James Jemut Masing
James Jemut Masing | |
---|---|
Timbalan Ketua Menteri Sarawak II | |
Dalam jawatan 13 Januari 2017 – 31 Oktober 2021 | |
Didahului oleh | Alfred Jabu Numpang |
Digantikan oleh | Awang Tengah Ali Hasan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Baleh | |
Dalam jawatan 1983–2021 | |
Didahului oleh | Peter Gani Kiai |
Presiden Parti Rakyat Sarawak | |
Dalam jawatan 2004–2021 | |
Timbalan | Joseph Salang Gandum |
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak | |
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 31 Oktober 2021 | |
Timbalan | Julaihi Narawi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Baleh, Kapit, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia) | 5 Mac 1949
Mati | 31 Oktober 2021 Pusat Pakar Perubatan Normah, Petra Jaya, Kuching | (umur 72)
Cause of death | Komplikasi jantung |
Tempat semadi | Nirvana Memorial Park, Siniawan, Kuching |
Parti politik | GPS-PRS (2018–2021) BN-PRS (–2018) |
Pasangan | Puan Sri Dato Corrine Masing |
Pertalian | Jantai Masing (adik) |
Anak | 5 |
Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (5 Mac 1949 – 31 Oktober 2021) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari negeri Sarawak. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama-sama dengan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, Douglas Uggah Embas dan Awang Tengah Ali Hasan di bawah Ketua Menteri Adenan Satem sejak Mei 2016 dan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg sejak Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan dalam Kabinet Sarawak sebelum ini. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Baleh, Sarawak.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]James dilahirkan pada 5 Mac 1949, beliau berketurunan etnik Iban dan seorang yang beragama Kristian. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Antropologi dari Universiti Kebangsaan Australia pada tahun 1981. [2]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]James telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama lapan penggal bagi kawasan Baleh sejak 1983 sehingga kematiannya pada tahun 2021. Beliau memulakan karier politiknya apabila menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum menjadi pengasas bersama dan Presiden pertama Parti Rakyat Sarawak (PRS) sejak 2004 sehingga kematiannya pada tahun 2021.[3]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Pada 28 September 2021, James yang telah divaksin dua dos sepenuhnya disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Umum Sarawak (SGH). Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah Sarawak di Kuching di mana beliau kemudiannya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 31 Oktober 2021 pada usia 72 tahun.[4][5] Keputusan ujian saringan COVID-19 lanjut yang dijalankan ke atas badannya juga menunjukkan negatif.[6]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Perwakilan | Undi | Pct | Pencabar | Unding | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1983 | Baleh, Sarawak |
James Jemut Masing (PBDS) | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | ||
N/A (Bebas) | N/A | N/A | ||||||||||
1987 | James Jemut Masing (PBDS) | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A | |||
1991 | James Jemut Masing (PBDS) | 4,183 | 67.15% | Simon Temenggong Sibat (BN) | 1,858 | 29.83% | 6,306 | 2,325 | 71.91% | |||
Ngalambong Limbing (Bebas) | 188 | 3.02% | ||||||||||
1996 | James Jemut Masing (PBDS) | 5,411 | 87.66% | John Pungga (Bebas) | 762 | 12.34% | 6,334 | 4,649 | 65.77% | |||
2001 | James Jemut Masing (PBDS) | 6,378 | 94.29% | Stephen Nyamok Medan (Bebas) | 386 | 5.71% | 6,861 | 5,992 | 70.02% | |||
2006 | James Jemut Masing (PRS) | 5,330 | 90.99% | Lucius Jimbon (SNAP) | 528 | 9.01% | 5,956 | 4,802 | 61.20% | |||
2011 | James Jemut Masing (PRS) | 5,242 | 79.59% | Bendindang Manjah (PKR) | 1,344 | 20.41% | 6,684 | 3,898 | 59.22% | |||
2016 | James Jemut Masing (PRS) | 5,272 | 91.67% | Agop Linsong (DAP) | 479 | 8.33% | 5,820 | 4,793 | 60.47% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah di Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota Malaysia (PSM) – Tan Sri (2011)[8][9]
- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (1998)[8]
- Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) – Datuk Amar (2013)[8][10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Masing Dipilih Semula Presiden PRS[pautan mati kekal]
- ^ "Sarawak Deputy Chief Minister James Masing dies". Bernama. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
- ^ "Joseph Salang taking over PRS' top leadership, Baleh candidacy to be decided at meeting". Dayak Daily. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
- ^ "DCM Masing passes away". Borneo Post. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
- ^ "James Jemut Masing meninggal dunia" [James Jemut Masing passed away]. Astro AWANI. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
- ^ Churchill Edward (31 October 2021). "Report: Masing died of heart complications, latest test negative for Covid-19". The Borneo Post. Dicapai pada 31 October 2021.
- ^ "SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PILIHAN RAYA UMUM". 25 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 21 July 2018.
- ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
- ^ "Masing, Mawan awarded 'Tan Sri' on King's birthday". Sharon Ling. The Star. 5 June 2011. Dicapai pada 23 September 2018.
- ^ "Masing and Uggah now Datuk Amar". The Star. 15 September 2013. Dicapai pada 6 September 2018.