Abdul Fattah Mahmood
Abdul Fattah Mahmood | |
---|---|
عبدالفتاح محمود | |
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Bukit Panau | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Mat Yusof Mat Sah (PAS) |
Majoriti | 426 (2004) 4,183 (2008) 3,740 (2013) 4,291 (2018) 16,628 (2023) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
2004–2008 | Pengerusi Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan |
2008–2013 | Pengerusi Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan |
2013–2018 | Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar |
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Digantikan oleh | Mohamed Farid Mohamed Zawawi (PN-BERSATU) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
2004–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
2020– | Perikatan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Fattah Mahmood 16 September 1963 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) Muafakat Nasional (MN) Gagasan Sejahtera (GS) Pakatan Rakyat (PR) Barisan Alternatif (BA) |
Pasangan | Fahimah Mahmood |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Abdul Fattah bin Mahmood merupakan ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Bukit Panau sejak Mac 2004. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Abdul Fattah dilahirkan di Kampung Domis, Bukit Panau. Beliau adalah anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah, Kampung Paloh, Bukit Panau. Bapanya Tuan Guru Mahmood Mat Sah. Bapanya menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.
Abdul Fattah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian sambung belajar di Kolej Islam Kelang sebelum mengikuti program matrikulasi di Sekolah Alam Shah. Seterusnya belajar jurusan optometri di UKM - ijazah sarjana muda dengan kepujian pada 1990.
Semasa di UKM , Abdul Fattah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail (1985-1986).
Isterinya, Fahimah Mahmood adalah seorang guru siswazah dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau bekerja di klinik optometry di Kajang (1986-1996). Selepas itu membuka klinik sendiri di Kota Bharu.
NGO
[sunting | sunting sumber]Abdul Fatah menjadi Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau terbabit dengan politik sejak dalam kampus UKM lagi. Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah pada 2003 dan kini Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Selepas memenangi pilihan raya 2004 di DUN Bukit Panau, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N26 Bukit Panau | Abdul Fattah Mahmood (PAS) | 6,926 | 51.59% | Baharudin Yusof (UMNO) | 6,500 | 48.41% | 13,861 | 426 | 81.45% | ||
2008 | Abdul Fattah Mahmood (PAS) | 10,129 | 63.01% | Nik Kemaruzaman Sulong (UMNO) | 5,946 | 36.99% | 16,337 | 4,183 | 79.92% | |||
2013 | Abdul Fattah Mahmood (PAS) | 13,292 | 58.19% | Baharudin Yusof (UMNO) | 9,552 | 41.81% | 23,103 | 3,740 | 84.60% | |||
2018 | Abdul Fattah Mahmood (PAS) | 14,506 | 52.40% | Dayang Saniah Awang Hamid (UMNO) | 10,215 | 36.90% | 28,171 | 4,291 | 80.90% | |||
Hisham Fauzi (AMANAH) | 2,963 | 10.70% | ||||||||||
2023 | Abdul Fattah Mahmood (PAS) | 22,582 | 79.14% | Samsul Adabi Mamat (AMANAH) | 5,954 | 20.86% | 28,704 | 16,628 | 57.29% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Kelantan :
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Melayu (bahasa makro) yang dipetik secara eksplisit
- Kelahiran 1963
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15
- Tunas ahli politik Malaysia