Pertempuran Makkah
Pertempuran Makkah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Pemberontakan Arab, Kancah Perang Dunia Pertama di Timur Tengah | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
~5,000+ | 1,000[1] |
Pertempuran Makkah berlaku di bandar suci Islam, Makkah dalam bulan Jun dan Julai 1916. Pada 10 Jun, Syarif Makkah, Syarif Hussein bin Ali, ketua Bani Hashim, memulakan pemberontakan menentang pemerintahan Empayar Uthmaniyyah di kota ini. Pertempuran Makkah ialah sebahagian daripada Pemberontakan Arab semasa Perang Dunia Pertama.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/25/Makkah-1910.jpg/220px-Makkah-1910.jpg)
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Syarif Makkah tidak berpuas hati kerana kuasanya terhad dan terpaksa bersaing dengan gabenor Uthmaniyah di Hijaz. Beliau bekerjasama dengan British untuk menentang Uthmaniyah dan menubuhkan negara Arab dari Aleppo di Syria sehingga ke Aden di Yaman. Beliau dibantu oleh empat orang anaknya untuk tujuan ini.
Kejadian
[sunting | sunting sumber]Pada awal Jun 1916 kebanyakan tentera Uthmaniyyah bergerak ke Taif, sebuah stesen bukit bersama-sama Ghalib Pasha, gabenor Hijaz. Hanya 1,000 anggota berada di Makkah sebagai pasukan pertahanan. Pada 10 Jun, kebanyakan mereka masih tidur di berek di lembah apabila Syarif Husain bin Ali, Syarif Makkah, melepaskan satu tembakan daripada tingkap istananya sebagai permulaan pemberontakan Arab. Seramai 5,000 pengikutnya mula menyerang tentera Uthmaniyah yang berada di dalam tiga buah kubu – penempatan kubu membolehkan tentera melihat Makkah – dan di berek Jirwall yang terletak di jalan ke Jeddah.
Serangan ke atas angkatan Turki dilakukan secara mengejut dan penyandang pegawai memerintah tidak menyedari bahawa satu pemberontakan sedang berlaku. Pemerintah Turki tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku kerana panji-panji Syarif dan Uthamaniyyah sama warnanya. Beliau menefon Syarif Husain untuk bertanyakan berita. Beliau dimaklumkan tentang keadaan dan diminta menyerah diri. Namun, pemerintah Uthmaniyah enggan menyerah kalah dan pertempuran berlanjutan.
Pada keesokan hari tentera Hasyim mara dan menawan Bash-Karakol bersebelahan Masjidil Haram, dan pada hari ketiga, Hamidia, pejabat kerajaan Uthmaniyah besama-sama timbalan gabenor ditawan. Timbalan Gabenor memerintahkan tentera Uthmaniyah menyerah diri tetapi mereka menolak menyebabkan situasi menjadi buntu.
Sir Reginald Wingate menghantar dua meriam dari Sudan melalui tentera artileri Mesir. Tentera Syarif menyerang, berjaya memecahkan dinding kubu dan mengalahkan anggota tentera yang bertahan. Pada 4 Julai 1916, selepas bertahan selama tiga minggu, tentera Uthmaniyah di dalam kubu terakhir, berek Jirwal, menyerah kalah.[2]
Kesan
[sunting | sunting sumber]Pertempuran Makkah merupakan detik permulaan tamatnya Empayar Uthmaniyah dan permulaan kerajaan Bani Hasyim dengan ibu negaranya di Makkah dan sedikit demi sedikit negara ini berkembang ke arah utara.
Pertempuran ini meninggalkan kesan yang mendalam di Timur Tengah. Negara-negara Arab jatuh di bawah pengaruh kuat Eropah. Kekhalifahan Uthmaniyyah tamat dan Palestin jatuh di bawah pemerintahan British, yang membuka jalan kepada penubuhan Israel. Syarif Makkah sendiri digulingkan oleh pesaingnya, ahli keluarga Saud dan impiannya untuk menubuhkan negara Arab dari Aleppo ke Aden tidak tercapai.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- History of the Arab Revolt (on King Hussein's website)
- Arab Revolt at PBS
- Fromkin, David (2009). A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman Empire and the Creation of the Modern Middle East. Macmillan. ISBN 978-0-8050-8809-0.
- Lawrence, T. E. (1935). Seven Pillars of Wisdom. Doubleday, Doran, and Co.
- ^ Spencer C. Tucker, Arab Revolt (1916-1918), The Encyclopedia of World War I, ABC-CLIO, 2005, ISBN 1-85109-420-2, page 117. (Inggeris)
- ^ Spencer C. Tucker, Arab Revolt (1916-1918), The Encyclopedia of World War I, ABC-CLIO, 2005, ISBN 1-85109-420-2, page 117. (Inggeris)