Curtiss-Wright XF-87 Blackhawk
XF-87 Blackhawk | |
---|---|
Peranan | Interceptor |
Pengeluar | Curtiss-Wright |
Penerbangan sulung | 5 Mach 1948 |
Status | Dibatalkan pada 10 Oktober 1948 |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 2 |
Kos program | US$11.3 Juta [1] |
Curtiss-Wright XF-87 Blackhawk (sebelum ini dinamakan XP-87 ) ialah prototaip jet pejuang pemintas pelbagai cuaca buatan Amerika dan projek pesawat terakhir syarikat Curtis. [2] Ia direka bentuk sebagai pengganti kepada pesawat malam/pemintas P-61 Black Widow dipacu kipas era Perang Dunia II, XF-87 kalah dalam pertandingan perolehan kontrak kerajaan kepada Northrop F-89 Scorpion . Kehilangan kontrak itu telah menyebabkan syarikat; Perbadanan Curtiss-Wright jatuh dan terpaksa menutup bahagian penerbangannya serta menjual asetnya kepada Penerbangan Amerika Utara .
Reka bentuk dan pembangunan
[sunting | sunting sumber]Pesawat ini dimulakan sebagai sebuah projek untuk pesawat serangan, yang dinamakan XA-43 . Apabila Tentera Udara Tentera Amerika Syarikat mengeluarkan spesifikasi untuk pesawat pejuang pelbagai cuaca berkuasa jet pada tahun 1945, reka bentuknya telah diolah semula untuk memenuhi permintaan itu.
XP-87 ialah pesawat sayap tengah yang besar dengan empat enjin yang dipasangkan dalam pod bawah sayap. Sayap belakangnya dipasangkan pada bahagiantengah ekor. Sistem pendaratannya pula dipasang dengan tida roda . Dua anak kapal (juruterbang dan pengendali radar) duduk bersebelahan di bawah satu kanopi . Persenjataan berupa turet berkuasa boleh dipasang pada muncung yang menempatkan empat buah meriam 20 mm (0.79 Inci), tetapi senjata ini tidak pernah dipasang pada prototaip. Sebaliknya pesawat itu bersenjatakan empat meriam 20mm tembakan ke hadapan tetap. [3]
Sejarah operasi
[sunting | sunting sumber]Penerbangan pertama XF-87 Blackhawk adalah pada 5 Mac 1948. [4] Walaupun kelajuan maksimun adalah lebih perlahan daripada yang dijangkakan, pesawat itu sebaliknya boleh diterima, dan Tentera Udara Amerika Syarikat yang baru dibentuk (pada September 1947) telah membuat tempahan untuk 57 buah pesawat pejuang F-87A dan 30 buah pesawat peninjau RF-87A hanya lebih sebulan kemudian. Oleh kerana masalah prestasi adalah disebabkan oleh kekurangan kuasa, empat enjin Westinghouse XJ34-WE-7 turbojet daripada prototaip telah digantikan dengan dua enjin jet General Electric J47 dalam model yang dikeluarkan. Salah satu daripada dua prototaip XF-87 telah diubah suai sebagai tempat ujian untuk enjin baharu.
Pada ketika ini, USAF memutuskan bahawa Northrop F-89 Scorpion adalah pesawat yang lebih berpotensi. Kontrak F-87 telah dibatalkan pada 10 Oktober 1948, dan kedua-dua prototaip telah dibatalkan.
Varian
[sunting | sunting sumber]- XP-87
- Penerbangan pertama ialah 5 Mac 1948
- XF-87
- XP-87 yang dinamakan semula
- F-87A
- Versi pejuang pengeluaran (dibatalkan)
- RF-87A
- Varian peninjauan (dibatalkan)
Spesifikasi (XF-87 No.1)
[sunting | sunting sumber]Data dari Curtiss Aircraft 1907–1947[5]
Ciri-ciri umum
- Krew: 2
- Panjang: 62 ka 10 in (19.15 m)
- Rentang sayap: 60 ka 0 in (18.29 m)
- Tinggi: 20 ka 0 in (6.10 m)
- Luas sayap: 600 ka2 (56 m2)
- Berat kosong: 25,930 lb (11,762 kg)
- Berat kasar: 49,900 lb (22,634 kg)
- Janakuasa: 4 × Westinghouse XJ34-WE-7 enjin turbojet, 3,000 lbf (13 kN) tujahan setiap enjin
Prestasi
- Halaju maksimum: 600 mph (970 km/j, 520 kn) pada aras laut
- Jarak: 1,000 bt (1,600 km, 870 nmi)
- Had khidmat: 41,000 ka (12,000 m)
- Masa ke altitud: 35,000 ka (11,000 m) dalam 13 minit 48 saat
Persenjataan
- Meriam: 4 × meriam Hispano-Suiza HS.404|20 mm (0.787 in) AN/M2 pada muncung
Pesawat setanding
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Knaack 1978, p. 315.
- ^ Winchester 2005, pp. 72–73.
- ^ Bowers, Curtiss Aircraft, pp.509-510
- ^ Associated Press, "Four-Jet Fighter, Weighing as Much As B-17, Tested", San Bernardino Daily Sun, San Bernardino, California, Tuesday 2 March 1948, Volume LIV, Number 158, page 1.
- ^ Bowers, Peter M. (1979). Curtiss aircraft, 1907-1947. London: Putnam. m/s. 508–510. ISBN 0370100298.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Angelucci, Enzo and Peter Bowers. The American Fighter: The Definitive Guide To American Fighter Aircraft From 1917 To The Present. New York: Orion Books, 1987. ISBN 0-517-56588-9.
- Bowers, Peter M. Curtiss Aircraft 1907–1947. London: Putnam, 1979. ISBN 0-370-10029-8.
- Buttler, Tony. American Secret Projects: Fighters & Interceptors 1945–1978. Hinckley, UK: Midland Publishing, 2008, First edition, 2007. ISBN 978-1-85780-264-1.
- Jenkins, Dennis R. and Tony R. Landis. Experimental & Prototype U.S. Air Force Jet Fighters. North Branch, Minnesota, USA: Specialty Press, 2008. ISBN 978-1-58007-111-6.
- Green, William and Gordon Swanborough. The Great Book Of Fighters: An encyclopedia of every fighter aircraft built and flown. Osceola, WI, USA: MBI Publishing Company, 2001. ISBN 0-7603-1194-3.
- Knaack, Marcelle Size. Encyclopedia of US Air Force Aircraft and Missile Systems: Volume 1 Post-World War II Fighters 1945–1973. Washington, DC: Office of Air Force History, 1978. ISBN 0-912799-59-5.
- Pace, Steve. X-Fighters: USAF Experimental and Prototype Fighters, XP-59 to YF-23. St. Paul, Minnesota, USA: Motorbooks International, 1991. ISBN 0-87938-540-5.
- Winchester, Jim. Concept Aircraft: Prototypes, X-Planes and Experimental Aircraft. Rochester, Kent, UK: Grange books plc, 2005. ISBN 1-84013-809-2.