Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Jenis | Perintah |
Dizahirkan | 15 April 1966 |
Negara | Malaysia |
Reben | Jalur biru dan merah ditepi |
Dianugerahkan untuk | Perkhidmatan cemerlang kepada negara |
Status | Masih dikurniakan |
Penganugerah | Yang di-Pertuan Agong |
Gred | Seri Setia Mahkota / Panglima / Johan |
Singkatan darjah | SSM / PSM / JSM |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 1966[1] |
Pelantikan terakhir | 2021 |
Jumlah lantikan | 47 SSM 1,001 PSM 2,587 JSM 20 SSM (Kehormat) 123 PSM (Kehormat) 44 JSM (Kehormat) |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara[2] |
Lebih rendah | Darjah Bakti[2] |
SSM / JSM PSM | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ialah salah satu set darjah kebesaran negara di Malaysia. Ia anugerah kebesaran keempat tertinggi dalam senarai darjah kebesaran persekutuan Malaysia.[perlu rujukan]
Ia dikeluarkan mengikut penetapan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Watikah penganugerahan ditandatangani oleh pendaftar darjah dan menteri darjah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan, sebelum ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.[3]
Darjah ini mempunyai tiga pangkat.[4]
Senarai
Pangkat Pertama - Seri Setia Mahkota
Seri Setia Mahkota (S.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa yang cemerlang kepada negara dengan penuh tanggungjawab dan berpengaruh serta bertaraf tinggi kedudukannya. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tun' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Toh Puan'.[5]
Pangkat Kedua - Panglima Setia Mahkota
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Puan Sri'.[5]
Pangkat Ketiga - Johan Setia Mahkota
Johan Setia Mahkota (J.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada negara. Penerima tidak membawa sebarang gelaran.[5]
Isu dan perkembangan
Menteri Darjah
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Musa Hitam telah dilantik sebagai menteri darjah bagi darjah ini. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk berkhidmat bermula 13 September 2024 dan akan berkhidmat selama tiga tahun, sehingga 12 September 2027.[6]
Rujukan
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-11-13.
- ^ a b "PANDUAN PENCALONAN DKBPP 2018" (PDF). Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-26. Dicapai pada 2018-09-05. (Melayu)
- ^ "Agong perkenan lantik Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah untuk tempoh 3 tahun - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-25. Dicapai pada 2024-09-26.
- ^ "Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan" (PDF).
- ^ a b c faizaljalal (2017-12-05). "Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP)". Faizal Jalal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-26.
- ^ BERNAMA (2024-09-25). "Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) - PMO". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-26.