Mamad Puteh
Mamad Puteh | |
---|---|
ماماد ڤوته | |
![]() | |
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli) | |
Menyandang jawatan 16 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Ahli | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Kawasan pilihan raya | Kuala Berang |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau) | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 15 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Timbalan | Saiful Azmi Suhaili |
Didahului oleh | Rosli Othman (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti) A Latiff Awang (Teknologi Hijau) |
Digantikan oleh | Hanafiah Mat (Infrastruktur, Kemudahan Awam & Utiliti) Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Teknologi Hijau) |
Kawasan pilihan raya | Kuala Berang |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Kuala Berang | |
Menyandang jawatan 9 May 2018 | |
Didahului oleh | Tengku Putera Tengku Awang (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,070 (2018) 5,917 (2023) |
Dalam jawatan 29 November 1999 – 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 1,844 (1999) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
1999–2004 | Parti Islam Se-Malaysia |
2018–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
2020– | Perikatan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mamad bin Puteh 5 Ogos 1956 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (since 2020) |
Kediaman | Kampung Sungai Petai, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Mamad Puteh (lahir 5 Ogos 1956) merupakan ahli politik dan doktor Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar dan Ahli, Ahmad Samsuri Mokhtar sejak Ogos 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) bagi Kuala Berang dari November 1999 hingga Mac 2004 dan sekali lagi sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli EXCO Negeri Terengganu dalam pentadbiran negeri PN di bawah Menteri Besar Ahmad Samsuri dari Mei 2018 hingga turun pangkat pada Ogos 2023.[1] Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Ahli EXCO Terengganu pada Ogos 2023 adalah penurunan pangkat yang jarang berlaku dalam politik Malaysia.
Mamad telah dipilih ke Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai ADUN Kuala Berang untuk penggal pertama dalam pilihan raya negeri Terengganu 1999 dengan jumlah 7,707 undi. Pada Pilihan raya negeri Terengganu 2004, beliau gagal mempertahankan kerusi itu selepas kekalahannya kepada Komarudin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya negeri Terengganu 2018, beliau mendapat semula kerusi itu dan dipilih semula sebagai ADUN Kuala Berang untuk penggal kedua dengan majoriti 1,070 undi.[2]
Mamad dilahirkan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu, Malaysia pada 5 Ogos 1956. Beliau telah tinggal Kampung Sungai Petai, Kuala Berang, Terengganu, Malaysia selama lebih daripada 30 tahun.[3]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N23 Kuala Berang | Mamad Puteh (PAS) | 4,968 | 61.39% | Abdullah Ismail (UMNO) | 3,124 | 38.61% | 8,313 | 1,844 | 85.37% | ||
2004 | Mamad Puteh (PAS) | 4,231 | 41.66% | Komaruddin Ab. Rahman (UMNO) | 5,926 | 58.34% | 10,276 | 1,695 | 89.85% | |||
2018 | Mamad Puteh (PAS) | 7,707 | 50.33% | Tengku Putera Tengku Awang (UMNO) | 6,637 | 43.34% | 15,571 | 1,070 | 87.20% | |||
Mohd Nor Othman (PKR) | 969 | 6.33% | ||||||||||
2023 | Mamad Puteh (PAS) | 11,270 | 67.80% | Jalaludin Ismail (UMNO) | 5,353 | 32.20% | 16,711 | 5,917 | 77.99% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Terengganu :
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.) - 2022[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N23 KUALA BERANG Terengganu". Utusan Online. Dicapai pada 27 Julai 2018.
- ^ "undi.info – Kuala Berang (P38-N23) | Malaysiakini". undi.info – Kuala Berang (P38-N23) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Julai 2018.
- ^ Endut, Radhuan Hussain dan Mohd. Lazim. "Pas Terengganu ketengah 19 calon muka baharu". Utusan Online. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.