Pergi ke kandungan

Lee Chean Chung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Chean Chung
AP
李健聪
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Petaling Jaya, Selangor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Maria Chin Abdullah
Majoriti50,575 (PRU-15)
Pengarah Komunikasi PKR
PresidenAnwar Ibrahim
Menyandang jawatan
2022
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Semambu
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 14 Oktober 2022
Didahului oleh Pang Tsu Ming
Digantikan oleh Chan Chun Kuang
Majoriti5,511 (PRU-14)
3,200 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1981-04-11) 11 April 1981 (umur 43)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Anak3
Tempat belajarMultimedia University
Malaysia University of Science and Technology (MUST)
National University of Singapore
PekerjaanAhli Politik
Laman webChean Chung's Blog [1]

Yang Berhormat Tuan Lee Chean Chung [1](Cina ringkas: 李健聪Cina tradisional: 李健聰pinyin: Lǐ Jiàn Cōng) (lahir 11 April 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di peringkat parti beliau ialah Pengarah Komunikasi PKR, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua PKR Indera Mahkota.

Sebelum itu, beliau pernah menjawat beberapa jawatan di dalam KEADILAN, termasuklah Bendahari Agung KEADILAN (2018 - 2022), Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (2014 - 2018), dan Naib Ketua AMK PJ Utara (2008 - 2012). Malah, beliau turut berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Pejabat Ketua Pembangkang (2008-2011). Selain pengalaman politik di dalam KEADILAN, beliau pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Kuantan pada 2019.

Kehidupan Awal dan Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuantan, Pahang, Malaysia di mana beliau menuntut pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, Kuantan. Dalam perjalanan akademiknya, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (pengkhususan Komputer) dari Universiti Multimedia (MMU). Beliau kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengangkutan dan Logistik di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) [2], serta Ijazah Pentadbiran Awam di Lee Kuan Yew School of Public Policy, di National University of Singapore. Beliau juga diiktirafkan sebagai Dong Fang Scholar oleh Peking University, China.

Kerjaya Awal

[sunting | sunting sumber]

Sebelum menceburi bidang politik, Lee bekerja di syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Pasca 308, Chean Chung bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Unit Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) selepas pilihan raya umum 2008. Unit beliau menyediakan sokongan penyelidikan strategik dan menganjurkan mesyuarat perundingan bagi 30 Ahli Parlimen.

Lee aktif dalam gerakan alam sekitar dan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Awam (PR) di Stop Lynas Coalition (SLC) serta Ketua Publisiti untuk Himpunan Hijau 2.0 pada tahun 2011 semasa gerakan menentang Lynas, kilang pemprosesan nadir bumi terbesar di dunia ketika itu dibina bersebelahan Kuantan.

Beliau juga mempunyai pengalaman penyelidikan dalam beberapa bidang. Tesis yang ditulis beliau bertajuk "Sistem Penghantaran Teksi GPS Berdasarkan Algoritma A* Laluan Terpendek" telah dipetik dalam beberapa artikel jurnal. Pada Tahun 2019, beliau menerbitkan bersama sebuah kertas kerja tentang "Insituti untuk Kelestarian: Penetap Tidak Formal" di GSP Conference 2019: Urban Posibilities: Reimagining Philippines. Beliau juga merupakan pengarang bersama buku termasuk "Jiwa Merdeka" dan "Green Political Reform" (绿色政改), serta penyumbang kepada The Edge, Malaysiakini dan Oriental Daily.

Aktif dalam penglibatan dan latihan antarabangsa, Lee dianugerahkan Alumni Terunggul Program Konrad Adenauer Stiftung untuk Politikus Muda (KASYP) pada tahun 2019. Beliau juga merupakan ahli Rangkaian Antarabangsa Adenauer, Rakan Profesional Inisiatif Kepimpinan Muda untuk Asia Tenggara (YSEALI) dan Majlis Pemimpin Politik Muda Amerika (ACYPL), serta graduan Kursus Penasihat Politik, Sekolah Tinggi Kerajaan (Universiti Sydney).

Beliau juga dijemput untuk bercakap di Akademi Kepimpinan Belia Generation Democracy (2017), Sidang Demokrasi Copenhagen (2020) serta mendapat jemputan dari Institut Denmark untuk Parti dan Demokrasi (DIPD) (2020).

Kerjaya Politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (2013-2022)

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya negeri Pahang 2013, Lee dicalonkan oleh partinya untuk bertanding bagi kerusi negeri Semambu (N13). Beliau menang dengan majoriti 3,200 undi dan dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Pahang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu untuk penggal pertama. Beliau mengalahkan Datuk Pang Tsu Ming, penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) dan Moh Shukri Moh Ramli, seorang calon bebas.

Dalam pilihan raya negeri Pahang 2018, beliau dicalonkan semula oleh partinya untuk mempertahankan kerusi Semambu dan sekali lagi menang. Lee dilantik semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu untuk penggal kedua. Beliau mengalahkan calon-calon BN dan Gagasan Sejahtera (GS) dengan 5,511 undi majoriti.

Digantung dari DUN
[sunting | sunting sumber]

Beliau digantung dari menghadiri persidangan DUN Pahang untuk dua sesi kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu" pada November tahun 2013.Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Ishak Mohamad membuat keputusan itu setelah beliau enggan menarik balik dakwaan itu.[3] .Oleh itu beliau tidak dijemput menghadiri Sambutan Hari Merdeka ke-57 peringkat negeri Pahang.[4]

Pada 20 Nov 2013, menjawab soalan Lee Chean Chung ; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa 2,600 penjenayah berat telah dibebaskan akibat pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) sebagaimana tuntutan parti pembangkang. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 masih dalam siasatan polis. Usaha pihak polis sepatutnya dihargai , bukan ditohmah.[5]

Ahli Parlimen Petaling Jaya (2022 - kini)

[sunting | sunting sumber]

Lee berpindah ke politik persekutuan dengan bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia yang berlangsung pada November 2022. Beliau dicalonkan oleh partinya (PKR) untuk bertanding bagi kerusi Petaling Jaya dan menang. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya dan mengalahkan lima calon dengan 50,575 undi majoriti, termasuk empat calon dari Perikatan Nasional (PN), BN, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pahang
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Undi Buang Majoriti
2013 P28 - N13

Semambu

Lee Chean Chung 14,753 27,191 3200
2018 P28 - N13

Semambu

Lee Chean Chung 14,991 31,794 5511

Parlimen Malaysia

Tahun Kawasan Kerajaan Undi Undi Buang Majoriti
2022 P105

Petaling Jaya

Lee Chean Chung 83,311 145,862 50,575
  1. ^ "Lee Chean Chung Biodata". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-20. Dicapai pada 2014-02-21.
  2. ^ "Why university? The delusion and substance of university life by Lee Chean Chung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-27. Dicapai pada 2014-02-21.
  3. ^ ADUN Semambu digantung daripada hadiri sidang DUN
  4. ^ ADUN PKR dilarang hadiri sambutan merdeka
  5. ^ "Pemansuhan ISA, EO tingkatkan jenayah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 2014-08-29.