Bancian Penduduk Indonesia 2010
Bancian Penduduk Indonesia 2010 (bahasa Indonesia: Sensus Penduduk Indonesia 2010, disingkat SP2010) adalah suatu banci yang dilakukan oleh Badan Pusat Statistik (BPS) di Indonesia pada tanggal 1 - 31 Mei 2010. Ini adalah program bancian penduduk ke-6 setelah Indonesia merdeka.[1] Bancian ini menggunakan teknologi intelligent character recognition/optical mark recognition (ICR/OMR).[2] Dalam bancian ini akan diajukan 43 pertanyaan mengenai: keadaan dan kemudahan perumahan dan bangunan tempat tinggal, ciri-ciri rumah tangga dan keterangan individu anggota rumah tangga.[1][3] Hasil pengolahan Angka Sementara akan diumumkan pada pidato kenegaraan Presiden Republik Indonesia pada tanggal 17 Ogos 2010.[2]
Pembiayaan banci ini telah memakan perbelanjaan yang tinggi, sebanyak Rp 3.3 trilion.[3] Bagaimanapun BPS memperhitungkan biaya Bancian Penduduk 2010 hanya sekitar 1.5 dolar AS seorang jika dibandingkan dengan biaya bancian Amerika Syarikat yang mencapai 3 dolar AS seorang.[4] BPS telah mengerahkan 700,000 tenaga pencacah (pembanci).[4] Dalam bancian ini, BPS hanya akan mencacah penduduk yang sudah menetap di dalam negeri (menetap lebih dari 6 bulan; kecuali diplomat asing).[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Statistics Indonesia". Dicapai pada 2010-04-30.
- ^ a b "Statistics Indonesia". Dicapai pada 2010-04-30.
- ^ a b "KOMPAS cetak - Kualitas Sensus Penduduk". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-03. Dicapai pada 2010-05-01.
- ^ a b c "KOMPAS cetak - Biaya Sensus RI Paling Murah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-01. Dicapai pada 2010-04-30.