Pergi ke kandungan

Inspektor kesihatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang juga pernah dikenali sebagai Inspektor Kesihatan (IK) dan sebelum itu dikenali sebagai Perinyu Kesihatan, ia adalah pekerja awam golongan pelaksana atau sokongan yang bertanggungjawab untuk menyiasat hazard kepada kesihatan dan persekitaran dalam pelbagai lokasi yang berbeza, kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan menghapuskan hazard. Kebiasaannya persepsi umum terhadap tugas PPKP hanya terhad kepada tugas untuk menilai dan memeriksa restoran dan memastikan restoran tersebut mematuhi standard sanitasi dan keselamatan makanan serta perkara-perkara yang melibatkan pemprosesan makanan, seperti yang telah termaktub dalam peraturan-peraturan dan akta-akta mengikut daerah, perbandaran, wilayah, negeri dan negara masing-masing. Walaubagaimanapun, kebanyakan PPKP mempunyai bidang tugasan yang lebih besar dan menyeluruh termasuklah tanggungjawab untuk memeriksa sanitasi dan nilai parameter biologi, fizikal dan kimia kolam renang, keadaan sub-standard perumahan, Sekolah kebangsaan (disubsidi penuh oleh kerajaan), penjagaan harian, jururawat rumah, dan pegawai pengesah khidmat persendirian seperti memeriksa pusat pembuatan tatu. Bergantung kepada bidang perundangan yang digazetkan, Pakar Kesihatan Persekitaran Berdaftar juga mempunyai permit untuk memeriksa sebarang jenis perigi, sistem pengagihan bekalan air bersih swasta, atau sistem pengurusan sisa kumbahan individu (tangki septik). Tugasan lain termasuklah; memeriksa kem tanah, memeriksa salun pendandan, memeriksa salun kecantikan, memeriksa pembetulan fasiliti dan memeriksa taman perumahan bergerak.

Mereka juga bertanggungjawab untuk mengambil tindakan berkenaan serangan dan gigitan haiwan seperti monyet dan anjing, aduan sampah sarap bertaburan, aduan bunyi bising, aduan bau busuk, aduan pencemaran cahaya dan radiasi, aduan pecahan lohong pembetungan dan lain-lain. Memandangkan inspektor kesihatan merupakan pegawai atau penolong pegawai yang mempunyai taraf pendidikan akademik yang agak tinggi, ini membolehkan mereka menyampaikan sebanyak mungkin maklumat akademik yang begitu bermanfaat dan berfaedah. Sebagai contoh dalam menjalankan pemeriksaan atau operasi pemberian notis kompaun atau rampasan barangan, mereka juga harus menyampaikan serba banyak maklumat tentang kesalahan tersebut, cara menghapuskan, cara memperbaiki kesilapan, maklumat kandungan bahan berbahaya, kesan jangka pendek atau panjang kepada orang yang melakukan kesalahan tersebut. Mereka juga turut bertanggungjawab untuk menyampaikan khidmat pesanan kesihatan di booth-booth kesihatan, sidang dewan ceramah, sekolah-sekolah.

Antara isi yang boleh disematkan dalam ceramah mereka adalah tentang bahaya plumbum, radon, raksa, DDT, arsenik dan lain-lain bahan logam berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran alam semulajadi. Mereka juga harus menceritakan tentang kisah-kisah berkaitan penyakit berbahaya yang pernah berlaku secara epidemik dan pendemik di dunia seperti West Nile Virus, Demam Denggi Selesema burung, H1N1 dan lain-lain.

Bidang inspektor kesihatan juga sebenarnya terdedah kepada isu yang melibatkan barangan berbahaya (Hazmat). Isu seperti pencemaran radiasi yang pernah berlaku di Chernobyl, Jepun dan lain-lain lagi turut menjadi kajian oleh golongan diprofesion ini.

Keadaan pekerjaan

[sunting | sunting sumber]

Bidang inspektor kesihatan juga berkaitan dengan bidang kepakaran hal ehwal keselamatan pekerjaan. Golongan pekerja ini disebut sebagai Pakar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, mereka bekerja dalam pelbagai bentuk persekitaran. Pekerjaan mereka turut merangkumi kerja di lapangan, ada diantara mereka yang sering merantau dalam pekerjaannya. Kebanyakan pakar kesihatan dan keselamatan pekerjaan bekerja lebih waktu dan diluar waktu pejabat.

Pakar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan amat terdedah kepada hazard dan bahaya persekitaran , keadaan bekerja mereka amat sukar diterima oleh segelintir golongan yang hanya bekerja didalam pejabat atau premis terbina. Mereka bekerja dengan persekitran yang amat sejuk dan amat panas, stress dan berbahaya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]