Pergi ke kandungan

Indeks Keamanan Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta dunia Indeks Keamanan Dunia 2018. Negara-negara yang diwarnai dengan warna hijau mempunyai aras nilai keamanan yang lebih tinggi, manakala negara dengan warna yang lebih merah ke hitam adalah negara-negara yang mempunyai aras keamanan yang rendah.
Perubahan bilangan negara dalam setiapa satu kelas GPI dari tahun 2007-2011.

Indeks Keamanan Dunia atau dalam bahasa Inggeris disebut Global Peace Index (GPI) adalah suatu usaha untuk mengukur kedudukan relatif sesuatu negara atau wilayah khusus berkenaan aspek keamanan yang dialaminya. Ia merupakan suatu produk dari Institut untuk Ekonomi dan Keamanan (IEP). Indeks ini dibangunkan dengan kerjasama dan perbincangan bersama panel antarabangsa yang terdiri dari pakar ilmu keamanan dari pelbagai institut kajian keamanan di pelbagai peringkat. Hasil penyenaraian indeks turut melibatkan perolehan data dari institut polisi dan data yang berjaya dikutip dihimpunkan oleh Unit Kepakaran Ekonomi. Senarai pertama telah dilancarkan pada Mei 2007, kemudian diikuti Mei 2008, 2 Jun 2009, 10 Jun 2010 dan paling terkini pada 25 Mei 2011. Ia telah diperakui merupakan kajian pertama yang melibatkan aras sesuatu negara diseluruh dunia berdasarkan persekitaran keamanan sejagat yang negara atau wilayah tersebut alami.

Aras kedudukan keamanan ini mengambil kira sebanyak 153 buah negara (berbanding hanya 121 buah negara pada tahun 2007). Kajian ini telah dibuat hasil ilham oleh oleh usahawan Australia Steve Killelea dan diperakukan oleh individu terpengaruh dunia seperti Kofi Annan, Dalai Lama, archbishop Desmond Tutu, mantan Presiden Finnish Martti Ahtisaari, ahli ekonomi Bangladesh Muhammad Yunus, ahli ekonomi Jeffrey Sachs, mantan Presiden Ireland Mary Robinson, dan mantan Presiden AS Jimmy Carter. Faktor-faktor telah diuji oleh para penulis termasuk faktor dalaman seperti aras pelanggaran perundangan, kekerasan dan kekejaman didalam negara dan faktor luaran seperti penguasaan ketenteraan dan peperangan serta bersangkutan dengannya.

Penemuan utama Indeks keamanan Dunia adalah[1]:

  • Keamanan berasaskan penunjuk aras tertentu seperti pendapatan, pendidikan dan tahap integrasi serantau.
  • Keamanan negara yang acap kali berkongsi akan aras ketelusan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan kurang rasuah.
  • Negara-negara yang kecil dan stabil yang merupakan sebahagian dari blok serantau yang paling mungkin untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi.

Analisis statistikal telah diguna pakai bagi menyingkap lebih banyak pemanduan khusus berkenaan dengan keamanan. Secara khususnya, kumpulan pengkaji telah melihat kepada penunjuk-penunjuk dimana yang termasuk atau tidak termasuk dari indeks yang mempunyai tahap korelasi yang tinggi dengan skor keseluruhan dan kedudukan negara. Antara penunjuk statistik yang signifikan tidak digunakan dalam analisis termasuklah fungsi kerajaan sesebuah negara, integrasi serantau, permusuhan kepada orang asing, kepentingan agama dalam kehidupan, rasuah, keterbukaan media dan per kapita GDP.[2]

Negara-negara yang jelas tidak termasuk dalam kajian dari tahun 2007 adalah Belarus, Iceland, sebilangan negara-negara Afrika, Mongolia, Korea Utara, and Afghanistan. Mereka semua tidak termasuk kerana data sahih untuk 24 penunjuk aras tidak wujud.[3] Kebanyakkan dari negara-negara tersebut termasuk dalam Indeks tahun 2010, dimana sekarang berada pada kedudukan negara 149 di dunia.

Kritikan terhadap kajian indeks

[sunting | sunting sumber]

Indeks Keamanan telah dikritik kerana tidak memasukkan penunjuk khusus berkaitan dengan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Riane Eisler, yang menulis dalam Pengawas Sains Kristian, menyangkal bahawa, "hanya meletakkannya secara lembut, titik buta ini hanya membuatkan indeks begitu tidak tepat." Beliau turut menjelaskan beberapa kes-kes spesifik, termasuk di Mesir, dimana beliau mendakwa 90% wanita mengalami pencacatan kemaluan dan di China, beliau berkata, "pembunuhan bayi perempuan masih merupakan suatu permasalahan," menurut kepada 2000 kajian oleh UNICEF.[4]

Aras kedudukan Indeks Keamanan Dunia

[sunting | sunting sumber]

Negara-negara yang dikelaskan mempunyai aras keamanan yang rendah diletakkan pada bahagian jadual indeks terbawah. 20% darinya diwarnakan merah menandakan nilai keamanan yang dikecapi adalah paling rendah. Manakala bagi negara-negara yang mempunyai aras kedudukan indeks keamanan yang warnai dengan warna hijau, merangkumi 20% dari negara-negara teraman dalam tahun tersebut.[5]

Negara Kedudukan 2011 Skor 2011 Kedudukan 2010 Skor 2010 Kedudukan 2009 Skor 2009 Kedudukan 2008 Skor 2008 Kedudukan 2007 Skor 2007
 Iceland 1 1.148 2 1.212 4 1.225 1 1.176
 New Zealand 2 1.279 1 1.188 1 1.202 4 1.350 2 1.363
 Jepun 3 1.287 3 1.247 7 1.272 5 1.358 5 1.413
 Denmark 4 1.289 7 1.341 2 1.217 2 1.343 3 1.377
 Republik Czech 5 1.320 12 1.360 11 1.328 17 1.501 13 1.524
 Austria 6 1.337 4 1.290 5 1.252 10 1.449 10 1.483
 Luxembourg 7 1.341 13 1.341 9 1.446
 Finland 7 1.352 9 1.352 9 1.322 8 1.432 6 1.447
 Kanada 8 1.355 14 1.392 8 1.311 11 1.451 8 1.481
 Norway 9 1.356 5 1.322 2 1.217 3 1.343 1 1.357
 Slovenia 10 1.358 11 1.358 9 1.322 16 1.491 15 1.539
 Republik Ireland 11 1.370 6 1.337 12 1.333 6 1.410 4 1.396
 Qatar 12 1.398 15 1.394 16 1.392 33 1.694 30 1.702
 Sweden 13 1.401 10 1.354 6 1.269 13 1.468 7 1.478
 Belgium 14 1.413 17 1.400 15 1.359 15 1.485 11 1.498
 Jerman 15 1.416 16 1.398 16 1.392 14 1.475 12 1.523
  Switzerland 16 1.421 18 1.424 18 1.393 12 1.465 14 1.526
 Portugal 17 1.453 13 1.366 14 1.348 7 1.412 9 1.481
 Australia 18 1.455 19 1.467 19 1.476 27 1.652 25 1.664
 Malaysia 19 1.467 22 1.539 26 1.561 37 1.721 37 1.744
 Hungary 20 1.495 20 1.495 27 1.575 18 1.576 18 1.575
 Uruguay 21 1.521 24 1.568 25 1.557 21 1.606 24 1.661
 Poland 22 1.545 29 1.618 32 1.599 31 1.687 27 1.683
 Hong Kong 23 1.608 23 1.657
 Slovakia 23 1.576 21 1.536 24 1.539 20 1.576 17 1.571
 Singapura 24 1.585 30 1.624 23 1.533 29 1.673 29 1.692
 Belanda 25 1.628 27 1.610 22 1.531 22 1.607 20 1.620
 United Kingdom 26 1.631 31 1.631 35 1.647 49 1.801
Templat:Country data Republic of China (Taiwan) 27 1.638 35 1.664 37 1.652 44 1.779 36 1.731
 Sepanyol 28 1.641 25 1.588 28 1.577 30 1.683 21 1.633
 Kuwait 29 1.667 39 1.693 42 1.680 45 1.786 46 1.818
 Vietnam 30 1.670 38 1.691 39 1.664 37 1.720 35 1.729
 Costa Rica 31 1.681 26 1.590 29 1.578 34 1.701 31 1.702
 Laos 32 1.687 34 1.661 45 1.701 51 1.810
 Emiriah Arab Bersatu 33 1.690 44 1.739 40 1.667 42 1.745 38 1.747
 Bhutan 34 1.693 36 1.665 40 1.667 26 1.616 19 1.611
 Botswana 35 1.695 33 1.641 34 1.643 46 1.792 42 1.786
 Perancis 36 1.697 32 1.636 30 1.579 36 1.707 34 1.729
 Croatia 37 1.699 41 1.707 49 1.741 60 1.926 67 2.030
 Chile 38 1.710 28 1.616 20 1.481 19 1.576 16 1.568
 Malawi 39 1.740 51 1.813 47 1.711 73 2.024 68 2.038
 Romania 40 1.742 45 1.749 31 1.591 24 1.611 26 1.682
 Oman 41 1.743 23 1.561 21 1.520 25 1.612 22 1.641
 Ghana 42 1.752 48 1.781 52 1.761 40 1.723 40 1.765
 Lithuania 43 1.760 42 1.713 43 1.687 41 1.723 43 1.788
 Tunisia 44 1.765 37 1.678 44 1.698 47 1.797 39 1.762
 Itali 45 1.775 40 1.701 36 1.648 28 1.653 33 1.724
 Latvia 46 1.793 54 1.827 54 1.773 39 1.723 47 1.848
 Estonia 47 1.798 46 1.751 38 1.661 35 1.702 28 1.684
 Mozambique 48 1.809 47 1.779 53 1.765 50 1.803 50 1.909
 Panama 49 1.812 61 1.878 59 1.798 48 1.797 45 1.798
 Korea Selatan 50 1.829 43 1.715 33 1.627 32 1.691 32 1.719
 Burkina Faso 51 1.832 57 1.852 71 1.905 81 2.062
 Zambia 52 1.833 51 1.813 58 1.779 53 1.856 53 1.930
 Bulgaria 53 1.845 50 1.785 56 1.775 57 1.903 54 1.936
 Namibia 54 1.850 59 1.864 65 1.841 77 2.042 64 2.003
 Argentina 55 1.852 71 1.962 66 1.851 56 1.895 52 1.923
 Tanzania 56 1.858 55 1.832 59 1.796 58 1.919 57 1.966
 Mongolia 57 1.880 92 2.101 89 2.040 88 2.155
 Maghribi 58 1.887 58 1.861 63 1.811 63 1.954 48 1.893
 Moldova 59 1.892 66 1.938 75 1.925 83 2.091 72 2.059
 Bosnia dan Herzegovina 60 1.893 60 1.873 50 1.755 66 1.974 75 2.089
 Sierra Leone 61 1.904 53 1.818
 Gambia 62 1.910 63 1.890
 Albania 63 1.912 65 1.925 75 1.925 79 2.044
 Jordan 64 1.918 68 1.948 64 1.832 65 1.969 63 1.997
 Greece 65 1.947 62 1.887 57 1.778 54 1.867 44 1.791
 Paraguay 66 1.954 77 2.019 73 1.916 70 1.997 55 1.946
 Cuba 67 1.964 72 1.964 68 1.856 62 1.954 59 1.968
 Indonesia 68 1.979 67 1.946 67 1.853 68 1.983 78 2.111
 Ukraine 69 1.995 97 2.115 82 2.010 84 2.096 80 2.150
 Eswatini 69 1.995 73 1.966
 Cyprus 71 2.013 76 2.013 48 1.737 52 1.847 51 1.915
 Nicaragua 72 2.021 64 1.924 61 1.801 59 1.919 66 2.020
 Mesir 73 2.023 49 1.784 54 1.773 69 1.987 73 2.068
 Brazil 74 2.040 83 2.048 85 2.022 90 2.168 83 2.173
 Guinea Khatulistiwa 75 2.041 68 1.948 61 1.801 64 1.964 71 2.059
 Bolivia 76 2.045 81 2.037 81 1.990 78 2.043 69 2.052
 Senegal 77 2.047 79 2.031 80 1.984 71 2.011 65 2.017
 Macedonia Utara 78 2.048 83 2.048 88 2.039 87 2.119 82 2.170
 Trinidad dan Tobago 79 2.051 94 2.107 87 2.035 98 2.230 94 2.286
 Republik Rakyat China 80 2.054 80 2.034 74 1.921 67 1.981 60 1.980
 Gabon 81 2.059 74 1.981 51 1.758 55 1.878 56 1.952
 Amerika Syarikat 82 2.063 85 2.056 83 2.015 97 2.227 96 2.317
 Bangladesh 83 2.070 87 2.058 90 2.045 86 2.118 86 2.219
 Serbia 84 2.071 90 2.071 78 1.951 85 2.110 84 2.181
 Peru 85 2.077 89 2.067 79 1.972 80 2.046 70 2.056
 Cameroon 86 2.104 106 2.210 95 2.073 92 2.182 76 2.093
 Angola 92 2.126 86 2.057 100 2.105 110 2.364 112 2.587
 Guyana 88 2.112 91 2.095
 Montenegro 89 2.113
 Ecuador 90 2.116 101 2.185 109 2.211 100 2.274 87 2.219
 Republik Dominika 91 2.125 93 2.103 70 1.890 82 2.069 74 2.071
 Guinea 95 2.152
 Kazakhstan 93 2.137 95 2.113 84 2.018 72 2.018 61 1.995
 Papua New Guinea 94 2.139 95 2.113 93 2.059 95 2.224 88 2.223
   Nepal 87 2.109 82 2.044
 Liberia 96 2.159 99 2.148
 Uganda 96 2.159 100 2.165 103 2.140 114 2.391 104 2.489
 Republik Congo 98 2.165 102 2.192 106 2.202 117 2.417
 Rwanda 99 2.185 75 2.012 86 2.027 76 2.030
 Mali 100 2.188 109 2.240 96 2.086 99 2.238
 Arab Saudi 101 2.192 107 2.216 104 2.167 108 2.357 90 2.246
 El Salvador 102 2.215 103 2.195 94 2.068 89 2.163 89 2.244
 Tajikistan 103 2.225
 Eritrea 104 2.227
 Madagaskar 105 2.239 77 2.019 72 1.912 43 1.770 41 1.766
 Jamaica 106 2.244 98 2.138 102 2.111 96 2.226 81 2.164
 Thailand 107 2.247 124 2.393 118 2.353 118 2.424 105 2.491
 Turkmenistan 108 2.248 117 2.295 101 2.110 102 2.302
 Armenia 109 2.260 113 2.266
 Uzbekistan 109 2.260 110 2.242 106 2.202 111 2.377 110 2.542
 Kenya 111 2.276 120 2.369 113 2.266 119 2.429 91 2.258
 Belarus 112 2.283 105 2.204 98 2.103 94 2.194
 Haiti 113 2.288 114 2.270 116 2.330 109 2.362
 Kyrgyzstan 114 2.296
 Kemboja 115 2.301 111 2.252 105 2.179 91 2.179 85 2.197
 Syria 116 2.322 115 2.274 92 2.049 75 2.027 77 2.106
 Honduras 117 2.327 125 2.395 112 2.265 104 2.335 98 2.390
 Afrika Selatan 118 2.353 121 2.380 123 2.437 116 2.412 99 2.399
 Iran 119 2.356 104 2.202 99 2.104 105 2.341 97 2.320
 Niger 119 2.356
 Mexico 121 2.362 107 2.216 108 2.209 93 2.191 79 2.125
 Azerbaijan 122 2.379 119 2.367 114 2.327 101 2.287 101 2.448
 Bahrain 123 2.398 70 1.956 69 1.881 74 2.025 62 1.995
 Venezuela 124 2.403 122 2.387 120 2.381 123 2.505 102 2.453
 Guatemala 125 2.405 112 2.258 111 2.218 103 2.328 93 2.285
 Sri Lanka 126 2.407 133 2.621 125 2.485 125 2.584 111 2.575
 Turki 127 2.411 126 2.420 121 2.389 115 2.403 92 2.272
 Côte d'Ivoire 128 2.417 118 2.297 117 2.342 122 2.451 113 2.638
 Algeria 129 2.423 116 2.277 110 2.212 112 2.378 107 2.503
 Mauritania 130 2.425 123 2.389 124 2.478 120 2.435
 Habsyah 131 2.468 127 2.444 128 2.551 121 2.439 103 2.479
 Burundi 132 2.532 131 2.577
 Myanmar 133 2.538 132 2.580 126 2.501 126 2.590 108 2.524
 Georgia (negara) 134 2.558 142 2.970
 India 135 2.570 128 2.516 122 2.433 107 2.355 109 2.530
 Filipina 136 2.574 130 2.574 114 2.327 113 2.385 100 2.428
 Lubnan 137 2.597 134 2.639 132 2.718 132 2.840 114 2.662
 Yaman 138 2.670 129 2.573 119 2.363 106 2.352 95 2.309
 Colombia 139 2.700 138 2.787 130 2.645 130 2.757 116 2.770
 Zimbabwe 140 2.722 135 2.678 134 2.736 124 2.513 106 2.495
 Chad 141 2.740 141 2.964 138 2.880 135 3.007
 Nigeria 142 2.743 137 2.756 129 2.602 129 2.724 117 2.898
 Libya 143 2.816 56 1.839 46 1.710 61 1.927 58 1.967
 Republik Afrika Tengah 144 2.869 136 2.753 133 2.733 134 2.857
 Israel 145 2.901 144 3.019 141 3.035 136 3.052 119 3.033
 Pakistan 146 2.905 145 3.050 137 2.859 127 2.694 115 2.697
 Rusia 147 2.966 143 3.013 136 2.750 131 2.777 118 2.903
 Republik Demokratik Congo 148 3.016 140 2.925 139 2.888 128 2.707
 Korea Utara 149 3.092 139 2.855 131 2.717 133 2.850
 Afghanistan 150 3.212 147 3.252 143 3.285 137 3.126
 Sudan 151 3.223 146 3.125 140 2.922 138 3.189 120 3.182
 Iraq 152 3.296 149 3.406 144 3.341 140 3.514 121 3.437
 Somalia 153 3.379 148 3.390 142 3.257 139 3.293

Nota: Terdapat perubahan terhadap metodologi pada data tahun 2010.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ First Global Peace Index Ranks 121 Countries, PP Newswire
  2. ^ "Global Peace Index: Drivers of Peace". Vision of Humanity. Dicapai pada 2007-10-07.
  3. ^ Charles, Deborah (May 30, 2007). "New Peace Index Ranks US Among Worst Nations". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-24. Dicapai pada 2007-08-09.
  4. ^ Eisler, Riane (July 26, 2007). "Dark underbelly of the world's most 'peaceful' countries". Christian Science Monitor. Dicapai pada 2007-08-09.
  5. ^ Semua maklumat dalam jadual adalah kedudukan bermula dari: Both are linked from: Vision of Humanity (2008). "EIU Reports - Documents - Global Peace Index". Dicapai pada 2008-06-17.
  6. ^ Global Peace Index Diarkibkan 2012-06-29 di Wayback Machine - Metodologi dan Sumber Data

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]