Pergi ke kandungan

Kerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerang
کرڠ
Kulit kerang
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Cardiidae
Genus

Acanthocardia
Americardia
Cardium
Cerastoderma
Clinocardium
Corculum
Ctenocardia
Dinocardium
Discors
Fragum
Fulvia
Laevicardium
Lophocardiium
Lyrocardium
Lunulicardia
Microcardium
Nemocardium
Papyridea
Parvicardium
Plagiocardium
Ringicardium
Trachycardium
Trigoniocardia
Serripes

Kerang (Jawi: کرڠ) merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Guni-guni berisi kerang

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.


Hidupan ini hidup di kawasan pantai berlumpur kerana ia sesuai dengan sifatnya dan mudah untuk membiak.

Beberapa lokasi pantai di Selangor dikenalpasti sebagai habitat kerang seperti Pantai Kuala Selangor, Pantai Remis, Pantai Sekinchan, Pantai Sekendi, Pantai Kg Banting, Pantai BNO (Tebuk Jawa - Teluk Ru) dan Pantai Sg Lang.

Siput mempunyai cengkerang yang berfungsi melindungi dirinya dan sebagai tempat tinggal. Cengkerang ini juga mempunyai bermacam saiz dan warna.

Memang banyak menu masakan kerang dan ia terpulang kepada penggemarnya. Jika ia direbus sahaja, sudah pasti perlu ada sambal kicap untuk dimakan bersama.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]