Pergi ke kandungan

Hospital Jelebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Jelebu
Kerajaan
Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
Organisasi
PembiayaanHospital awam
JenisHospital daerah
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Sejarah
Dibuka1894 (sebagai sonatorium tuberkulosis)
1971 (sebagai hospital daerah tanpa pakar)
Perangkaan
Katil76
Pautan luar
Tapak sesawangLaman Web Rasmi Hospital Jelebu
Portal perubatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hospital Jelebu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di bandar Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Hospital ini mempunyai beberapa blok bangunan termasuk asrama jururawat.

Hospital ini terletak 1 km dari bandar Kuala Klawang menuju ke arah pekan Titi dan 40 km dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan di Seremban.

Hospital Jelebu mula beroperasi sejak tahun 1894 dan dikenali sebagai Sonatorium Tuberkulosis. Pada tahun 1971 telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan menjadikan Hospital Jelebu sebagai Hospital Daerah Tanpa Pakar dengan mempunyai 76 katil dan hanya mempunyai wad kelas 2 dan wad kelas 3 sahaja. Perkhidmatan Doktor Pakar hadir atas lawatan dari Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Sejak April 2016 melalui konsep Hospital Kluster, kualiti perkhidmatan kepakaran di Hospital Jelebu dipertingkatkan demi memastikan masyarakat daerah Jelebu berpeluang menerima rawatan setanding dengan penduduk di bandar lain di Negeri Sembilan.

Pada 2021, hospital ini telah menjadi hospital hibrid iaitu merawat pesakit bukan COVID-19 dan pesakit COVID-19[1] yang berfungsi bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Tampin yang hampir mencapai tahap maksimum[2].

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Hospital Jempol terima pesakit sekitar Negeri Sembilan dan Bera, Pahang Amir Abd Hamid". HMetro. Ogos 11, 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022. line feed character in |title= at position 72 (bantuan)
  2. ^ "Hospital Jelebu dan Hospital Jempol sebagai hospital hibrid COVID-19". Berita RTM. Mei 26, 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.