Masjid Quba
Masjid Quba Arab: مَسْجِد قُبَاء, rumi: Masjid Qubāʾ | |
---|---|
Maklumat geografi | |
Lokasi | Madinah, Arab Saudi |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Islam Klasikal Baru |
Bil. kubah | 6 |
Bil. menara | 4 (kini) 1 (asal) |
Arkitek | Abdel-Wahed El-Wakil |
sunting |
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.
Masjid Quba dibina atas dasar taqwa
[sunting | sunting sumber]Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjid al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid al-Aqsa (Baitulmaqdis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
Nabi Muhammad dan Masjid Quba
[sunting | sunting sumber]Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis dari Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.[1] [2](Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. [3]
Seni reka
[sunting | sunting sumber]Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.
Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.
Terdapat 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sahih Bukhari Jilid 2, Buku 21 (Tahajjud), Hadis Nombor 284 (Inggeris)
- ^ Sahih Muslim, Buku 7: Haji, Hadis Nombor 3223,3224(Inggeris)
- ^ Portal e-Masjid Kerajaan Negeri Melaka Diarkibkan 2012-09-15 di Wayback Machine "Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."