Annuar Rapaee
Annuar Rapaee | |
---|---|
أنوار رباعى | |
![]() Annuar pada tahun 2022 | |
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | |
Menyandang jawatan 10 Februari 2018 Berkhidmat with Julaihi Narawi, Abdul Karim Rahman Hamzah, Abdul Rahman Junaidi, Gerawat Gala, Roland Sagah, Stephen Rundi Utom | |
Presiden | Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg |
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Sarawak | |
Menyandang jawatan 30 Mac 2021 | |
Canselor | Abdul Taib Mahmud |
Didahului oleh | Wong Soon Koh |
Peranan menteri (Sarawak) | |
2016–2017 | Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri |
2017–2022 | Timbalan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi |
2017–2022 | Timbalan Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam |
2022– | Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak | |
2011–2018 | Barisan Nasional |
2018– | Gabungan Parti Sarawak |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Annuar bin Rapaee 18 November 1963 Kampung Datu Lama, Sibu, Sarawak, Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (2011–2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (sejak 2018) |
Pasangan | Haniza Zainal Abidin |
Anak | 2 |
Tempat belajar | Universiti Malaya (MBBS) Hospital Universiti St James (MMed) Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Kardiologi |
Annuar bin Rapaee (Jawi: أنور بن رباعى; lahir 18 November 1963) ialah seorang pakar kardiologi dan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi N55 Nangka.[1] Beliau merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak terkini.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Annuar memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sibu Bandaran No 3 dari 1970 hingga 1975, kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby dari 1976 hingga 1981. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran pra-universiti di Universiti Malaya (UM) dari 1981 hingga 1983 di matrikulasi di Pusat Asasi Sains.
Annuar kemudiannya mengikuti pengajian tinggi di UM sehingga 1988, apabila beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS). Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikan pascasiswazahnya di St James's University Hospital, Leeds di United Kingdom untuk Sarjana Perubatan (MMed) dalam Perubatan Dalaman. Selepas menamatkan pengajian di UK, beliau kembali ke Malaysia untuk meneruskan amalan perubatan beliau, dan melanjutkan pengajian pascasiswazah kedua dalam Sarjana Lanjutan Kardiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dari 1998 hingga 2001.
Kemudian pada tahun 2004, Annuar ke Jerman untuk menjalani Latihan Pendahuluan Subkepakaran di Deutsches Herzzentrum Berlin. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan MRI jantung dan telah melatih pakar kardiologi lain semasa berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan di Hospital Serdang di Selangor, Malaysia.
Pada 2022, Annuar melanjutkan pelajaran ke peringkat undang-undang. Beliau kini sedang mengikuti pengajian ijazah undang-undang selama tiga tahun dari University of Hertfordshire di United Kingdom melalui pembelajaran dalam talian yang ditawarkan melalui Brickfields Asia College (BAC).
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Kerjaya politik beliau bermula apabila beliau dicalonkan sebagai calon N49 Nangka (2011) untuk menggantikan Dato' Awang Bemee Awang Ali Basah yang tidak berhasrat untuk dicalonkan semula.[2] Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2011, beliau dipilih sebagai ADUN Nangka yang baharu mengalahkan calon PKR Norisham Mohamed Ali oleh majoriti sebanyak 5302 undian.[3]
Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2016, beliau berjaya mempertahankan kerusi N55 Nangka dengan majoriti yang banyak iaitu 7617 undian mengalahkan calon PKR Abdul Raafidin Majidi dan calon STAR Simon Tiong.[4]
Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada 19 Mei 2016, dalam satu majlis yang diadakan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan jawatan sebagai Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi.[5] Pada 7 Mei 2017, selepas berakhirnya Perhimpunan Khas PBB, beliau diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) yang baru diwujudkan dan juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Annuar berkahwin dengan Haniza Zainal Abidin. Pasangan itu mempunyai dua orang anak.[6]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | N55 Nangka | Annuar Rapaee (PBB) | 7,710 | 76.20% | Norisham Mohamed Ali (PKR) | 2,408 | 23.80% | 10,270 | 5,302 | 72.34% | ||
2016 | Annuar Rapaee (PBB) | 9,617 | 77.62% | Abdul Raafidin Majidi (PKR) | 2,000 | 16.14% | 12,613 | 7,617 | 67.79% | |||
Tiong Ing Tung (STAR) | 773 | 6.24% | ||||||||||
2021 | Annuar Rapaee (PBB) | 12,059 | 84.09% | Intanurazean Wan Sapuan Daud (PSB) | 1,255 | 8.75% | 14,555 | 10,804 | 63.03% | |||
Olivia Lim Wen Sia (PBK) | 1,027 | 7.16% |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Sarawak
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) - Datuk (2022)[7]
Johan Bintang Sarawak (2020)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sibu Chinese NGO's give wish list to Dr Annuar. 8 Jun 2012. The Borneo Post
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2017-01-27.
- ^ http://sumandakbayu.blogspot.my/2011/04/10-muka-baru-calon-bn-pbb.html
- ^ http://www.theborneopost.com/2016/05/08/dr-annuar-wins-nangka-with-7617-vote-majority/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-15. Dicapai pada 2017-01-27.
- ^ "DUN Nangka - Biodata ADUN". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2014. Dicapai pada 2015-03-03.
- ^ PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rencana yang mengandungi teks bahasa Melayu (bahasa makro) yang dipetik secara eksplisit
- Kelahiran 1963
- Orang hidup
- Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
- Orang dari Sarawak
- Muslim Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Pakar kardiologi Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19
- Orang Melanau