transit Quarters di mana tapak East Coast Mall dan Zenith Hotel berada sekarang juga adalah di bawah kendalian beliau sebagai ADUN Indera Mahkota pada masa itu.
Dalam penggal kedua beliau sebagai ADUN, beliau berjaya mendesak Pasdec Corporation untuk mengeluarkan dana berjuta ringgit bagi menyempurnakan kawasan projek industri kecil sederhana yang telah diabaikan oleh pemaju dan seterusnya telah berjaya menyelamatkan kawasan itu dari menjadi “slump” akibat projek yang tergendala di mana kawasan itu sudah mula dicerobohi orang luar.
Sebagai Adun, beliau telah juga menjadi Pengerusi Simfoni Orkestra Pahang dan membawa pelbagai persembahan orkestra dari luar negara termasuk Orkestra Simfoni Izmir dan persembahan pemuzik dari Jepun. Beliau juga adalah Pengerusi Ten Pin Bowling Pahang dan Persatuan Bola Keranjang Kuantan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/05/05/ti-lian-ker-azam-baki-take-oath-of-office-before-kinghttps://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/08/tiga-ahli-dewan-negara-dilantik-semula-untuk-penggal-kedua/