Tanaman penutup bumi
Tanaman penutup bumi adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan. Fungsi utamanya adalah untuk pengurusan kesuburan tanah, kualiti tanah, air, rumpai, perosak dan penyakit, biodiversiti dan hidupan liar dalam sesuatu agroekosistem.[1] Agroekosistem tersebut ialah sebuah sistem ekologi diuruskan dan dibentuk hampir keseluruhannya oleh manusia secara intensif untuk penghasilan makanan, foder atau serat.
Tanaman penutup bumi mendapat perhatian dalam pertanian lestari dengan kebanyakannya meningkatkan sifat kelestarian agroekosistem dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti ekosistem semulajadi sekitarnya. Petani memilih untuk menanam dan menguruskan beberapa spesis tanaman penutup bumi berdasarkan keperluan dan matlamat mereka. Ia bergantung kepada faktor biologi, persekitaran, sosial, budaya, dan ekonomi sistem makanan di kawasan petani itu beroperasi.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lu, Y. C., K. B. Watkins, J. R. Teasdale, and A. A. Abdul-Baki. 2000. Cover crops in sustainable food production. Food Reviews International 16:121-157.
- ^ Snapp, S. S., S. M. Swinton, R. Labarta, D. Mutch, J. R. Black, R. Leep, J. Nyiraneza, and K. O'Neil. 2005. Evaluating cover crops for benefits, costs and performance within cropping system niches. Agron. J. 97:1-11.