Perakaunan
Kewangan |
---|
Perakaunan (bahasa Inggeris: accounting ) adalah siri aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus.[1] Secara umumnya, komunikasi ini dilakukan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumber-sumber ekonomi dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan; seni berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaannya.[2]
Perakaunan merupakan satu cabang Sains matematik yang berguna didalam mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.[3]
Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.
Kerja audit, suatu disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan munasabah tetapi bukan secara mutlak - mengenai ketelusan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (material).
Pengamal perakaunan dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti Chartered Accountant (di UK, New Zealand, Kanada, India, Australia, Pakistan), Certified Public Accountant (AS, Hong Kong), Certified Management Accountant (Kanada), Certified General Accountant (Kanada), Certified Practicing Accountant (Australia). Beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil (certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public" accountants) di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General Accountant juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun 2005.
Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal akauntan adalah Institut Akauntan Malaysia (MIA) Malaysian Institute of Accountants. Selain itu, badan yang menetapkan prinsip-prinsip perakaunan pula adalah Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB).
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (stakeholders) yang lain seperti pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini juga dikenali sebagai simpan kira (bookkeeping).
Sistem catatan bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur terpenting bagi perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan pemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap transaksi yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan debit dalam satu akaun, serta satu catatan kredit yang serentak dengan catatan debit itu dalam satu akaun yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah senantiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan dalam akaun. Sistem ini julung kali digunakan di Eropah sewaktu zaman pertengahan, walaupun ada sesetengah pihak mengakui bahawa sistem ini direka di Greece zaman kuno.
Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu telah diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku sentiasa relevan kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat mengubah prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung kepada keadaan ekonomi.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal pertanian dan tamadun manusia (orang Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relatif hasil pertanian.
Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik (sistem catatan bergu) barangkali telah difahami orang di Itali sebelum tahun 1495, sewaktu Luca Pacioli (1445 - 1517), juga dikenali sebagai Friar Luca dal Borgo, menerbitkan kaedah perakaunannya di Venice.
Buku ilmu perakaunan bahasa Inggeris yang tertua pernah diketahui diterbitkan di London oleh John Gouge @ Gough pada tahun 1543. Buku ini dikenali sebagai A Profitable Treatyce called the Instrument or Boke to learn to knowe the good order of the kepyng of the famouse reconynge, called in Latin, Dare and Habere, and, in English, Debitor and Creditor (Karangan yang menguntungkan bergelar alatan atau buku untuk belajar mengetahui susunan baik penyimpanan pihak yang dikenali, iaitu penghutang dan pemiutang).
Buku kecil panduan perakaunan telah diterbitkan pada tahun 1588 oleh John Mellis dari Southwark, di mana beliau berkata, "Akulah yang memperbaharui dan membangkitkan semula sesuatu catatan lama yang dicetak di sini di London pada 14 Ogos 1543: dikumpul, diterbit, dibuat dan dikemukakan oleh seseorang bernama Hugh Oldcastle, Scholemaster, yang, menurut catatannya, kemudian mengajar aritmetik, maka adanya buku ini di Lorong Marko, mukim Santo Ollaves." John Mellis merujuk kepada fakta bahawa prinsip perakaunan yang dijelaskannya (yang merupakan sistem catatan bergu) ialah bentuk "selepas bentuk Venice".
Buku yang digelar The Merchants Mirrour, or directions for the perfect ordering and keeping of his accounts formed by way of Debitor and Creditor (Cermin Saudagar, atau panduan bagi penyusunan dan penyimpanan akaun suadarar yang sempurna mengikut kaedah Penghutang dan Pemiutang), bersempena (yang kononnya) kaedah Itali, oleh Richard Dafforne, seorang akauntan, diterbitkan pada tahun 1635, mengandungi banyak rujukan kepada karya-karya yang lebih terdahulu mengenai sains perakaunan. Salam satu bab buku ini, bertajuk "Opinion of Book-keeping's Antiquity" (Pandangan Antikuiti Penyimpanan Akaun) pengarang menyatakan, dengan kebenaran seorang penulis yang lain, bahawa sungguhpun bentuk perakaunan yang dirujuk dalam buku ini ketika itu telah dipakai di Itali selama dua ratus tahun, namun kaedah yang sama atau amat serupa pernah dipakai sewaktu zaman Julius Caesar di Rom purba ("but that the same, or one in many parts very like this, was used in the time of Julius Caesar, and in Rome long before.")
Seorang pengarang Belanda tampil untuk mencadangkan bahawa sistem catatan bergu wujud ketika zaman Yunani purba, merujuk kepada perakaunan saintifik yang sudah lebih lama dicipta daripada yang disangkakan.
Terdapat beberapa edisi buku Dafforne yang pernah dicetak—edisi kedua pernah diterbit pada tahun 1636, edisi ketiga pada tahun 1656, dan keempat pada tahun 1684. Buku ini merupakan karangan yang paling lengkap dalam perakaunan saintifik, dengan penjelasan terperincinya; edisi-edisi yang berbeza ini sering membuktikan bahawa sains ini banyak dihargai pada abad ke-17. Sejak itu terdapat bekalan yang berterusan bagi hasil sastera dalam subjek ini, kebanyakan pengarangnya menggayakan diri mereka sebagai akauntan dan guru jurusan ini, maka terbuktilah bahawa akauntan profesional dikenali dan diupah.
Pada awal abad ke-18, perkhidmatan akauntan di kota London digunakan dalam penyiasatan urus niaga seorang pengarah South Sea Company, yang telah lama berurusan dengan saham syarikat. Ketika penyiasatan inilah adalah kelihatan bahwa akauntannya telah menyemak catatan akaun sekurang-kurangya dua firma saudagar. Laporannya dikenali sebagai Observations (Pemerhatian) dihasilkan dengan penyemakan catatan Sawbridge and Company, oleh Charles Snell, Writing Master and Accountant di Foster Lane, London. England mereka konsep Akauntan Berpiagam (Chartered Accountant) pada abad ke-19, yang kemudiannya dipeluk oleh Amerika Syarikat dengan gelaran Akautan Awam Sah (Certified Public Accountant).
Kelayakan dan peraturan profesional
[sunting | sunting sumber]Syarat-syarat kemasukan dalam profesion perakaunan berbeza mengikut negara.
Negara-negara Komanwel
[sunting | sunting sumber]Di United Kingdom, Kanada, Australia, Malaysia dan beberapa Negara-negara Komonwel lain, persamaan Certified Public Accountant (CPA) termasuk Chartered Accountant (CA - di UK, negara Komanwel dan bekas tanah jajahan British), Chartered Certified Accountant (ACCA - United Kingdom), International Accountant (AIA - United Kingdom), Certified Public Accountant (CPA - Ireland and CPA - Hong Kong), Certified General Accountant (CGA - Canada), dan Certified Practising Accountant (CPA - Australia).
Sila rujukkan pada statut terkini mengudit hak-hak perbadanan perakaunan di atas dalam individual jurisdictions and distinction from non-audit bodies for various consumers. Di UK, hanya 3 akauntan chartered (England & Wales, Scotland dan Ireland) dan persamaan mereka (AIA and ACCA) adalah "Auditors Berdaftar" di bawah Akta Syarikat.
ACCA juga sangat dikenali dan kualifikasi yang sangat diketahui di UK, sama dengan sebuah CA tetapi dipegang oleh papan lain ICAEW.
Firma perakaunan utama di dunia
[sunting | sunting sumber]"Empat juruaudit besar" adalah firma perakaunan terbesar pelbagai negara.
Sejarah 4 firma perakaunan besar boleh dilihat semula dari latar belakang firma di Eropah yang telah mengalami penggabungan sehingga sekarang. Kebanyakan firma itu berasal dari United Kingdom. Apabila minat perdagangan British mengembang, firma berkenaan telah didirikan di merata dunia oleh pertubuhan itu. Firma-firma adalah persatuan perkongsian dalam setiap negara daripada mengadakan struktur klasik pada pemegang syarikat dan subsidiari, tetapi setiap mempunyai sebuah persatuan 'payung' antarabangsa untuk ko-ordinasi. Meskipun, oleh kerana saiz paling berpengaruh ekonomi Amerika Syarikat, pejabat-pejabat 4 firma perakaunan Besar berasaskan di Amerika Syarikat telah mewujudkan lebih jualan dari 4 pejabat firma perakaunan Besar yang lain di dunia bergabung.
Sebelum Enron dan skandal perakaunan lain, ada lima firma besar lain dan dipanggil The Big Five. Sejak amalan assurance Arthur Andersen berpisah, dengan suatu penggabungan yang menggabungkan KPMG di AS dan Deloitte & Touche di luar AS, Arthur Andersen berpisah dari kumpulan tersebut. Sebelum ini, terdapat juga kumpulan firma besar yang dirujuk sebagai "The Big Six" dan "The Big Eight".
Enron rupa-rupanya suatu siri skandal perakaunan pertama satu-satunya yang menyelubung industri perakaunan pada 2002.
Ini mengakibatkan kesan di luar jangkauan untuk industri perakaunan A.S. Application of International Accounting Standards berasal di Papan Piawai Perakaunan Antarabangsa beribupejabat di London dan bearing more resemblance to UK daripada US practices kini sering disokong oleh mereka yang menyatakan kaitan penstabilan sistem perakaunan U.K. (yang mempebaharui dirinya sendiri selepas skandal pada lewat 1980an dan awal 1990an). Pembaharuan perakaunan pada jenis lebih komprehensif disokong oleh mereka yang melihat isu dengan kapitalisme atau ekonomi, dan mencari kebertanggungjawapan ekologi atau masyarakat.
Topik perakaunan
[sunting | sunting sumber]Lihat pula senarai topik perakaunan untuk senarai lengkap.
Audit
[sunting | sunting sumber]Jenis perakaunan
[sunting | sunting sumber]- Perakaunan kos
- Asas-tunai dan asas-akrual
- Financial accountancy
- Perakaunan dalam dan luar
- Perakaunan pengurusan
- Perakaunan projek
- Perakaunan positif
- Perakaunan persekitaran
- Perakaunan tanggung jawab masyarakat
Prinsip-prinsip akaun
[sunting | sunting sumber]Prinsip-prinsip perakaunan, peraturan dalaman dan tindakan dikenalpasti melalui pelbagai istilah seperti konsep, konvensyen, tenet, andaian, aksiom, dan postulat.
Konsep perakaunan
[sunting | sunting sumber]- Konsep entiti berasingan (Seperate entity concept)
- Konsep catatan bergu (Dual aspect concept)
- Konsep usaha berterusan (Going concern concept)
- Konsep tempoh perakaunan (Accounting period concept)
- Konsep wang sebagai ukuran (Money measurement concept)
- Konsep kos sejarah (Historical cost concept)
- Konsep penggenapan kos dan hasil (Periodic matching of cost and revenue concept)
- Konsep pelaporan bersaskan nilai saksama (Verifiable objective evidence concept)
- Konsep realisasi (Realisation concept)
- Konsep akruan (Accrual concept)
- Konsep materialiti (Materiality concept)
- konsep pendedahan (Disclosure concept)
- konsep konsistensi(Consistency concept)
- konsep konservatisme(Conservatism concept)
Penggunaan komputer dalam perakaunan
[sunting | sunting sumber]Piawaian perakaunan
[sunting | sunting sumber]Agensi
[sunting | sunting sumber]- Amerika Syarikat
- Federal Reserve (untuk bank)
- Suruhanjaya Pengawalan dan Penukaran A.S. (for syarikat awam)
Badan penetapan piawaian perakaunan
[sunting | sunting sumber]- United Kingdom
- Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW)
- Institute of Chartered Accountants of Scotland (ICAS)
- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
- Chartered Institute of Public Finance Accountants (CIPFA)
- Association of International Accountants (AIA)Standard setting.
- Association of Accounting Technicians (AAT)
Badan penetapan piawaian audit
[sunting | sunting sumber]- Amerika Syarikat
- Public Company Accounting Oversight Board - syarikat awam
- American Institute of Certified Public Accountants - umum
- Government Accountability Office - penerima permintaan persekutuan
- Afrika Selatan
- Public Accountants and Auditors Board - syarikat awam
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Association Of Chartered Certified Accountants(ACCA)
- Hong Kong Institute of Certified Public Accountants (formerly Hong Kong Society of Accountants)
- ön muhasebe programı
- The Institute of Chartered Accountants Diarkibkan 2008-02-26 di Wayback Machine (UK)
- Mohd. Noor Azli Ali Khan (2003). Konsep dan Bukti Empirikal Pendedahan Perubahan Perakaunan Diarkibkan 2010-01-24 di Wayback Machine. Jurnal Kemanusiaan ISSN 1675-1930 Diarkibkan 2010-09-17 di Wayback Machine.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Elliot, Barry & Elliot, Jamie: Financial accounting and reporting, Prentice Hall, London 2004, ISBN 0-273-70364-1, p. 3, Books.Google.co.uk
- ^ Elliot, Barry & Elliot, Jamie: Financial accounting and reporting, Prentice Hall, London 2004, ISBN 0-273-70364-1, p. 3
- ^ Goodyear, Lloyd Earnest: Principles of Accountancy, Goodyear-Marshall Publishing Co., Cedar Rapids, Iowa, 1913, p.7 Archive.org