Negara
Penampilan
Negara (Jawi: نݢارا) adalah suatu konsep wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.
Kini terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Terminologi
[sunting | sunting sumber]Konsep Negara boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu aspek budaya, aspek geografi dan aspek politik. Dalam bahasa Inggeris, gelaran yang digunakan untuk merujuk kepada negara adalah nation, country dan state. Untuk keterangan lanjut, sila lihat rencana Negara (budaya), Negara (geografi) dan Negara (politik).