Pergi ke kandungan

Sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Historia (Allegory of History)
Oleh Nikolaos Gysis (1892)
The Historian
Oleh E. Irving Couse (1902)
Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.[1]

George Santayana

Sejarah (Jawi: سجاره) atau tawarikh (Jawi: تواريخ) bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui perkara penyiasatan"[2] Ia adalah penemuan, ajaja, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa kini atau sekarang.Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa.[3][4] Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif" pada masalah masakini.[3][5][6][7] Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi King Arthur) biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah.[8][9] Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Yunani abad kelima SM Herodotus dianggap sebagai "bapa sejarah", dan, bersama-sama dengan ahli sezamannya Thucydides, membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah mewujudkan banyak interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang bertema. Sejarah selalunya diajar sebagai sebahagian daripada pendidikan rendah dan menengah, dan kajian akademik sejarah sebagai disiplin utama di dalam pembelajaran universiti.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Sejarah" serapan Arab: شَجَرَة, rumi: syajarah bentuk muanas kata شَجْر syajr "pokok".[10]

"Tawarikh" serapan Arab: تَوَارِيخ, rumi: tawārīkh bentuk jamak kata تَارِيخ tarīkh.[11]

Sejarah menurut pandangan sejarawan

[sunting | sunting sumber]

“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”. - Herodotus[12]

“Suatu prose interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau”. - E.H. Carr[13]

“Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu”. - Ibn Khaldun[14]

Kaedah pengkajian sejarah

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ George Santayana, "The Life of Reason", Volume One, p. 82, BiblioLife, ISBN 978-0-559-47806-2
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JosephJanda
  3. ^ a b Professor Richard J. Evans (2001). "The Two Faces of E.H. Carr". History in Focus, Issue 2: What is History?. University of London. Dicapai pada 10 November 2008.
  4. ^ Professor Alun Munslow (2001). "What History Is". History in Focus, Issue 2: What is History?. University of London. Dicapai pada 10 November 2008.
  5. ^ Tosh, John (2006). The Pursuit of History (ed. 4th). Pearson Education Limited. ISBN 1-4058-2351-8.p 52
  6. ^ Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.), penyunting (2000). "Introduction". Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives. New York & London: New York University Press. m/s. 6. ISBN 0-8147-8141-1.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  7. ^ Nash l, Gary B. (2000). "The "Convergence" Paradigm in Studying Early American History in Schools". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.) (penyunting). Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives. New York & London: New York University Press. m/s. 102–115. ISBN 0-8147-8141-1.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  8. ^ Seixas, Peter (2000). "Schweigen! die Kinder!". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.) (penyunting). Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives. New York & London: New York University Press. m/s. 24. ISBN 0-8147-8141-1.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  9. ^ Lowenthal, David (2000). "Dilemmas and Delights of Learning History". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.) (penyunting). Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives. New York & London: New York University Press. m/s. 63. ISBN 0-8147-8141-1.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  10. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 196. ISBN 967-65-7321-3.
  11. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005), m/s. 9
  12. ^ R.Sunthralingam,Pensejarahan Barat, 1993, hlm, 9-10
  13. ^ Ab.Rahman Haji Ismail (penterjemah), Apakah Sejarah?, 1998, hlm.8
  14. ^ Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, 1986. hlm. 143