Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen 张健仁 | |
---|---|
Ahli Parlimen bagi Stampin | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Julian Tan Kok Ping |
Majoriti | 7,158 (PRU-15) 14,221(PRU-14) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Padungan | |
Menyandang jawatan 18 Disember 2021 | |
Didahului oleh | Wong King Wei |
Majoriti | 1,198 (2021) |
Naib Presiden Pakatan Harapan | |
Menyandang jawatan 13 Julai 2017 | |
Pengerusi | Mahathir Mohamad Anwar Ibrahim |
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik | |
Menyandang jawatan 16 December 2012 | |
Pengerusi Kebangsaan | Tan Kok Wai |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak | |
Menyandang jawatan 10 Jun 2013 | |
Pengerusi | Tan Kok Wai |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
Didahului oleh | Wong Ho Leng |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Sarawak | |
Dalam jawatan 2013–2020 | |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Didahului oleh | Wong Ho Leng |
Digantikan oleh | Wong Soon Koh |
Kawasan pilihan raya | Kota Sentosa |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kota Sentosa | |
Dalam jawatan 20 Mei 2006 – 4 November 2021 | |
Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
Digantikan oleh | Yap Yau Sin |
Majoriti | 531 (2006) 4,824 (2011) 2,819 (2016) |
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Saifuddin Nasution Ismail |
Didahului oleh | Henry Sum Agong |
Digantikan oleh | Rosol Wahid |
Kawasan pilihan raya | Stampin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bandar Kuching | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Song Swee Guan (SUPP-BN) |
Digantikan oleh | Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-PH) |
Majoriti | 2,041 (2004) 9,952 (2008) 19,642 (2013) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuching, Sarawak, Malaysia | 12 Februari 1971
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) Pakatan Harapan (PH) |
Pasangan | Tan Hui Poh[1] |
Anak | 3 (1L + 2P) |
Tempat belajar | Universiti Nasional Australia |
Pekerjaan | Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Laman web | chiengjen |
YB Tuan Chong Chieng Jen, (Bahasa Cina: 张健仁 ; pinyin: Zhāng Jiàn Rén; lahir 12 Februari 1971), merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sehingga Februari 2020. Beliau memiliki firma guaman bernama Chong Brothers Advocates. Beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi kawasan Kota Sentosa. Beliau juga merupakan Pengerusi DAP Sarawak, Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia, dan ahli seumur hidup DAP semenjak 1998.[2]
Kehidupan peribadi dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Chong memulakan pendidikan sekolah rendah pada awalnya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist, Sibu sebelum menyambung tahun 3 hingga 5 di Sekolah Rendah Kuching Chung Hua No.3, dan dan kemudiannya tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Theresa Padungan, Kuching. Chong meneruskan pendidikan menengah SMK St. Joseph, Kuching dan Saint Patrick's School, Singapura. Beliau memasuki Victoria Junior College, Singapura untuk persediaan pendidikan tingginya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Nasional Australia, Canberra dan telah berjaya dengan kelulusan Saujana Muda Perdagangan (Akaun & Ekonomi) dan Undang-undang.[2]
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Chong buat kali pertama bertanding di dalam Pilihanraya Umum 1999 bagi kawasan Bandar Kuching atas tiket DAP tetapi tewas kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Song Swee Guan. [3][4] Berikutnya beliau bertanding di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2001 bagi kerusi Padungan kepada Lily Yong, seorang calon SUPP. [5] Walau bagaimanapun, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk Bandar Kuching pada tahun 2004 dengan majoriti 2,041, ADUN Sarawak untuk kerusi Kota Sentosa yang baru diwujudkan pada tahun 2006 dan mempertahankan kerusi parlimennya pada 2008 dengan majoriti yang lebih besar. Sekali lagi, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negerinya dari Datuk Yap Chin Loi dengan majoriti sebanyak 4,824 pada tahun 2011.
Pada 17 Disember 2012, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Chong adalah antara tujuh pemimpin DAP yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).[6]
Pada 5 Mei 2013, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Bandar Kuching untuk kali terakhir dalam pilihan raya umum ke-13 Malaysia dan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu 19,642 undi berbanding Tan Kai.[7]
Pada 7 Mei 2016, semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-11, Chong mengekalkan kerusi DUN Kota Sentosa dengan undi majoriti sebanyak 2,819 terhadap Yap Yau Sin.[8]
Pada 12 November 2017, semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Chong dilantik semula sebagai salah seorang daripada lima naib pengerusi kebangsaan.[9][10]
Berikutan keputusan Julian Tan Kok Ping untuk bersara daripada politik[11], Chong bertanding di kerusi Parlimen Stampin terhadap Presiden SUPP Sim Kui Hian dalam pilihan raya umum ke-14 Malaysia pada 9 Mei 2018, yang dilihat sebagai 'kelabu' atau kerusi yang tidak selamat selepas penukaran semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[12] Penasihat khasnya, Kelvin Yii Lee Wuen, bertanding untuk kerusi Bandar Kuching.[13] Chong terus memenangi majoriti sebanyak 14,221 undi.[14][15][16]
Pada 2 Julai 2018, Chong mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.[17]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Undi | Pct | Lawan | Undi | Pct | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Bandar Kuching | Chong Chieng Jen (DAP) | 5,913 | 17.39% | Song Swee Guan (SUPP) | 18,239 | 53.64% | 34,693 | 8,389 | 63.06% | ||
Dominique Ng Kim Ho (BEBAS) | 9,850 | 28.97% | ||||||||||
2004 | Chong Chieng Jen (DAP) | 17,914 | 53.02% | Wee Kok Tiong (SUPP) | 15,873 | 46.98% | 34,693 | 2,041 | 63.06% | |||
2008 | Chong Chieng Jen (DAP) | 22,901 | 63.88% | Sim Yaw Yen (SUPP) | 12,949 | 36.12% | 36,257 | 9,952 | 68.13% | |||
2013 | Chong Chieng Jen (DAP) | 30,133 | 74.18% | Tan Kai (SUPP) | 10,491 | 25.82% | 40,879 | 19,642 | 76.64% | |||
2018 | Stampin | Chong Chieng Jen (DAP) | 33,060 | 63.70% | Sim Kui Hian (SUPP) | 18,839 | 36.30% | 52,550 | 14,221 | 79.33% | ||
2023 | Chong Chieng Jen (DAP) | 39,310 | 53.30% | Lo Khere Chiang (SUPP) | 32,152 | 543.59% | 73,753 | 7,158 | 60.95% | |||
Lue Cheng Hing (PSB) | 2,291 | 3.11% |
Tahun | Kawasan | Undi | Pct | Opponent(s) | Undi | Pct | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2006 | Kota Sentosa | Chong Chieng Jen (DAP) | 6,579 | 52.10% | Yap Chin Loi (SUPP) | 6,048 | 47.90% | 12,846 | 531 | 67.84% | ||
2011 | Chong Chieng Jen (DAP) | 12,594 | 61.84% | Yap Chin Loi (SUPP) | 7,770 | 38.16% | 20,589 | 4,824 | 75.41% | |||
2016 | Chong Chieng Jen (DAP) | 10,047 | 58.16% | Yap Yau Sin (SUPP) | 7,228 | 41.84% | 17,495 | 2,819 | 67.91% | |||
2021 | Padungan | Chong Chieng Jen (DAP) | 4,686 | 50.40% | Wee Hong Seng (SUPP) | 3,488 | 37.52% | 9,297 | 1,198 | 44.76% | ||
Raymond Thong Ee Yu (PBK) | 930 | 10.00% | ||||||||||
Lina Soo (ASPIRASI) | 193 | 2.08% |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
- ^ a b "DAP Candidate's CV – Chong Chieng Jen". Democratic Action Party. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-17. Dicapai pada 16 August 2010.
- ^ "DAP blames defeat on its alliance with the Pas". New Straits Times. 1999-12-01. m/s. 4.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "DAP and Keadilan tussle over Stampin, Bandar Kuching seats". New Straits Times. 1999-11-13. m/s. 8.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Sarawak State Election: The candidates". New Straits Times. 2001-09-19. m/s. 6.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Appointment is first step to penetrate Dayak areas: Anthony". The Sun Daily. 17 December 2012.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ http://www.theborneopost.com/2017/09/16/tan-kai-says-better-to-be-pol-sec-than-election-candidate/
- ^ http://www.thesundaily.my/news/1793366
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-16. Dicapai pada 2018-07-03.
- ^ https://www.nst.com.my/news/politics/2017/11/302404/dap-cec-re-election-kit-siang-comes-out-top-gobind-runner
- ^ http://www.theborneopost.com/2017/09/06/julian-not-defending-stampin-in-parliamentary-polls-chong/
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/23/chong-chieng-jen-to-contest-stampin-parliamentary-seat/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-25. Dicapai pada 2018-07-03.
- ^ http://www.thesundaily.my/news/2018/05/10/chong-wins-stampin-seat-14221-vote-majority
- ^ http://www.bernama.com/state-news/berita.php?id=1462796
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2018-07-03.
- ^ http://www.theborneopost.com/2018/07/02/cabinet-malaysia-2018/
- CS1 errors: access-date without URL
- Kelahiran 1971
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Kristian Malaysia
- Orang dari Sarawak
- Peguam Malaysia
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19