Chan Ming Kai
Chan Ming Kai | |
---|---|
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 | |
Menyandang jawatan 23 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Alor Setar, Kedah | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Gooi Hsiao-Leung |
Digantikan oleh | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
Majoriti | 15,200 (PRU-14) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Indera Kayangan | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Por Choo Chor |
Digantikan oleh | Gan Ay Ling |
Majoriti | 1,092 (PRU-13) |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Simpang Pulai | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Chan Chin Chee |
Digantikan oleh | Tan Kar Hing |
Majoriti | 3,386 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ipoh, Perak | 7 Oktober 1980
Parti politik | PKR |
Pasangan | Susan Lau |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tuan Chan Ming Kai (lahir 7 Oktober 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Chan Chin Chee dengan majoriti sebanyak 3,386 undi. Beliau memperolehi 10992 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,606 undi. [1]
Ahli perniagaan, Chan Ming Kai menyandang jawatan Ahli Parlimen Alor Setar sejak 2018.
Beliau sebelum ini bekas ADUN Indera Kayangan Perlis dan ADUN Simpang Pulai telah dilahirkan pada 7 Oktober 1980 di Ipoh Perak.
Mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau juga melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 2005 hingga 2007 di Univeristy of London.
Bekas murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Ipoh ini telah berkahwin dengan Susan Lau.
Beliau bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, menang dengan mendapat 32,475 undian ketika menentang Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh daripada parti Pas yang mendapat 17,275 undi dengan majoriti undi sebanyak 15,200.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri (2022-kini)
- Ahli Parlimen Alor Setar (2018-2022)
- ADUN Indera Kayangan, Perlis (2013-2018)
- ADUN Simpang Pulai, Perak (2008-2013)
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Univeristy of London (2005-2007)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi UTM (1998-2002)
- SMJK Yuk Choy (1993-1998)
- SRJK Cina Ipoh (1986-1992)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 © UTUSAN MELAYU (M) BERHAD". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-24. Dicapai pada 2021-08-17.