Kabinet Bayangan Malaysia
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Kabinet Bayangan Malaysia adalah satu ciri umum dalam demokrasi parlimen matang. Ia wujud kerana, dalam teori, kerajaan dapat dengan mudah runtuh dengan kehilangan keyakinan Parlimen. Oleh itu, jika mana-mana kerajaan baharu akan dilantik dengan serta-merta tanpa pemilihan baharu, ia hanya bertanggungjawab dan munasabah bagi mana-mana pihak yang ingin menggantikan kerajaan sedia ada untuk menyediakan barisannya.
Kabinet Bayangan Malaysia yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 2018 selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum buat pertama kalinya.
Perikatan Nasional 2023-kini
[sunting | sunting sumber]Perikatan Nasional telah mewujudkan sistem Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat ke-15 Perikatan Nasional bagi membayangi menteri-menteri Kerajaan Perpaduan mengikut portfolio-portfolio yang ada pada 2 Februari 2023.[1][2][3] Walau bagaimanapun, Setiausaha Agong PN yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Hamzah Zainudin menafikan ia merupakan Kabinet Bayangan.[4][5] Jawatankuasa atau kabinet bayangan ini dikritik kerana kekurangan keterangkuman kerana senarai itu didominasi oleh satu kaum.[6] Bagaimanapun, pada 8 Februari 2024, Hamzah mengumumkan rombakan jawatankuasa dan menambah beberapa portfolio, termasuk ekonomi, digital, peralihan tenaga dan transformasi air, pendidikan tinggi dan wilayah persekutuan. [7][8]
Portfolio | Ahli Dewan Rakyat | Parti | Kawasan | |
---|---|---|---|---|
Pengerusi Perikatan Nasional | Tan Sri Muhyiddin Yassin MP | BERSATU | Pagoh | |
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional | Tan Sri Abdul Hadi Awang MP | PAS | Marang | |
Ketua Pembangkang | Dato' Seri Hamzah Zainudin MP | BERSATU | Larut | |
Ketua Whip | Datuk Seri Takiyuddin Hassan MP | PAS | Kota Bharu | |
Keselamatan Dalam Negeri | ||||
Jabatan Perdana Menteri | Hal Ehwal Agama | Datuk Haji Idris Ahmad MP | PAS | Bagan Serai |
Undang-undang dan Reformasi Institusi | Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh MP | PAS | Besut | |
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak | Datuk Ali Biju MP | BERSATU | Saratok | |
Wilayah Persekutuan | Dato' Azman Nasrudin MP | BERSATU | Padang Serai | |
Sumber Asli dan Kelestarian Alam | Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man MP MLA | PAS | Kubang Kerian | |
Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | Datuk Abdul Khalib Abdullah MP | BERSATU | Rompin | |
Pertanian dan Keterjaminan Makanan | Datuk Seri Ronald Kiandee MP | BERSATU | Beluran | |
Kewangan | Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin MP | BERSATU | Putrajaya | |
Ekonomi | Mohd Syahir Che Sulaiman MP | PAS | Bachok | |
Pendidikan | Dato' Sri Saifuddin Abdullah MP | BERSATU | Indera Mahkota | |
Pengajian Tinggi | Dato' Sri Ahmad Samsuri Mokhtar MP MLA | PAS | Kemaman | |
Kemajuan Desa dan Wilayah | Dato' Seri Shahidan Kassim MP | PAS | Arau | |
Belia dan Sukan | Afnan Hamimi Taib Azamudden MP | PAS | Alor Setar | |
Luar Negeri | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal MP | BERSATU | Machang | |
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | Datuk Rosol Wahid MP | BERSATU | Hulu Terengganu | |
Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi | Datuk Haji Muslimin Yahaya MP | BERSATU | Sungai Besar | |
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat | Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff MP | PAS | Rantau Panjang | |
Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Dato' Sri Dr. Haji Ismail Abdul Muttalib MP | PAS | Maran | |
Pelancongan, Seni dan Budaya | Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin MP | BERSATU | Masjid Tanah | |
Pertahanan | Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz MP | BERSATU | Tanah Merah | |
Sumber Manusia | Datuk Haji Awang Hashim MP | PAS | Pendang | |
Sains, Teknologi dan Innovasi | Datuk Haji Ahmad Amzad Mohd Hashim MP | PAS | Kuala Terengganu | |
Komunikasi | Datuk Wan Saiful Wan Jan MP | BERSATU | Tasek Gelugor | |
Digital | Ahmad Fadhli Shaari MP | PAS | Pasir Mas | |
Kerja Raya | Dato' Mohd Suhaimi Abdullah MP | BERSATU | Langkawi | |
Perpaduan Negara | Dr. Halimah Ali MP | PAS | Kapar | |
Pelaburan, Perdagangan dan Industri | Dato' Wira Ku Abdul Rahman Ku Ismail MP | BERSATU | Kubang Pasu | |
Kesihatan | Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi MP MLA | PAS | Kuala Langat | |
Perladangan dan Komoditi | Bakri Jamaluddin MP | PAS | Tangga Batu | |
Pengangkutan | Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin MP | PAS | Jerantut |
Rombakan kabinet bayangan (8 Februari 2024)
[sunting | sunting sumber]Penyandang | Sebelum | Selepas |
---|---|---|
Mohd Radzi Md Jidin | Kewangan dan Ekonomi | Kewangan |
Abdul Khalib Abdullah | Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | |
Che Mohamad Zulkifly Jusoh | Kerja Raya | Undang-undang dan Reformasi Institusi |
Ali Biju | Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas | Hal Ehwal Sabah dan Sarawak |
Azman Nasrudin | Perladangan dan Komoditi | Wilayah Persekutuan |
Mohd Syahir Che Sulaiman | Ekonomi | |
Mohd Suhaimi Abdullah | Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan | Kerja Raya |
Tuan Ibrahim Tuan Man | Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | Sumber Asli dan Kelestarian Alam |
Ahmad Samsuri Mokhtar | Pengajian Tinggi | |
Mas Ermieyati Samsudin | Undang-undang dan Reformasi Institusi | Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan |
Wan Saiful Wan Jan | Komunikasi dan Digital | Komunikasi |
Saifuddin Abdullah | Pendidikan dan Pengajian Tinggi | Pendidikan |
Afnan Hamimi Taib Azamudden | Belia dan Sukan | |
Bakri Jamaluddin | Perladangan dan Komoditi | |
Ahmad Fadhli Shaari | Belia dan Sukan | Digital |
Parti Tindakan Demokratik 2022-2025
[sunting | sunting sumber]Parti Tindakan Demkratik mengumumkan pembentukan barisan jurucakap rasmi parti dalam kalangan ahli parlimen pada 14 April 2022.[9]
Portfolio | Nama | Parlimen |
---|---|---|
Ketua Parlimen DAP | Nga Kor Ming | Teluk Intan |
Ketua Whip Ahli Parlimen DAP | Alice Lau Kiong Yieng | Lanang |
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara DAP | Wong Kah Woh | Ipoh Timor |
Jurucakap | ||
Jurucakap Kewangan | Tony Pua Kiam Wee | Damansara |
Jurucakap Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Ong Kian Ming | Bangi |
Jurucakap Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | Yeo Bee Yin | Bakri |
Jurucakap Pendidikan | Teo Nie Ching | Kulai |
Jurucakap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Hannah Yeoh Tseow Suan | Segambut |
Jurucakap Sumber Manusia | Kulasegaran Murugeson | Ipoh Barat |
Jurucakap Perusahaan, Perladangan dan Komoditi | Teresa Kok Suh Sim | Seputeh |
Jurucakap Pertahanan | Wong Hon Wai | Bukit Bendera |
Jurucakap Kesihatan | Kelvin Yii Lee Wuen | Bandar Kuching |
Jurucakap Parlimen dan Undang-undang | Ngeh Koo Ham | Beruas |
Pang Hok Liong | Labis | |
Jurucakap Hal Ehwal Sabah | Chan Foong Hin | Kota Kinabalu |
Jurucakap Hal Ehwal Sarawak | Chong Chieng Jen | Stampin |
Jurucakap Hal Ehwal Dalam Negeri | Ramkarpal Singh | Bukit Gelugor |
Sanisvara Nethaji Rayer | Jelutong | |
Jurucakap Alam Sekitar | Wong Tack | Bentong |
Jurucakap Air dan Tenaga | Charles Anthony Santiago | Klang |
Jurucakap Wilayah Persekutuan | Lim Lip Eng | Kepong |
Fong Kui Lun | Bukit Bintang | |
Jurucakap Pengangkutan | Thomas Su Keong Siong | Kampar |
Jurucakap Pertanian dan Industri Makanan | Tengku Zulpuri Shah Raja Puji | Raub |
Wong Ling Biu | Sarikei | |
Jurucakap Kerja Raya | Oscar Ling Chai Yew | Sibu |
Jurucakap Pelancongan, Seni dan Budaya | Khoo Poay Tiong | Kota Melaka |
Jurucakap Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Teh Kok Lim | Taiping |
Jurucakap Belia dan Sukan | Steven Sim Chee Keong | Bukit Bendera |
Jurucakap Luar Negeri | Kasthuriraani Patto | Batu Kawan |
Jurucakap Pelajaran Tinggi | Vivian Wong Shir Yee | Sandakan |
Jurucakap Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | Cha Kee Chin | Rasah |
Jurucakap Pembangunan Luar Bandar | Noorita Sual | Tenom |
Mordi Bimol | Mas Gading | |
Jurucakap Perpaduan Negara | Sivakumar Varatharaju | Batu Gajah |
Jurucakap Komunikasi dan Multimedia | Wong Shu Qi | Kluang |
Parti Keadilan Rakyat 2020-2022
[sunting | sunting sumber]Parti Keadilan Rakyat telah memperkenalkan sistem Jurucakap Parlimen PKR bagi membayangi menteri-menteri Kerajaan Perikatan Nasional mengikut portfolio-portfolio yang ada. Pelantikan itu adalah bagi memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan ahli-ahli Parlimen PKR di samping menonjolkan kekuatan parti itu. Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan ia merupakan Kabinet Bayangan.[10][11]
Barisan Nasional 2018
[sunting | sunting sumber]Barisan Nasional (BN) membentuk Kabinet Bayangan pada 26 September 2018[12] yang menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio[13] (JKP) bagi setiap kementerian dalam kerajaan. Setiap JKP terdiri daripada Pengerusi bersama oleh dua ahli Parlimen BN. Satu-satunya portfolio dari Kabinet Malaysia yang tidak mempunyai rakan sejawatan dalam Kabinet Bayangan ini adalah Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.
Parti Tindakan Demokratik 2015
[sunting | sunting sumber]Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyenaraikan jurucakap DAP bagi Parlimen Malaysia ke-13 pada 19 Mei 2015.[16]
Portfolio | Menteri bayangan | Kawasan | Tempoh |
---|---|---|---|
Pertanian, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar | Ariff Sabri Abdul Aziz | Raub | 2015–2018 |
Hal Ehwal Pengguna | Sim Tong Him | Kota Melaka | 2015–2017 |
Kebudayaan, Pelancongan dan Komunikasi | Anthony Loke Siew Fook | Seremban | 2015–2018 |
Pendidikan, Sains dan Teknologi | Zairil Khir Johari | Bukit Bendera | 2015–2018 |
Wilayah Persekutuan | Tan Kok Wai | Cheras | 2015–2018 |
Kewangan dan Ekonomi | Tony Pua Kiam Wee | Petaling Jaya Utara | 2015–2018 |
Luar Negara dan Pertahanan | Kulasegaran Murugeson | Ipoh Barat | 2015–2018 |
Kesihatan dan Alam Sekitar | Ong Kian Ming | Serdang | 2015–2018 |
Dalam Negeri dan Undang-undang | Gobind Singh Deo | Puchong | 2015–2018 |
Perumahan | Ng Wei Aik | Tanjong | 2015–2018 |
Sumber Manusia | Sivakumar Varatharaju Naidu | Batu Gajah | 2015–2018 |
Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Teresa Kok Suh Sim | Seputeh | 2015–2018 |
Kerajaan Tempatan dan Isu-isu Bandar | Nga Kor Ming | Taiping | 2015–2018 |
Sabah | Jimmy Wong Sze Phin | Kota Kinabalu | 2015–2018 |
Sarawak | Chong Chieng Jen | Bandar Kuching | 2015–2018 |
Pengangkutan dan Kerja Raya | Liew Chin Tong | Kluang | 2015–2018 |
Wanita dan Kebajikan | Teo Nie Ching | Kulai | 2015–2018 |
Belia dan Sukan | Teo Kok Seong | Rasah | 2015–2018 |
Sumber: The Rocket |
Pakatan Rakyat 2009
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Julai 2009, Pakatan Rakyat mengumumkan senarai anggota Parlimen yang akan membayangi kementerian secara persendirian. Ahli Parlimen DAP,Tony Pua menyatakan bahawa jawatankuasa parlimen ini bukan kabinet bayangan, memandangkan Parlimen Malaysia tidak mengiktiraf institusi kabinet bayangan.[17]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ HUSAIN, NURUL HUDA (2023-02-02). "PN lancar kabinet bayangan". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-02-08.
- ^ "PN lancar Kabinet bayangan". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-08.
- ^ "PN unveils shadow Cabinet". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-02. Dicapai pada 2023-05-03.
- ^ "Jawatankuasa portfolio bukan kabinet bayangan PN, kata Hamzah". Malaysiakini. 2023-02-12. Dicapai pada 2024-02-08.
- ^ "PN 'portfolio committees' not shadow cabinet, Hamzah clarifies". Malaysiakini. 2023-02-12. Dicapai pada 2023-05-03.
- ^ "Ex-DAP MP: PN's shadow cabinet dominated by one race, lacks inclusivity". Malaysiakini. 2023-02-03. Dicapai pada 2023-05-03.
- ^ "PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan". Sinar Harian. 2024-02-08. Dicapai pada 2024-02-09.
- ^ "Hamzah announces PN 'shadow cabinet', hints at Muhyiddin being PM pick". New Straits Times. 2024-02-08. Dicapai pada 2024-02-09.
- ^ SYAZIE, KIM (2022-04-14). "DAP umum senarai jawatankuasa penuh bagi penggal 2022-2025". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-26.
- ^ https://keadilanrakyat.org/index.php/jurucakap-parlimen-keadilan/
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/90591/BERITA/Politik/Senarai-Jurucakap-Parlimen-bukan-Kabinet-bayangan-kata-PKR
- ^ "BN membentuk Kabinet Bayangan, yang pertama dalam sejarah Malaysia". Borneo Post. 26 September 2018. Dicapai pada 26 September 2018.
- ^ Aswad, Mohd. Noor (2018-09-26). "Annuar Musa mendedahkan kabinet bayangan BN". New Straits Times. Dicapai pada 2018-09-26. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ https://www.themalaysianinsight.com/index.php/bahasa/s/118085
- ^ Lee, Stephanie (2018-10-11). "Labuan MP quits Umno to join Warisan". The Star. Dicapai pada 2018-10-11.
- ^ "DAP MPs portfolios". The Rocket (dalam bahasa Inggeris). 2015-05-19. Dicapai pada 2018-09-26.
- ^ Pathmawathy, S (2009-07-02). "Pakatan forms 'cabinet' committees". Malaysiakini. Dicapai pada 2009-07-02.