Portal:Hal semasa di Asia/2010
Penampilan
![Perasmian Sukan Asia ke-16](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9b/CantonTowerfireworks3.jpg/67px-CantonTowerfireworks3.jpg)
![Siklon Jal di atas India](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/da/Jal_nov_10.jpg/86px-Jal_nov_10.jpg)
![Bendera Myanmar](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8c/Flag_of_Myanmar.svg/100px-Flag_of_Myanmar.svg.png)
![Taufan Megi](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/63/Typhoon_Megi_cat.5_Crefl2_143.A2010290045500-2010290050000.250m.jpg/91px-Typhoon_Megi_cat.5_Crefl2_143.A2010290045500-2010290050000.250m.jpg)
- 31 Disember - Lima laluan baru Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka, menambah 108 km kepada sistem alihan laju tersebut.
- 29 Disember - Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia untuk kejuaraan pertamanya.
- 10 Disember - Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.
- 2 Disember - FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
- 23 November - Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong, meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.
- 13 November - Ahli politik pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan rumah.
- 12 November - Sukan Asia ke-16 dirasmikan (gambar) di Guangzhou, Republik Rakyat China.
- 10 November - Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
- 9 November - Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada USDP, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
- 5 November - Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengakibatkan lebih 150 korban dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
- 28 Oktober - Tianhe-I di Tianjin, China, menjadi superkomputer terpantas di dunia.
- 26 Oktober - Satu gempa bumi dan tsunami yang terhasil di persisiran Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.
- 21 Oktober - Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru (gambar).
- 19 Oktober - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.
- 18 Oktober - Taufan Megi (gambar), antara ribut terkuat pernah direkodkan, bertemu daratan di Filipina.
- 14 Oktober - Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi, India.
- 10 Oktober - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 8 Oktober - Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.
- 3 Oktober - Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru (gambar) di Delhi, India.
- 2 Oktober - Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 17 September - Pembunuhan ahli politik Pakistan Imran Farooq di London mencetuskan keganasan di kampung halamannya Karachi.
- 13 September - Sultan Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru.
- 9 September - Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.
Gunung Sinabung - 30 Ogos - Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
- 14 Ogos - Sukan Olimpik Belia pertama, Olimpik Belia Singapura 2010 bermula di Singapura.
- 7 Ogos - Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.
- 5 Ogos - Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan.
- 3 Ogos - 63 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
![Kang Kek Iew](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5b/Kang_Kek_Iew_%28Kaing_Guek_Eav_or_Duch%29_before_the_Extraordinary_Chambers_in_the_Courts_of_Cambodia_-_20091126.jpg/79px-Kang_Kek_Iew_%28Kaing_Guek_Eav_or_Duch%29_before_the_Extraordinary_Chambers_in_the_Courts_of_Cambodia_-_20091126.jpg)
- 31 Julai - Ahmadiah Indonesia dinyatakan haram dan sesat oleh Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali.
- 30 Julai - Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan muncul juara pertama rancangan realiti Malaysia Imam Muda.
- 28 Julai - Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat dalam bencana udara terdahsyat dalam sejarah Pakistan.
- 26 Julai - Kang Kek Iew (gambar) dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- 25 Julai - Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- 19 Julai - Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
- 19 Julai - Persidangan FBI NAA bahagian Asia Pasifik ke-13 diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 17 Julai - Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong, Vietnam, selepas membinasakan Filipina, meninggalkan 74 orang maut.
- 15 Julai - Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- 15 Julai - Ahli sains Iran Shahram Amiri yang hilang pada 2009, dipercayai ditahan oleh CIA Amerika Syarikat, kembali ke Teheran.
- 13 Julai - Hujan lebat di Hanoi menyebabkan banjir yang mengorbankan orang orang.
- 9 Julai - Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencederakan 120 lagi.
- 6 Julai - Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 bermula.
- 4 Julai - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
![Gambaran artis Hayabusa di asteroid](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/59/Hayabusa_hover.jpg/100px-Hayabusa_hover.jpg)
![Benigno Aquino III](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/af/Noynoy_Aquino.jpg/67px-Noynoy_Aquino.jpg)
- 28 Jun - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baru yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.
- 26 Jun - Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.
- 13 Jun - Kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun untuk mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
- 12 Jun - Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.
- 10 Jun - Rancangan Malaysia Kesepuluh dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak di Parlimen.
- 9 Jun - Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
- 8 Jun - Benigno Aquino III (gambar) bakal menjadi Presiden Filipina setelah disahkan memenangi pilihan raya presiden.
- 7 Jun - Mahkamah India menyabitkan tujuh lelaki bersalah kecuaian jenayah dalam tugas mereka semasa tragedi Bhopal 1984.
- 6 Jun - Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
- 5 Jun - Kapal MV Rachel Corrie yang terlewat membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza turut dirampas Tentera Laut Israel.
- 4 Jun - Naoto Kan menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Yukio Hatoyama meletak jawatan.
- 3 Jun - Lebih 110 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu kebakaran besar di Dhaka, Bangladesh.
- 2 Jun - Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.
![Kapal utama Mavi Marmara](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bd/Mavi_Marmara_side.jpg/100px-Mavi_Marmara_side.jpg)
- 31 Mei - Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa, membunuh lebih 10 orang.
- 28 Mei - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.
- 27 Mei - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak Naxal.
- 25 Mei - Kapal tangki MISC MT Bunga Kelana 3 berlanggar dengan sebuah kapal di Selat Singapura, menumpahkan 2,000 tan metrik minyak mentah ke laut.
- 24 Mei - Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.
- 23 Mei - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- 22 Mei - Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore, India.
- 20 Mei - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.
- 19 Mei - Selepas dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang kem Baju Merah (gambar) di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- 19 Mei - Forum Ekonomi Islam Dunia diadakan di Putrajaya, Malaysia.
- 17 Mei - Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
- 15 Mei - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 266 cedera selepas tentera kerajaan Thai bertempur dengan pembantah Baju Merah.
- 13 Mei - Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 10 Mei - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- 1 Mei - Bancian Penduduk Indonesia 2010 diadakan.
![Expo Axis Expo 2010](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/Expo_Axis_nighttime.jpg/100px-Expo_Axis_nighttime.jpg)
- 30 April - Pesta Sedunia terbesar dalam sejarah Expo 2010 (gambar) dibuka di Shanghai, China.
- 26 April - Latihan pertahanan serantau Bersama Shield 2010 diadakan di Semenanjung Malaysia dan Laut China Selatan.
- 21 April - Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu pimpinan Presiden Mahinda Rajapaksa, memenangi pilihan raya umum Sri Lanka 2010, mendapat 144 daripada 225 kerusi parlimen.
- 17 April - Larian Sempadan Antarabangsa 2010 diadakan di titik sempadan Padang Besar, Perlis, Malaysia dengan Thailand.
- 14 April - Ribut kuat melanda Bangladesh dan timur India, mengorbankan lebih 140 orang.
- 14 April - Lebih 2,100 orang terbunuh dalam gempa bumi di Yushu, Qinghai, China.
- 10 April - Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
- 9 April - Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi, Vietnam.
- 7 April - Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina.
- 26 Mac - Korvet Tentera Laut Republik Korea Cheonan tenggelam selepas satu letupan, menyebabkan 46 anak kapal hilang.
- 24 Mac - Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
- 22 Mac - Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China.
- 14 Mac - Fernando Alonso dan Ferrari memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2010 Grand Prix Bahrain 2010.
- 13 Mac - Ribuan penyokong Thaksin Shinawatra mula berarak di Bangkok menuntut pembubaran Parlimen Thailand.
- 12 Mac - Satu siri serangan bom membunuh lebih 70 orang di Lahore, Pakistan.
- 11 Mac - Di Kazakhstan, 40 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi dipindahkan selepas Empangan Kyzyl-Agash pecah.
- 10 Mac - Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh, Arab Saudi.
- 9 Mac - Ahli Jemaah Islamiyah Dulmatin ditembak mati di Pamulang, Tangerang, Banten, Indonesia.
- 9 Mac - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono melawat Melbourne, kali pertama seorang presiden Indonesia berucap di Parlimen Australia.
- 8 Mac - Gempa bumi di Wilayah Elâzığ Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
- 1 Mac - Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V menyambung tugas menjaga keamanan di Mindanao, Filipina.
- 27 Februari - Dua siri letupan bom terjadi di Bangkok, Thailand.
- 22 Februari - Kem latihan Jemaah Islamiah Aceh ditemui di hutan pegunungan Jalin, Aceh, Indonesia.
- 22 Februari - Tanah runtuh di ladang teh Bandung, Indonesia membunuh 5 pekerja, manakala 72 lagi masih hilang.
- 20 Februari - Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- 18 Februari - Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan, menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
- 18 Februari - Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- 16 Februari - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- 13 Februari - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 13 Februari - Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 11 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- 13 Februari - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- 12 Februari - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- 3 Februari - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
- 29 Januari - Toyota mengumumkan penarikan balik 8.5 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pecutan tidak disengajakan dan pepijat perisian.
- 26 Januari - Persidangan Majlis SEAMEO ke-45 diadakan di Cebu, Filipina.
- 25 Januari - Anugerah Hotel Hijau Asean diberikan kepada 155 hotel dari seluruh ASEAN.
- 25 Januari - Ali Hassan al-Majid, digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati.
- 25 Januari - Penipuan Bank Pusat Emiriyah Arab Bersatu berjaya mengeluarkan wang 38 bilion dirham (RM 35 bilion) dari bank pusat tersebut.
- 24 Januari - Persidangan Menteri Pelancongan Asean Ke-13 diadakan Bandar Seri Begawan, Brunei.
- 22 Januari - Sultan Johor dan bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada umur 77 tahun.
- 19 Januari - Komander tentera Hamas Mahmoud al-Mabhouh ditemui mati di Hotel Al Bustan Rotana di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- 15 Januari - Gerhana matahari anulus paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika, Lautan Hindi dan Asia.
- 13 Januari - Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan.
- 12 Januari - Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika, disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli, dipamerkan kepada awam.
- 8 Januari - Beberapa gereja di Malaysia diserang dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian.
- 4 Januari - Burj Khalifa, struktur tertinggi pernah dibina, dibuka kepada awam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- 1 Januari - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat, Wilayah Sempadan Barat Laut, Pakistan.
- 1 Januari - Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.