Sea Shadow (IX-529)
Sejarah | |
---|---|
Nama: | Sea Shadow |
Dipesan: | 22 Oktober 1982 |
Diperolehi: | 1 Mac 1985 |
Dibersarakan: | September 2006 |
Takdir: | Boleh didapati untuk didermakan dari Armada Simpanan Teluk Suisun, September 2006 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal halimunan |
Sesaran: | 563 long ton (572 t) |
Panjang: | 164 ka (50 m) |
Lunas: | 68 ka (21 m) |
Draft: | 15 ka (4.6 m) |
Jana kuasa: | Diesel-elektrik |
Halaju: | 28 knot (52 km/j; 32 mph) |
Anak kapal: | 4 |
Persenjataan: | Tiada |
Sea Shadow (IX-529) adalah sebuah kapal halimunan ujian yang dibina oleh Lockheed untuk Tentera Laut Amerika Syarikat bagi menentukan serendah mana profil radar boleh diperolehi dan bagi menguji tatarajah kestabilan badan kapal yang digunakan pada kapal-kapal oceanographic.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Sea Shadow telah dibina pada tahun 1985 dan telah digunakan dalam perkhidmatan biasa secara rahsia sehingga penampilan sulungnya kepada orang ramai pada tahun 1993, bagi memeriksa kegunaan teknologi halimunan pada kapal-kapal tentera laut. Selain itu, kapal ini juga direka untuk menguji kegunaan automasi bagi membolehkan pengurangan saiz anak kapal. Kapal ini telah dicipta oleh Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju (DARPA), Tentera Laut A.S. dan Lockheed. Sea Shadow telah dibangunkan di kemudahan milik Lockheed di Redwood City, California, di dalam Baj Melombong Hughes, yang mana berfungsi sebagai sebuah limbungan kering terapung semasa pembinaan dan ujian.[1] Kapal ini kadang kala dirujuk sebagai "USS Sea Shadow"; bagaimanapun pengenalan ini tidak sesuai kerana kapal ini tidak pernah menjadi sebuah kapal yang ditauliahkan sepenuhnya oleh Tentera Laut A.S..
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWSJ
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sea Shadow (IX-529) |
- Navy news article
- Sea Shadow
- "The Navy Has a Top-Secret Vessel It Wants to Put on Display" by Barry Newman - Wall Street Journal - February 24, 2009
Koordinat: 38°4′9.33″N 122°6′5.22″W / 38.0692583°N 122.1014500°W