Pergi ke kandungan

Lilin lebah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kek lilin lebah.

Lilin lebah (bahasa Inggeris: beeswax, Latin: cera alba) ialah lilin yang dihasilkan secara semula jadi dalam sarang lebah madu hasil pempolimeran ester asid lemak dan pelbagai rantai panjang alkohol.

Sedikit jumlah lilin lebah digunakan untuk penggunaan perisan dan makanan, dan boleh dimakan kerana boleh disamakan dengan keracunan lilin tumbuhan tidak boleh hadam. Walau bagaimanapun, monoester lilin dalam lilin lebah kurang dihidrolisis oleh perut manusia dan mamalia; hal ini menjadikan ia tidak mempunyai nilai pemakanan yang penting.

Lilin lebah merupakan salah satu polimer yang paling tua penerapannya oleh manusia selain getah perca, tanduk, cangkang kura-kura, dan syelek. Lilin lebah telah ditemukan di makam firaun, kapal viking, dan reruntuhan romawi.

Penghasilan

[sunting | sunting sumber]

Lilin lebah dihasilkan dari rembesan kelenjar lilin pada bahagian dalam sternum lebah pekerja dari setiap segmen tubuh ke 4 sampai 7 abdomen. Ukuran dari kelenjar ini tergantung pada usia dari lebah pekerja, dan akan menjadi tidak berfungsi (atrofi) ketika lebah sudah menua. Warna lilin lebah berwarna putih setelah dikeluarkan dari kelenjar namun ia akan terkumpul sampai bercampur dengan debunga dan dan propolis lalu menjadi kuning bahkan keperangan juga. Lilin lebah dihasilkan secara berlapis, sekitar 1100 lapisan diperlukan untuk menghasilkan satu gram lilin lebah.[1]

Diperkirakan lebah mengorbankan produksi madu untuk menghasilkan lilin lebah. Jumlah madu yang dihasilkan juga diperkirakan linier dengan produksi lilin lebah. Berdasarkan eksperimen Whitcomb tahun 1946, setiap 6.66 sampai 8.8 pound madu dihasilkan 1 pound lilin lebah.[2] Penelitian Les Crowder pada pembandingan metode penggunaan ulang wadah berisi sarang lebah utuh dan wadah kosong untuk ditempati lebah madu, mendapatkan angka 24-30 pounds lilin lebah per 1 pound madu.[3][4] Sumber lain menyatakan lebah menghasilkan hingga 22 pound madu per satu pound lilin lebah.[5] Variasi nilai ini amat bergantung pada tahap perkembangan koloni, karena tidak semua ruang dalam sarang lebah digunakan untuk menghasilkan madu, tetapi juga untuk menyimpan larva lebah dan zat lainnya.

Jenis kandungan Peratusan
Hidrokarbon 14%
Monoester 35%
Diester 14%
Triester 3%
Hidroksi monoester 4%
Hidroksi poliester 8%
Asid ester 1%
Asid poliester 2%
Asid lemak bebas 12%
Alkohol lemak bebas 1%
Bahan tidak diketahui 6%

Struktur formula kasar dari lilin lebah yaitu C15H31COOC30H61.[6] Komponen utamanya berupa palmitat, palmitoleat, dan ester dari asid oleatik dengan panjang rantai antara 30 hingga 32 karbon yang terdiri dari sebatian alifatik alkohol. Nisbah triakontanil palmitat CH3(CH2)29O-CO-(CH2)14CH3 terhadap asid serotik[7] CH3(CH2)24COOH, adalah 6:1. Nilai saponifikasi untuk lilin lebah Eropah adalah dalam julat 3-5, sedangkan lilin lebah Asia dalam julat 8-9.

Lilin lebah memiliki titik lebur yang rendah antara 62-64 darjah Celcius. Jika lilin dipanaskan hingga mencecah lebih 85 darjah Celcius, lilin mula menampakkan perubahan dari segi warna. Lilin lebah mula menyala pada suhu 204.4 darjah Celcius.[8] Jisim jenis lilin lebah pada suhu 15 darjah Celcius 15 °C adalah 958 hingga 970 kg/m³.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Lilin lebah memiliki berbagai-bagai aplikasi, antaranya sebagai bahan tambahan makanan. Lilin lebah dapat dimakan tetapi tidak memiliki nilai nutrisi yang bermakna atau signifikan kerana sifat ia yang tidak mampu dihidrolisis dengan sempurna dalam saluran pencernaan manusia.[9] Selain itu, lilin lebah dapat digunakan sebagai bahan kosmetik, farmasi, bahan membuat model patung,[10] penggilap kasut, campuran pigmen untuk mewarnakan lukisan dan ornamen,[11][12] pengisi lubang pada gigi,[13][14] dan sebagai bahan pencahaya dengan sendirinya.

Bahan ini juga digunakan dalam binaan pelbagai jenis alat muzik seperti sompoton, kutiyapi atau didgeridoo.

  1. ^ Brown, R, H. (1981) Beeswax (2nd edition) Bee Books New and Old, Burrowbridge, Somerset UK. ISBN 0-905652-15-0
  2. ^ Beeswax Production, Harvesting, Processing and Products, Coggshall and Morse. Wicwas Press. 1984-06-01. m/s. 35. ISBN 1878075063.
  3. ^ Les Crowder (2012-08-31). Top-Bar Beekeeping: Organic Practices for Honeybee Health. Chelsea Green Publishing. ISBN 1603584617.
  4. ^ Top-bar beekeeping in America Diarkibkan 2014-07-29 di Wayback Machine.
  5. ^ Beeswax Production, Harvesting, Processing and Products, Coggshall and Morse. Wicwas Press. 1984-06-01. m/s. 41. ISBN 1878075063.
  6. ^ Umney, Nick; Shayne Rivers (2003). Conservation of Furniture. Butterworth-Heinemann. m/s. 164.
  7. ^ "LIPID MAPS Databases : LIPID MAPS Lipidomics Gateway". Lipidmaps.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-05. Dicapai pada 2013-07-05.
  8. ^ "MSDS for beeswax"..
  9. ^ Beeswax absorption and toxicity. Large amounts of such waxes in the diet pose theoretical toxicological problems for mammals.
  10. ^ LOK Congdon (1985) Water-Casting Concave-Convex Wax Models for Cire Perdue Bronze Mirrors. American Journal of Archaeology, 89, 511–515
  11. ^ Egyptology online
  12. ^ Ormeling, F. J. 1956. The Timor problem: a geographical interpretation of an underdeveloped island. Groningen and The Hague: J. B. Wolters and Martinus Nijhoff.
  13. ^ "Oldest tooth filling may have been found – Light Years". CNN Blogs. Dicapai pada 5 Julai 2013.
  14. ^ "Don't Use Your Teeth". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-14. Dicapai pada 13 Disember 2013-. Check date values in: |accessdate= (bantuan)