Pergi ke kandungan

Satiful Bahari Mamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satiful Bahari Mamat
ساتف البحري بن مامت
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
(Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi)
Menyandang jawatan
10 Mei 2018
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
TimbalanMaliaman Kassim
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
Kawasan pilihan rayaPaka
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
bagi Paka
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehMohd Ariffin Abdullah
(BNUMNO)
Majoriti1,287 (2013)
3,405 (2018)
11,876 (2023)
Dalam jawatan
29 November 1999 – 21 Mac 2004
Didahului olehEngku Bijaya Sura Syed Omar Mohamed
(BN–UMNO)
Digantikan olehMohd Ariffin Abdullah
(BN–UMNO)
Majoriti2,686 (1999)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu
1999–2004Parti Islam Se-Malaysia
2013–2020Parti Islam Se-Malaysia
2020–Perikatan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir (1967-10-28) 28 Oktober 1967 (umur 57)
MalaysiaTerengganu Kampung Nyior, Paka, Terengganu, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Barisan Alternatif
Pakatan Rakyat
Gagasan Sejahtera
Perikatan Nasional
PekerjaanAhli politik

Satiful Bahari bin Mamat (lahir 28 Oktober 1967) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar sejak Mei 2018 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) untuk Paka dari Disember 1999 hingga Mac 2004 dan sekali lagi sejak Mei 2013. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (1999–2004 & sejak 2013)

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya negeri Terengganu 1999, Satiful membuat penampilan pertamanya sebagai pilihan raya selepas dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi DUN Paka. Beliau memenangi kerusi itu dan dipilih ke Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai ADUN Paka untuk penggal pertama selepas menewaskan calon bertahan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,686 undi.

Dalam pilihan raya negeri Terengganu 2004, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk mempertahankan kerusi tersebut. Beliau tewas di kerusi itu selepas tewas kepada Mohd Ariffin Abdullah daripada BN dengan minoriti 1,444 undi.

Pada pilihan raya negeri Terengganu 2008, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk bertanding di kerusi Paka. Beliau sekali lagi tewas kepada Mohd Ariffin daripada BN dengan minoriti 344 undi.

Pada pilihan raya negeri Terengganu 2013, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk bertanding di kerusi Paka. Beliau memenangi semula kerusi itu dan dipilih sebagai ADUN Paka untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dengan majoriti 1,287 undi.

Pada pilihan raya negeri Terengganu 2018, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk mempertahankan kerusi Paka. Beliau mempertahankan kerusi itu dan dipilih sebagai ADUN Paka untuk penggal ketiga selepas menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 3,405 undi.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (sejak 2018)

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mei 2018 selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN pada pilihan raya negeri 2018, Satiful telah dilantik sebagai Ahli EXCO Terengganu yang bertanggungjawab terhadap Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi oleh Menteri Besar, Ahmad Samsuri.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Terengganu[1][2]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
1999 N28 Paka Satiful Bahari Mamat (PAS) 6,706 62.52% Rosli Mat Hassan (UMNO) 4,020 36.73% 10,949 2,686 84.53%
2004 Satiful Bahari Mamat (PAS) 6,989 45.32% Mohd Ariffin Abdullah (UMNO) 8,433 54.68% 15,604 1,444 88.17%
2008 Satiful Bahari Mamat (PAS) 8,462 49.00% Mohd Ariffin Abdullah (UMNO) 8,806 51.00% 17,471 344 84.36%
2013 Satiful Bahari Mamat (PAS) 12,138 52.80% Matulidi Jusoh (UMNO) 10,851 47.20% 23,191 1,287 87.80%
2018 Satiful Bahari Mamat (PAS) 11,853 53.46% Tengku Hamzah Tengku Draman (UMNO) 8,448 38.12% 22,527 3,405 85.20%
Mohd Hasbie Muda (AMANAH) 1,866 8.42%
2023 Satiful Bahari Mamat (PAS) 18,681 73.30% Ahmad Abdullah Abdul Wahab (UMNO) 6,805 26.70% 25,654 11,876 73.64%

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  •  Terengganu :
    • Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.) - 2019[3]
    • Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - 2022[4]
  1. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  2. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  3. ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  4. ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.