Pasar borong
Rencana ini memerlukan banyak pautan ke rencana lain bagi membantu mengintegrasikan ke dalam ensiklopedia. (Jun 2022) |
Pasar borong merupakan sebuah tempat di mana semua barangan dijual secara pukal kepada peruncit, industri, perdagangan, institusi, atau sebarang pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain dan perkhidmatan bawahan yang berkait.[1] Secara umum, ia merupakan jualan barangan kepada sesiapa yang bukan pengguna biasa. Biasanya semua barangan ini dijual secara pukal. Tetapi kadang kala ada juga barangan dijual dalam kuantiti yang sedikit bergantung kepada permintaan para pelanggan.
Menurut DIvision Statistik Bangsa-bangsa Bersatu, "pemborong" adalah julan kembali (jualan tanpa perubahan barangan baru dan terpakai pada peruncit, industri, perdagangan, atau pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain, atau bertindak sebagai agen atau broker bagi membeli barangan bagi atau menjual barangan kepada, orang sedemikian atau syarikat. Pemborong biasanya secara fizikal memsang, menyusun dan mengred secara pukal, memecah pada bungkusan lebih kecil, membungkus kembali dan mengedar dalam bilangan lebih kecil.[2] Ketika pemborong kebanyakan barangan biasanya beroperasi dari tempat berlainan, pemborong makanan mungkin terdapat di pasar borong khusus di mana kesemua pemborong berkumpul.
Pada kebiasaanya operasi pasar borong bermula pada waktu malam hingga awal pagi. Purata pelanggan-pelanggan pasar borong ini terdiri daripada peniaga-peniaga kecil, pengusaha restoran dan orang biasa yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan barangan segar.
Biasanya di setiap bandar besar mempunyai pasar borong mereka sendiri. Pasar borong basah yang terkenal di Kuala Lumpur adalah pasar borong Selayang.
Secara tradisi, pemborong berada berhampiran dengan pasaran mereka berbanding dengan pembekal dari mana mereka mendapatkan barangan.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ WTO - World Trade Organization
- ^ UNSTATS - United Nations Statistics Division
- ^ Chandler, A. D. (1994). Scale and scope The Dynamics of Industrial Capitalism. Cambridge, Mass.: Belknap Press of Harvard Univ. Press. m/s. 29.