Amin
Perkataan Amin atau Amen (Ibrani: אָמֵן, rumi: Amen, lit. 'ʾĀmēn' ; bahasa Yunani: ἀμήν; Arab: آمين , ʾĀmīn ; bermaksud; "perkenankanlah"[1]) merupakan suatu pengakuan ikrar[2][3] yang boleh dijumpai dalam Alkitab Ibrani dan Perjanjian Baru. Ia digunakan dalam agama Yahudi dalam teks-teks awalnya.[4] Ia juga sering digunakan dalam agama Kristian untuk tujuan berdoa, dan nyanyian ketuhanan mereka.[3] Dalam agama Islam, ia merupakan perkataan yang sering diucapkan tatkala mengakhiri sesuatu bait-bait dalam berdoa, juga ketika dalam melakukan solat, Muslim akan mengakhiri bacaan "Surah Al-Fatihah" dengan menyebut perkataan Amin. Apabila umat Muslim melakukan solat berjemaah, bacaan Amin akan segera kedengaran secara bergema khususnya dari kalangan jamaah lelaki selepas membaca Surah Al-Fatihah.
Menurut Kamus Bahasa Melayu, Kamus Pelajar edisi ke-2, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan Amin ditakrifkan sebagai "perkenankanlah hendaknya (selalu diucapkan ketika berdoa)".
Amin dalam Islam
[sunting | sunting sumber]Muslim menggunakan perkataan "ʾĀmīn" (Arab: آمين ) tidak hanya selepas membaca (Surah Al-Fatihah) dalam Al-Quran sahaja, tetapi turut menyebutnya dalam setiap kali mengakhiri bait-bait doa, maksud Amin menurut Islam adalah serupa dengan maksud Amin menurut agama Kristian, cuma dalam hal penyembahan dan aqidah bagi kedua-dua agama ini ketika perkataan ini ditujukan adalah berbeza.[5] Orang Islam juga meggunakan perkataan ini sama seperti orang Yahudi menggunakannya.
Terdapat hadis dari Nabi Muhammad ﷺ tentang kewajaran meggunakan istilah ini seperti yang diriwayatkan oleh: Abū Hurairah: "Bersabda Nabi ﷺ : "Apabila Imam membaca Amin hendaklah engkau membaca Amin, kerana sesungguhnya para Malaikat membaca Amin bersama dengan bacaan Imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan Aminnya dengan ucapan Amin para Malaikat, sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". (Riwayat Bukhari dan Muslim).[6],[7]
Abu Hurairah juga meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang sahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah ﷺ apabila telah selesai membaca Ummul Quran (al-Fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda membaca Amin".
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=amin
- ^ "Amen". Catholic Encyclopedia. Dicapai pada 20 Ogos 2007.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaety
- ^ Numbers 5:22, Deuteronomy 27.15-26, for example.
- ^ Hastings, James (2004) [1901]. A Dictionary of Christ and the Gospels: Volume I. The Minerva Group, Inc. m/s. 52.
- ^ http://al-mawrid.org/pages/questions_english_detail.php?qid=93&cid=311
- ^ http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=140#16 Darul Nuqman-16. Meng 'Amin' kan Bacaan al-Fatihah
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Amen dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |