Curtiss XP-10
XP-10 | |
---|---|
Satu-satunya pesawat Curtiss XP-10 (s/n 28-387) | |
Peranan | Pesawat pejuang sayap berkembar |
Pengeluar | Curtiss Aeroplane and Motor Company |
Dibersarakan | 1928 |
Status | Dibatalkan |
Pengguna utama | Kor Udara Tentera Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | Satu |
Curtiss XP-10 ialah pesawat pejuang sayap berkembar (biplane) eksperimental buatan Amerika yang dibangunkan oleh syarikat Curtiss dan diuji oleh Kor Udara Tentera Amerika Syarikat, tetapi akhirnya ditolak kerana prestasi yang mengecewakan dan masalah besar pada sistem penyejukan.
Reka bentuk dan pembangunan
[sunting | sunting sumber]Pesawat ini telah ditempah pada 18 Jun 1928 dengan bertujuan untuk menghasilkan pesawat yang pantas dan cukup lincah bagi memenangi pertarungan udara (dogfight). Pesawat XP-10 menggunakan sayap camar pada bahagian atas yang bercantum pada fiuslaj; ini memberikan medan penglihatan yang lebih baik kepada juruterbang berbanding konfigurasi pesawat biplane tradisional. Secara kebetulan, ini juga membolehkan sayap dan fiuslaj bertemu pada sudut optimum untuk meminimumkan daya seretan . [1] Sayapnya dilitupi dengan papan lapis (bukan didopkan menggunakan kain, seperti yang digunakan dalam Perang Dunia I ), dan fiuslaj adalah keluli tiub yang dibalut fabrik.
XP-10 menggunakan enjin Curtiss V-1570-15 V12 berkuasa 600 hp (447 kW) yang disejukkan dengan air. Untuk mengatasi daya seretan radiator (isu yang agak serius sebelum etilena glikol diperkenalkan), Curtiss memasangkannya pada sayap atas. Ia diperbuat daripada kepingan loyang beralun di mana air penyejuk dialirkan. Walaupun cerdik, ciri ini juga mendatangkan masalah teknikal dan mekanikal, terutamanya terdedah kepada tembakan musuh semasa pertempuran.
Sejarah operasi
[sunting | sunting sumber]Pesawat ini telah diserahkan kepada Kor Udara Tentera Darat pada Ogos 1928. XP-10 pertama kali terbang pada bulan September. Walaupun kebolehgerakannya sangat baik, di mana ia terbukti lebih baik berbanding pesawat Curtiss Hawk semasa ujian, tetapi masalah berterusan dengan penyejukan dan paip radiator permukaan menyebabkan XP-10 diketepikan.
Operator
[sunting | sunting sumber]- Kor Udara Tentera Amerika Syarikat
Spesifikasi (XP-10)
[sunting | sunting sumber]Data dari Curtiss Aircraft 1907–1947,[2] U.S.Fighters[3]
Ciri-ciri umum
- Krew: 1
- Panjang: 23 ka 3 in (7.09 m)
- Rentang sayap: 33 ka (10 m)
- Tinggi: 8 ka 8 in (2.64 m)
- Luas sayap: 270 ka2 (25 m2)
- Berat kosong: 3,040 lb (1,379 kg)
- Berat kasar: 3,975 lb (1,803 kg)
- Janakuasa: 1 × Curtiss V-1570-15 Conqueror V-12 water-cooled piston engine, 600 hp (450 kW)
- Bebaling: 2-bilah fixed-pitch propeller
Prestasi
- Halaju maksimum: 191 mph (307 km/j, 166 kn) at sea level
- 215 mph (187 kn; 346 km/j)
- Jarak: 461 bt (742 km, 401 nmi)
- Had khidmat: 26,500 ka (8,100 m)
- Kadar mendaki: 1,940 ft/min (9.9 m/s)
Persenjataan
- Meriam: none installed (one 0.300 in (7.62 mm) and one 0.500 in (12.70 mm) machine guns planned
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Green 1973, p. 188.
- ^ Bowers, Peter M. (1979). Curtiss aircraft, 1907-1947. London: Putnam. m/s. 221. ISBN 0370100298.
- ^ Dorr and Bishop 1990, p. 41.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Dorr, Robert F. and David Donald. Fighters of the United States Air Force. London: Temple, 1990. ISBN 0-600-55094-X.
- Green, William. War Planes of the Second World War, Fighters. Volume Four. Garden City, NY: Doubleday & Company, 1973.
- Jones, Lloyd S. U.S. Fighters: 1925-1980s. Fallbrook, California: Aero Publishers, Inc., 1975. ISBN 0-8168-9200-8.