Pergi ke kandungan

Pesawat pemintas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MiG-25 'Foxbat' merupakan sebuah pesawat pemintas yang menjadi tulang belakang pertahanan udara Soviet.

Pesawat pemintas (atau pemintas) merupakan sejenis pesawat pejuang yang direka khas untuk memintas dan memusnahkan pesawat musuh, terutamanya pesawat pengebom, biasanya bergantung pada kelajuan yang tinggi. Beberapa buah pesawat jenis ini telah dibina sebelum meletus Perang Dunia II dan tamat pada penghujung 1960-an, apabila pesawat jenis ini menjadi kurang penting disebabkan perubahan penggunaan peranan pengeboman strategik kepada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis pesawat pemintas, menekankan aspek-aspek keupayaan yang berbeza. Pemintas pertahanan titik merupakan jenis pertama, direka untuk berlepas dan sepantas mungkin ke altitud pesawat musuh. Ia menjadi keperluan di zaman jarak jangkauan radar yang terhad, yang bermakna pihak yang bertahan mempunyai masa amaran yang singkat sebelum menyerang musuh. Pemintas pertahanan kawasan pula merupakan pesawat yang mempunyai rekabentuk yang besar yang bertujuan untuk mempertahankan kawasan yang lebih besar dari diserang. Keperluan pesawat ini hanya penting semasa Perang Dingin, apabila Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet perlu mempertahankan kawasan daratan yang luas.

Kedua-dua jenis ini mengorbankan keupayaan peranan sebagai sebuah pesawat penguasaan udara (iaitu bertempur dengan pesawat pejuang musuh) dengan menukar keupayaan mereka sama ada untuk kepantasan mendaki atau berkelajuan tinggi. Sebagai keputusannya, di atas kertas sebuah pesawat pemintas kerap kali kelihatan mengagumkan, akan tetapi ia cenderung untuk beraksi lemah dalam pertempuran menentang pesawat-pesawat yang memiliki rekabentuk "kurang berupaya" disebabkan pergerakannya yang terhad.

Pada 1970-an, penggunaan pesawat pemintas menjadi berkurangan apabila peranannya di kaburkan oleh pesawat penguasaan udara yang mendominasi pemikiran ketenteraan pada masa itu. Sebagai tambahan, pertikaian mengenai perubahan ancaman terbesar pada masa itu - senjata nuklear yang dibawa oleh pesawat pengebom telah dialihkan pada pelbagai sistem peluru berpandu - meninggalkan pesawat pemintas tanpa sasaran utamanya. Pada hari ini, misi-misi pemintasan dilakukan oleh pesawat pejuang barisan hadapan; sebagai contoh, Tentera Udara Amerika Syarikat meletakan pertahanan pada pesawat F-15 Eagle dan F-16 Fighting Falcon. Pengecualian diberikan kepada Soviet, yang mana masih mengekalkan sejumlah pesawat pemintas khusus bagi menyediakan perlindungan ke atas garisan pantainya yang luas, dan mungkin juga UK, yang memperkenalkan penggunaan pesawat ubahsuai Panavia Tornado pada 1980-an dan terus menggunakannya sementara menunggu kedatangan pesawat Eurofighter Typhoon pada 2005. Eurofighter Typhoon kini mengantikan peranan sebagai pesawat pemintas dan Tornado kini digunakan sebagai pesawat penyerang dan penguasaan udara.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]