Saga Artakusiad
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan buku rencana Wikipedia. (Jun 2023) |
Saga Artakusiad | |
---|---|
Pencipta | Ahmad Patria Abdullah |
Penerbitan cetakan | |
Novel | Permata Aurorius (1987) Kota Arialun (1988) Kembar Artakus (1988) Petua Azkram (1991) Puteri Alindalia (1991) Pedang Aurora (1991) Legenda Numerius (2004) Cabaran Lodra (2012) Seru Katanaga (2017) |
Lain-lain | |
Penerbit | Dewan Bahasa dan Putstaka Penerbitan Pustaka Nusa Saga Artakusiad Enterprise |
Siri Saga Artakusiad merupakan sebuah karya fantasi tersohor di Malaysia, hasil tulisan Ahmad Patria Abdullah. Ia mengisahkan pengembaraan Artakus menentang penaklukan Morrok ke atas Aurora. Ia bukan sahaja sebuah cerita namun di dalamnya terkandung keindahan bahasa yang tidak ternilai harganya. Semangat perjuangan meneruskan kehidupan yang dipaparkan daripada pergolakan serta prinsip kehidupan yang memperjuangkan sebuah kebenaran.
Sejarah penulisan
[sunting | sunting sumber]Ahmad Patria Abdullah memulakan penulisan siri ini dengan novel Permata Aurorius pada tahun 1987 ketika berusia 17 tahun. Manuskrip novel ini sebenarnya sudah pun dilontarkan ke dalam bakul sampah, namun ayahandanya, Sasterawan Negara Abdullah Hussain mengutip lalu mengusulkan agar dihantar kepada penerbit. Permata Aurorius akhirnya diangkat menjadi Book of the Year - 1987 bagi kategori Penulis Harapan.
Bermula pada tahun 1987 hinggalah ke 1991, di bawah penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Saga Artakusiad berkembang menjadi 6 siri fantasi yang hebat. Menyusul Permata Aurorius ialah Kota Arialun, kemudian Kembar Artakus, Petua Azkram, Puteri Alindalia dan Pedang Aurora. Namun penceritaan yang tergantung tanpa kesudahan tentang Artakus dan Aurora membenihkan ribuan tanda soal ke dalam jiwa pembaca. Benih-benih tanda soal kemudian mula tumbuh dan merimbun apabila Ahmad Patria menyepikan diri daripada bidang penulisan.
Hanya pada 2003, usaha mencari Ahmad Patria dimulakan oleh sekumpulan peminat siri ini yang menginginkan sambungannya. Usaha mereka berhasil dan Ahmad Patria berjaya ditemukan, namun memujuknya supaya menulis semula bukanlah satu hal yang mudah. Rindu mereka pada Artakus dan Aurora akhirnya terubat apabila Ahmad Patria bersetuju menyambung siri Saga Artakusiad. Pada 2004, setelah 13 tahun Saga Artakusiad terhenti, siri ketujuhnya berjudul Legenda Numerius dilancarkan penuh gemilang di KLCC sempena International Book Fair 2004. Legenda Numerius adalah cetakan terhad, terbitan Ahmad Patria sendiri.
Selepas Legenda Numerius, Ahmad Patria memulakan penulisan untuk siri kelapan. Namun proses penulisannya mengambil masa yang lama kerana tanggungjawab kepada tugas dan keluarga yang perlu diberi keutamaan. Pada April 2012, siri kelapan, juga terbitan sendiri berjudul Cabaran Lodra mula menemui pembaca. Cabaran Lodra hanya dijual oleh penjual rasmi yang dilantik Ahmad Patria secara online seperti di Gapuraloka dan Elairabookcafe.
Buku-buku di dalam siri
[sunting | sunting sumber]- Permata Aurorius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1987. ISBN 9789836215802.
- Kota Arialun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. ISBN 9836200320.
- Kembar Artakus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. ISBN 9789836202604.
- Petua Azkram. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. ISBN 9789836220981.
- Puteri Alindalia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. ISBN 9789836220387.
- Pedang Aurora. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. ISBN 9789836220301.
- Legenda Numerius. Seremban: Penerbitan Pustaka Nusa. 2004. ISBN 9839456326.
- Cabaran Lodra. Seremban: Penerbitan Pustaka Nusa. 2012.
- Seru Katanaga. Seremban: Saga Artakusiad Enterprise. Mac 2017.
Peta Dunia Aurora
[sunting | sunting sumber]Aurora, salah sebuah negeri di benua Imagina, merupakan dunia fantasi yang penuh mistik dan magis. Ia menjadi tunjang dan latar belakang kisah Saga Artakusiad. Selain bangsa Aurora yang terdiri daripada lima kelana - Armorikus, Argida, Jegadai, Inkatus dan Jendai[1], Aurora turut menjadi tempat hunian makhluk-makhluk mistik seperti naga, jembalang, jin, juga entiti-entiti daripada cahaya dan kegelapan.
Aurora dikelilingi oleh Empayar Morrok yang berada di sebelah barat, laut di sebelah timur, padang pasir di bahagian selatan dan negeri kaum Kirkos di bahagian utara. [2]
Aurora juga menjadi 'lokasi' bagi novel Bunga Arianur (terbitan Fajar Bakti) dan siri animasi TV, Karmawizra. Kedua-duanya merupakan karya Ahmad Patria.
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan penerangan terkini dalam Cabaran Lodra
- Alindalia - Wakil golongan Arasis, juga dikenali sebagai widana Arasis.
- Artakus - Kesatria dan pahlawan Aurora.
- Atinius - Wazir atau ketua kelana Armorikus.
- Azkram - Karmawizra terakhir.
- Belakios - Kesatria Inkatus dan sahabat Artakus.
- Darumir - Wazir atau ketua kelana Jegadai.
- Esis - Kesatria Armorikus dan sahabat Artakus.
- Herakos - Ketua golongan Draha.
- Hunkrakar - Lodra Ahmar atau ketua bagi naga hitam.
- Iotan - Wazir atau ketua kelana Argida.
- Jenusis - Wazir atau ketua kelana Inkatus.
- Jundak - Odetakhun atau pahlawan Morrok yang paling handal, memimpin Legion Tiga, Naga Deru.
- Karum - Lodra Ahmar atau ketua naga merah.
- Laira - Gadis jelita daripada kelana Armorikus yang menambat hati Artakus.
- Merkia - Ketua golongan Arasis.
- Naktai - Anak saudara Iotan, pewaris jawatan wazir kelana Argida.
- Nazril - Seorang karmawizra yang bertanggungjawab terhadap kebangkitan Artakus sebagai pemimpin dan panglima Aurora.
- Olafhul - Kesatria Armorikus dan sahabat Artakus.