Pergi ke kandungan

Nabi Musa menyeberangi Laut Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Crossing the Red Sea, lukisan tembok dari dekad 1640-an di Yaroslavl, Russia

Nabi Musa menyeberangi Laut Merah ada diceritakan dalam Kitab Keluaran 13:17-14:29 . Kisah ini juga disebutkan dalam Al-Quran Surah 26: Al-Shu'ara ayat 60-67. Ketika itu Bani Israel meninggalkan Mesir dan mengembara ke padang gurun . Allah memerintahkan Nabi Musa dan Bani Israel keluar dari perhambaan di Mesir dan pergi ke tanah Kanaan / Palestin yang telah dijanjikan kepada mereka . Allah memerintahkan mereka keluar pada waktu malam . Mulanya Firaun membenarkan mereka keluar kerana kumpulan ini kecil sahaja. Sungguhpun begitu Bani Israel mendatangkan kemarahan Firaun.

Tetapi kemudian, ketika matahari terbit, Firaun mengejar Bani Israel ini dengan kereta hingga ke Laut Merah. Pengikut Nabi Musa berasa sangsi kerana Firaun mengejar mereka dari belakang dan pastilah mereka akan ditawan. Namun Nabi Musa menyatakan bahawa sesungguhnya Allah bersamaku dan memberi petunjuk kepadaku.

Lalu Nabi Musa mengangkat tongkat seraya berdoa dan memukul air laut. Terjadilah ombak besar seperti gunung. Air Laut Merah melambung tinggi, terbahagi kepada dua dan rombongan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut itu dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyusul dari belakang tetapi terperangkap kerana air laut kembali bertaut. Firaun dan tenteranya terbunuh akibat lemas.

Namun dalam Al-Quran, Allah menjanjikan mayat Firaun kekal hingga kini untuk djadikan bahan pedoman bagi manusia yang tinggal di bumi kini. Perkataan dari Al-Quran ternyata benar, suatu aktiviti arkeologi yang dianggotai pakar kaji purba dan penduduk Mesir telah menjumpai mayatnya, dimumiakan, dikebumikan dan kini dipamerkan di Muzium Mesir. (Al Quran:26:60-67).[1]Namun jika dilihat pada logiknya, mayat Firaun yang tenggelam di dalam laut, tidak akan ditemui.

Lokasi kejadian

[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini , lokasi sebenar belum di temui. Ada teori menyatakan ia terletak di Tasik Timsah , sebuah tasik garam , utara Teluk Suez. Kemungkinan di Wadi Tumilat.

Hari Asyura

[sunting | sunting sumber]

Hari Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan terjadi pada hari ke-10 bulan Muharam. Hari ini dinama kan Hari Asyura iaitu hari yang diutama dan dimuliakan sejak zaman dahulu lagi. Ketika Nabi Muhamad masuk ke Madinah, baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura. Orang Yahudi menjelaskan kepada Nabi bahawa pada itu, Nabi Musa telah diselamatkan dari dikejar oleh tentera Firaun.

  1. ^ "Hari Asyura". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-17. Dicapai pada 2011-05-21.