Azman Nasrudin
Azman Nasrudin DSSS, PJK (Kedah) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Serai, Kedah | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Karupaiya Mutusami |
Majoriti | 16,260 (PRU-15) |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 20 Mei 2020 – 12 Ogos 2023 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Lunas | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Razhi Salleh |
Digantikan oleh | Khairul Anuar Ramli |
Majoriti | |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020 | |
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020 | |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020 | |
Pengerusi Jawatankuasa Industri Utama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2018 – 20 Mei 2020 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang | 11 April 1972
Parti politik | PKR (hingga 2020) Bebas (2020) BERSATU (sejak 2020) |
Pasangan | Siti Hajar Abdullah |
Anak | 5 |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia (BA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Guru |
Yang Berhormat Dato' Azman Nasrudin (lahir 11 April 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Azman bin Nasrudin dilahirkan pada 11 April 1972 di Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Agama Al-Mashoor dan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar (STAR Alor Setar). Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bagi sijil Diplomanya. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) (Sejarah dan Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia (USM).[2]
Kerjaya perguruan
[sunting | sunting sumber]Azman berkhidmat sebagai guru sekolah selama 22 tahun.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Lunas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 21,670 dengan majoriti 9,084 daripada 40,498 orang pengundi.[3]
Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Lunas. lalu menang dengan undian sebanyak 23,904 dengan majoriti 13,813 daripada 50,336 orang pengundi.[3]
Ketika kemelut politik Malaysia pada awal tahun 2020, terdapat khabar angin bahawa beliau telah keluar daripada PKR selepas pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[4]
Pada 12 Mei, beliau bersama ADUN Sidam iaitu Dr Robert Ling Kui Ee telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[5] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[6] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[7] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.[8][9]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Padang Serai | Azman Nasrudin | PN (BERSATU) | 51,637 | Sofee Razak | PH (PKR) | 35,377 | 16,260 |
Sivarraajh Chandran | 2,983 | |||||||
Ananda Ak | BEBAS (KUDA) | 846 | ||||||
Hamzah Abd Rahman | GTA (PUTRA) | 424 | ||||||
Mohd Bakhri Hashim | WARISAN | 149 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Lunas | Azman Nasrudin | PH (PKR) | 23,904 | Ahmad Taufiq Baharum | PAS | 10,091 | 13,813 |
M. Thuraisingam | BN (MIC) | 7,489 | ||||||
2013 | Azman Nasrudin | PKR | 21,670 | Ananthan Somasundaram | BN (MIC) | 12,586 | 9,084 | |
R. Vasanthi | BEBAS | 406 | ||||||
Preba | KITA | 71 |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Azman telah berkahwin dengan Siti Hajar Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak.
Azman yang diuji positif COVID-19 setelah pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah, turut menjangkiti isterinya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Janggus, Penaga, mengakibatkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari dan menjadi punca penyebaran koronavirus di kawasan tersebut[10][11][12].
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Kedah
- Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) - Dato' (2022)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Adie Suri Zulkefli; Embun Majid; Suzalina Halid (22 Mei 2018). "Amiruddin ketuai EXCO Kedah angkat sumpah jawatan". BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ "AZMAN NASRUDIN". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ a b "N34 Lunas: P17 - PADANG SERAI". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ Roslinda Hashim (2 Mac 2020). "Keluar PKR hanya spekulasi: Exco Kedah". Sinar Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ "2 Adun PKR keluar parti, Kedah jatuh ke tangan PN". Malaysiakini.com. 12 Mei 2020. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "PN Kedah miliki majoriti mudah bentuk kerajaan baharu". BH Online. Foto oleh Amran Hami. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin". myMetro. Foto oleh NSTP. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ M Hifzuddin Ikhsan; Noorazura Abdul Rahman (20 Mei 2020). "10 EXCO Kedah angkat sumpah". BH Online. Foto oleh BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
- ^ Abd Hadi Che Awang (20 Mei 2020). "10 Exco Kedah dilantik, tampilkan 4 muka baharu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/10/02/kedah-exco-member-azman-nasrudin-tests-positive-for-covid-19
- ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2020/10/628800/teacher-down-covid-19-sk-permatang-janggus-close-8-days
- ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626188/guru-positif-covid-19-sk-permatang-janggus-ditutup-metrotv
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1971
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-13
- Kelahiran 1972
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Orang dari Pulau Pinang